Bab 12 : Liana

Romance Completed 12590

Dua bulan kemudian,
*****
Khalisya berjalan ke meja makan. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi. Mata Khalisya melirik ke arah telefon Haikal yang sedang berbunyi.

Pantas tangan Khalisya mencapai telefon Haikal dan melihat skrin telefon Haikal. Tertera nama 'Liana' di telefon Haikal. Khalisya tidak menjawab atau menolak panggilan itu. Dia membiarkan sahaja telefon Haikal berada di tangannya.

"Siapa call?" Tanya Haikal berjalan menghampiri ke meja makan.

"Liana." Khalisya menghulurkan telefon kepada Haikal semula.

"Ouh.." Haikal menyambut huluran Khalisya. Dia meletakkan telefonnya di atas meja.

"Siapa Liana?" Tanya Khalisya. Setahunya, dia belum pernah mendengar nama Liana di antara girlfriend-girlfriend Haikal.

"Liana kawan aku. Bukan girlfriend aku. Kami berjumpa tiga bulan lepas." Jawab Haikal.

Khalisya menganggukkan kepalanya tanda faham. Rasa cemburu yang hadir sebentar tadi kian hilang. 'Nasib bukan girlfriend.'
*****
"Lis hari ni aku ambil kau lambat tau. Aku nak jumpa Liana." Pesan Haikal pada Khalisya.

"Liana tu bukan kawan kau je ke?" Tanya Khalisya. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati apabila mendengar nama Liana.

"Kawan. Tapi kau sahabat baik aku. Bye, sweetheart." Jawab Haikal bersama dengan senyuman di bibir.

"Bye bie." Khalisya melangkah keluar dari kereta. Dia melambai-lambai ke arah kereta Haikal yang semakin menghilang.

Bab Kali ni memang pendek. Hana sengaja pendekkan>< Enjoy ^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience