Bab 17 : Dah jumpa

Romance Completed 12570

"Khalisya! Khalisya!" Haikal memanggil nama Khalisya sebaik sahaja turun dari kereta.

Hampir tersedak Khalisya kerana terkejut mendengar jeritan Haikal. Dia menoleh ke arah Haikal dengan muka yang bengang.

"Apa? Nasib aku tak tersedak tau!"

"Aku dah jumpa!" Kata Haikal teruja dan segera melabuhkan punggungnya di kerusi.

"Jumpa? Apa yang kau jumpa?" Tanya Khalisya pelik. Nasi disuap ke dalam mulutnya.

"Aku dah jumpa perempuan yang kau cakap tu. Liana! Aku dah bincang dengan dia. Esok kita pergi merisik dia. Dia pun dah setuju." Jawab Haikal menanti riaksi Khalisya.

"Hah?" Tangan yang baru sahaja ingin menyuap nasi ke dalam mulutnya terhenti serta-merta. Riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia terkejut. Air mata cuba di tahan. Mungkin dia salah dengar kot.

"Maksud kau?" Tanya Khalisya meminta kepastian.

"Kita pergi merisik Liana esok."

"Weh, Haikal kau pasti ke pasal ni? Kahwin ni bukan benda main-main tau. Betul ke dia suka kau?"

"Betul. Kau tak payah risaulah. Aku tak pernah pun couple dengan dia dan kami dah kenal lebih kurang tiga bulan macam tulah." Jawab Haikal lagi.

"Tapi kau cintakan dia?" Tanya Khalisya membuatkan riak wajah Haikal berubah.

"Cinta. Aku cintakan dia." Haikal tersenyum pahit.

"Ouh.. Aku masuk dulu. Aku dah kenyang. Good luck Haikal." Khalisya segera berjalan masuk ke dalam biliknya.

Dia menutup pintu biliknya. Khalisya terduduk lemah di situ. Air mata laju mengalir keluar dari matanya. Dia dah tak tahan. "Haikal..." Khalisya menangis teresak-esak di situ.

Dengan mata yang bengkak, hidung dan bibir yang merah kerana menangis Khalisya akhirnya tertidur di situ.
*****
Tepat jam tiga pagi Khalisya tersedar. Tadi sebelum tidur sekali lagi dia menangis. Khalisya bangun dan segera berjalan ke bilik air.

Khalisya keluar dari bilik air setelah selesai mengambil wuduk. Dia memakai telekungnya dan membentangkan sejadah.
*****
"Ya Allah, jika Liana adalah BIDADARI yang selalu aku doakan dalam doaku untuk Haikal maka izinkan mereka bersatu Ya Allah. Semoga Liana adalah jodoh yang paling terbaik untuk Haikal. Semoga Liana dapat menjaga, menyayangi dan mencintai Haikal lebih daripada aku. Biarlah hanya doa yang menjadi pengubat rasa cintaku pada Haikal. Semoga selepas ini, walau apapun takdir, semoga aku dapat terima dengan hati yang terbuka. Semoga aku redha dengan ketentuan Mu Ya Allah." Khalisya menyapu tapak tangannya ke mukanya.

Khalisya termenung di atas sejadah. Air mata perlahan-lahan keluar dari matanya.
*****
Haikal dan yang lain melangkah masuk ke dalam rumah Liana. Mereka melabuhkan punggungnya di atas sofa. Khalisya cuba memaniskan wajahnya. Senyumannya dipalsukan.

'Haikal, aku doakan semoga kau bahagia bersama dengan orang yang kau sayangi dan cintai.'

Hana publish awal.^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience