Bab 21 : Lagu Untukmu

Romance Completed 12588

TOK! TOK! Kedengaran bunyi orang mengetuk pintu di luar rumahnya. Ibu Hajar berdiri dan berjalan ke arah pintu. Ibu Hajar membuka pintu rumah dan terjengul wajah Khalisya yang sembap seperti baru lepas menangis. Matanya bengkak. Hidung dan bibirnya merah.

Belum sempat Ibu Hajar bertanya, Khalisya sudah pun memeluk Ibu Hajar dengan esak tangisnya.

"Shhhh. Mari masuk. Cerita dengan ibu." Ibu Hajar membawa Khalisya masuk ke dalam rumah. Dia menutup pintu rumah. Kemudian, mereka berdua berjalan ke arah sofa.

"Mari sini. Duduk." Ibu Hajar menarik tangan Khalisya supaya duduk di sebelahnya.

"Ibu...ibu..." Tersekat-sekat suara Khalisya. Dia kembali memeluk Ibu Hajar.

"Kenapa ni Khalisya? Gaduh dengan Haikal ke?"

Khalisya melepaskan pelukan mereka. Apabila merasakan dirinya sudah tenang Khalisya mula bercerita dari awal-awal Haikal kenal Liana. Khalisya menghempaskan kepalanya di atas paha Ibu Hajar.

Tangan Ibu Hajar naik mengusap-usap kepala Khalisya. Dia menghela nafas berat. "Khalisya masih sayangkan Haikal?"

"Always bu."

"Tapi Khalisya kena lupakan Haikal sebab tidak lama lagi Haikal akan jadi milik orang lain. Buat selamanya. Tidak salah mencintai tapi jangan terlalu letak harapan yang tinggi pada orang yang kita cintai untuk mencintai kita semula."

"Macam mana Khalisya nak lupakan Haikal? Lepasni, mesti Haikal benci Khalisya kan? Sebab Khalisya dah curi kereta dia. Dah marah-marah dia. Ibu, Khalisya nak tidur sekejap. Nanti ibu tolong ambil telefon Khalisya dalam ni lepastu, ibu call Haikal. Sebab Khalisya off phone tadi. Haikal dah call banyak kali." Kata Khalisya sambil menunjukkan poket seluarnya. Khalisya perlahan-lahan melelapkan matanya kerana matanya terasa sangat berat.

Ibu Hajar menyeluk poket seluar Khalisya dan mengeluarkan telefon Khalisya. Ibu Hajar membuka telefon Khalisya, serentak dengan itu, Haikal menelefon.

Ibu Hajar menyambungkan panggilan.

"Hello. Lis, kau memang tak pandai jawab call ke? Aku call kau lebih dari sepuluh kali tau. Sekarang ni kau dekat mana? Boleh tak kau jangan buat aku risau. Aku betul-betul minta maaf Lis. Tolong balik sekarang. Aku sayang kau. Aku terlepas cakap tadi. Aku minta maaf Lis." Rayu Haikal di talian.

"Haikal biarkan Khalisya berehat dulu. Jangan risau. Khalisya dengan ibu. Biar Khalisya di kampung dulu. Haikal tenangkan diri dan Khalisya pun akan tenangkan diri. Jangan marah Khalisya lagi. Khalisya sayang kamu. Ibu ada ni tolong tengok-tengokkan Khalisya." Balas Ibu Hajar seraya menamatkan panggilan.
******
Tepat jam tiga pagi Khalisya tersedar. Terasa lehernya sakit. Ouh, ya. Baru dia ingat. Semalam dia tidur atas paha Ibu Hajar. Khalisya duduk. Dia melihat Ibu Hajar yang tertidur di sofa. Khalisya tersenyum.

"Ibu, ibu. Bangun."

Ibu Hajar tersedar. "Kenapa Khalisya?"

"Sorry ibu. Ibu pergi masuk dalam lah. Tidur di dalam." Khalisya mengusap-usap tangan Ibu Hajar.

Ibu Hajar menganggukkan kepalanya. "Jangan lupa rehat ya Khalisya. Ibu dah cakap dengan Haikal tadi. Tidurlah." Ibu Hajar berdiri dan berjalan ke arah biliknya.

Khalisya juga berjalan ke arah biliknya di kampung. Khalisya menutup pintu biliknya. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi. Khalisya menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefonnya. Khalisya membuka telefonnya dan mencari kamera untuk merakam sebuah video. Khalisya meletakkan telefonnya ke atas meja. Dia menekan butang rakam.

"Hai, Haikal. Aku di rumah ibu ni. Aku tak marah kau dah. Tapi aku nak cakap yang aku cintakan kau. Aku sayangkan kau lebih dari seorang sahabat. Kau ialah orang pertama yang mengetuk pintu hati aku dan orang yang pertama masuk ke dalam hati aku. Kau juga akan menjadi orang yang terakhir berada dalam hati aku.

Aku nak nyanyi lagu ni. Aku rindu Haikal yang dulu.

~Pagi telah pergi,
Mentari tak bersinar lagi,
Entah sampai kapan ku mengingat,
Tentang dirimu,
Ku hanya diam,
Menggenggam menahan,

Segala kerinduan,
Memanggil namamu,
Di setiap malam,
Ingin engkau datang dan hadir,
Di mimpiku rindu,

Dan waktu kan menjawab,
Pertemuan ku dan dirimu,
Hingga sampai kini aku masih ada di sini,
Ku hanya diam,
Menggenggam menahan,

Segala kerinduan,
Memanggil namamu,
Di setiap malam,
Ingin engkau datang dan hadir,
Di mimpiku rindu,

Dan bayangmu akan selalu bersandar di hatiku,
Janjiku pastikan pulang bersamamu,
Ku hanya diam,
Menggenggam menahan,
Segala kerinduan,
Memanggil namamu,
Di setiap malam,
Ingin engkau datang dan hadir,
Di mimpiku,
Ku hanya diam,

Menggenggam menahan,
Segala kerinduan,
Memanggil namamu,
Di setiap malam,
Ingin engkau datang dan hadir,
Di mimpiku,
Selalu di mimpiku,
Rindu.~

"Sedap tak suara aku? Bye, Haikal. I miss you so much. Aku rindu kau yang dulu. Aku rindu kenangan-kenangan kita dulu. I love you." Khalisya tidak dapat menahan lagi. Air mata laju mengalir keluar dari matanya.
******
"Hah?! Kau nak pergi Korea? Buat apa? Kenapa kau nak pergi jauh-jauh? Kalau sebab aku, aku betul-betul minta maaf Lis." Haikal sudah melutut di hadapan Khalisya.

Pagi itu, Khalisya dan Ibu Hajar datang ke KL dan Khalisya memustuskan yang dia akan pergi Korea dua hari lagi. Haikal juga sangat tidak setuju dengan keputusan Khalisya.

Ibu Hajar tidak terkejut. Khalisya terlebih dahulu memberitahunya tadi pagi.

"Bukan sebab kau Haikal. Aku cuma nak tenangkan diri. Kau jangan risaulah. Bukan sebab kau pun. Lepas, aku dah tenang, aku balik lah." Khalisya mengukirkan senyuman palsu.

Haikal bangun. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Khalisya. Tanpa cakap apa-apa, Haikal terus memeluk Khalisya. Tangisan Haikal pecah. "Lis, kalau kau pergi siapa yang nak temankan aku makan? Tengok tv? Keluar? Tak boleh! Tak boleh! Jangan pergi! Aku sayang kau Lis." 'Lebih dari seorang sahabat.'

Semakin kuat Haikal memeluk Khalisya. Seperti tidak akan melepaskan Khalisya sampai bila-bila.

Semua yang melihat itu hanya diam seribu bahasa. Bukan dia orang tak tahu yang Khalisya pergi sebab Haikal.

Sorry terunpublish Bab 21: Lagu Untukmu. Kejpa lagi, Hana publish Bab 22

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience