Bab 10 : Culik

Romance Completed 12570

"Dah ke? Cepatlah Mak Cik oii!" Jerit Haikal dari luar rumah. 'Khalisya ni kalau nak bersiap mengalahkan Datin.'

Hampir dua puluh minit Haikal menunggu Khalisya. Selepas dua puluh minit, baru Khalisya melangkah keluar dari rumah.

"Datin Nur Khalisya boleh tak lain kali kalau nak keluar set time? Supaya aku taklah tertunggu-tunggu macam orang gila dia luar ni!" Omel Haikal.

"Whatever!" Balas Khalisya. Hari ni penampilan dia sangat lain. Khalisya mengenakan lipstick berwarna merah di bibirnya dan melepaskan rambutnya.

"Sini kejap." Haikal memanggil Khalisya. 'Nak kena ni!'

Khalisya berjalan menghampiri Haikal. Haikal menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan getah rambut berwarna hitam a.k.a gelang hitam yang dia selalu pakai di tangan. Haikal memusingkan badan Khalisya dan mengikat rambut Khalisya.

Kemudian, dia memusingkan kembali badan Khalisya dan merenung wajah Khalisya yang memandangnya pelik. Pantas ibu jari Haikal mengelap lipstick berwarna merah di bibir Khalisya.

Khalisyalah terkejut. "Kau apahal? Kenapa kau ikat rambut aku lepastu kau lap lipstick aku? Kau tau tak susah aku nak buat semua ni?" Omel Khalisya. Dia sudah geram dengan perangai Haikal.

"Tak payah nak bersiap cantik-cantik. Kau ni dah natural cantik. Nanti Naim nampak habis kau! Aku cuma nak lindungi kau je. Tanpa make up pun ramai yang nak pikat kau, inikan pula bermake up?" Balas Haikal.

Khalisya menghentak-hentakkan kakinya. "Tapi...aku buat semua ni untuk kau..." Kata Khalisya perlahan tapi masih dapat didengari Haikal. Bibir Khalisya sudah muncung sedepa.

"Kalau untuk aku... hari-hari kau pakai make up dalam rumah jelah. Boleh aku tengok hari-hari." Haikal ketawa.

"Eii, benci kau!" Pantas tangan Khalisya menampar bahu Haikal.

"Aduh! Sakitlah! Jom, nanti lambat pula." Haikal menarik tangan Khalisya mengikutinya.

Haikal membuka pintu kereta untuk Khalisya. Khalisya masuk ke dalam perut kereta. Kemudian, Haikal pula masuk ke dalam perut kereta.
*****
"Haikal kita nak pergi mana sebenarnya?" Tanya Khalisya memandang Haikal yang sedang memandu.

"Kita pergi dating." Jawab Haikal selamba.

"Bukan sekali aku pernah dating dengan kau. Aku tahulah pergi dating, tapi di mana?" Tanya Khalisya lagi.

"Di hati kau." Jawab Haikal lagi.

Khalisya menjelingkan matanya pada Haikal. 'Orang tanya dia jawab benda yang bukan-bukan pula.'

Tiba-tiba kereta Haikal terberhenti mengejut. Tangan Haikal pantas memegang tangan Khalisya dari terhantuk ke depan.

"Haikal! Kau okey tak? Siapa tu?" Tanya Khalisya pada Haikal. Dia melihat ada sebuah kereta hitam yang mewah berhenti di depan mereka.

"Tak tahu. Kejap aku keluar." Haikal melangkah keluar dari kereta.

Ada beberapa orang lelaki mendekati mereka. Dua orang lelaki itu segera menarik kedua-dua belah tangan Haikal. Haikal yang tidak bersedia untuk itu terus pergerakannya terkunci.

"Haikal!!" Khalisya memanggil nama Haikal. Ada dua orang lelaki juga sedang menarik kedua-dua belah tangan Khalisya.

"Kau orang siapa hah?! Lepaskan dia!" Jerit Haikal.

Khalisya cuba melepaskan dirinya daripada dua orang lelaki itu. Tapi malangnya, dirinya sudah dibawa ke kereta hitam itu. "Haikal! Haikal!" Mulut Khalisya tidak berhenti memanggil nama Haikal. Aira mata tidak berhenti mengalir keluar dari matanya.

"Lepaskan dia!"

BUKK! Salah seorang lelaki itu menumbuk perut Haikal. Kemudian, dia menghempaskan badan Haikal ke tanah.

"Ni balasan daripada Tuan Naim!" Mereka segera berlari ke arah kereta hitam itu. Kemudian, kereta hitam itu meluncur laju pergi dari situ.

"Khalisya! Khalisya!" Haikal meraup rambutnya ke belakang. 'Tunggu kau Naim! Kau akan terima balasannya!' Dada Haikal berombak menahan marah. Giginya diketap rapat.

Alamak! Khalisya kena culik! ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience