Bab 3 : Tertidur

Romance Completed 12570

Khalisya tersedar dari tidurnya. Tekaknya terasa haus. Dia bangun dalam keadaan malas. Matanya melirik ke arah jam di dinding. Jam satu pagi.

Kaki Khalisya melangkah keluar dari bilik. Dia terdengar sayup-sayup suara tv. Tv berpasang tapi tiada orang yang tengok.

'Nantilah tutup.' Khalisya berjalan ke dapur. Dia memasang lampu dan minum air. Mug yang masih berisi air dibawa ke tv. "Cerita hantu? Siapa yang tengok?"

Khalisya menelan air liurnya. "Tv berpasang tapi tiada orang tengok? Hantu ke yang pasang?"

"BAHH!" Haikal mengejutkan Khalisya. Disebabkan terlampau terkejut Khalisya tersimbah air di baju Haikal dan mengetuk kepala Haikal menggunakan mug.

"Aduh!" Haikal menyeringai kesakitan. Sakit! Bajunya juga basah disimbah air oleh Khalisya.

"Haikal? Kau buat apa di sini?" Tanya Khalisya hairan.

"Aku tengok tv ni. Aku baru siap mandi. Lepastu, kau simbah lagi air dekat baju aku. Kepala aku pun sakit sebab kau ketuk dengan mug ni." Omel Haikal.

"Padan muka! Siapa suruh kau kejutkan aku? Kau mandi malam-malam ni? Tak sejuk ke?"

"Tak."

"Biar betul kau ni? Dah jam satu kot ni. Betul ke ni Haikal?" Tangan Khalisya memegang kedua-dua belah pipi Haikal.

Haikal mendekatkan wajahnya dengan wajah Khalisya. Hanya seinci sahaja lagi muka mereka akan bertembung. "Haikal.." Khalisya buntu. Dia dah tersepit. Depan Haikal belakang pula sofa.

Khalisya mengundurkan kakinya walaupun dia tahu belakang dia sofa. Hampir sahaja badan Khalisya terhempas di sofa tapi tangan sasa Haikal memaut pinggangnnya.

Mata mereka bertembung. Haikal meneliti setiap wajah Khalisya. Mata Khalisya berwarna hitam. Hidungnya mancung. Wajah Khalisya putih. Kening Khalisya tidak berapa nipis. Bulu mata Khalisya melentik. Bibir Khalisya original pink. Cantik!

Khalisya pula meneliti setiap wajah Haikal. Kening Haikal tebal. Mata Haikal berwarna hazel. Indah. Hidungnya mancung. Wajahnya putih. Bibirnya pula original pink dan rambut Haikal ala-ala Jaemin NCT. Handsome!

Suara tv menyentakkan mereka berdua. Tangan Khalisya segera menolak badan Haikal. "Pergi tukar baju kau." Pipinya sudah naik kemerah-merahan.

Haikal tersenyum. "Lis, kau malu eh? Nasib belum halal kalau tak aku dah kiss kau dah." Haikal ketawa.

"Merepeklah kau ni! Pergi tukar baju kau. Aku nak masuk bilik dulu." Khalisya baru ingin melangkah pergi tapi tangan Haikal menyambar tangannya.

"Jom teman aku tengok tv." Ajak Haikal. Mukanya sangat mengharap.

Khalisya berfikir. "Bolehlah. Aku pun dah hilang ngantuk. Aku tunggu di sini. Kau pi tukar baju."

"Kau tak nak tengok aku tukar baju?" Tanya Haikal. Dia ketawa.

"Jangan jadi gilalah!" Khalisya menampar bahu Haikal.

"Aduh!" Haikal mengadu kesakitan. Tamparan Khalisya sangat kuat.
*****
Selepas siap menukar baju Haikal melabuhkan punggungnya di sebelah Khalisya.

Mata mereka berdua asyik melihat cerita hantu yang ditayangkan di tv. Sesekali Khalisya menjerit kerana terkejut.

"Jangan menjerit lah!" Tegur Haikal. Nanti ada pula yang terjaga.

"Sorry-sorry.." Khalisya tersengih.

Sedang asyik mereka melihat cerita hantu mata Khalisya terasa berat. Dia mengantuk. Perlahan-lahan mata Khalisya tertutup. Kepalanya dilabuhkan di bahu Haikal.

Haikal hanya membiarkan sahaja. Tidak lama kemudian, matanya juga terasa berat. Perlahan-lahan matanya tertutup. Kepalanya dilabuhkan dikepala Khalisya.
*****
Mia melangkah keluar dari biliknya. Dia hairan. "Selalunya ada je suara Haikal dan Khalisya bergaduh tapi kali ni diam je?"

Dia melihat ada dua orang sedang tidur di sofa. Mia berjalan menghampiri mereka. Hampir sahaja dia ketawa melihat keadaan Haikal dan Khalisya tertidur. Tapi ditahan ketawanya. Takut mereka berdua terjaga.

Kepala Khalisya diatas bahu Haikal. Kepala Haikal pula diatas kepala Khalisya. "Nasib hari ni hari ahad." Mia tersenyum nakal. Dia menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefonnya. Dia segera menangkap gambar Haikal dan Khalisya.

"Mari makan Mia." Mak Jah memanggil Mia.

"Mak Jah Haikal dan Khalisya tertidur di sofa." Mia menghampiri Mak Jah.

"Tahu. Biarlah dia orang tidur dulu." Balas Mak Jah. Pagi-pagi lagi dia dah nampak.

"Hello..." Fatihah menghampiri mereka tanpa melihat ke arah sofa.

"Wey, kau jom tolong aku. Kau pergi ambil penggaul. Aku ambil kuali."

"Buat?" Tanya Fatihah.

"Nak kejutkan orang bangun." Jawab Mia. Dia mengambil kuali dan melangkah ke arah sofa.

Fatihah mengerutkan dahinya. Walaupun tak faham dia tetap ambil penggaul dan berjalan menghampiri Mia.

"Ya Allah..." Fatihah terkejut melihat Haikal dan Khalisya.

"Kau ketuk kuali. Aku jerit bangun. Cepat!" Suruh Mia. Dia tersenyum nakal. Dah jam tujuh dia orang tak bangun-bangun.

Fatihah mengetuk-ngetuk kuali menggunakan penggaul.

"BANGUN! BANGUN!" Mia terjerit-jerit mengejutkan Haikal dan Khalisya.

Haikal dan Khalisya tersedar. Mereka segera bangun.

"Bangun pun..." Fatihah menghentikan tangannya dari mengetuk kuali.

"Jam berapa dah ni? Alamak! Aku tertinggal subuh! Kau tak subuh?" Tanya Haikal pada Khalisya. Dia memandang Khalisya.

"Aku cuti." Jawab Khalisya selamba.

"Solat mana ada cuti!" Tegur Haikal.

"Apasal kau ni bongok sangat? Aku period lah bodoh!" Khalisya membaling bantal di sofa pada Haikal.

"Ouh..." Pipi Haikal sudah naik kemerah-merahan. Khalisya yang period dia yang malu. Kakinya segera melangkah pergi dari situ.

Yang lain pula hanya ketawa.

Hahaha sweet je Haikal dan Khalisya ni.^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience