Firdaus Haikal dan Nur Khalisya ialah sahabat baik. Suka dan duka dikongsi bersama. Bila ada masalah pasti salah seorang akan membantu. Tapi... Perempuan dan lelaki boleh berkawan ke? Salah seorang pasti akan menyimpan perasaan. Firdaus Haikal seorang playboy yang terkenal dengan mulut buayanya. Nur Khalisya pula menikmati hidupnya yang single. Meski, ramai lelaki mengajaknya bercinta tapi Khalisya tolak semuanya mentah-mentah. Kerana hanya seorang lelaki di hatinya. Haikal telah lama menempah tempat di hatinya. Tapi Haikal hanya menganggap dia seorang kawan dan Haikal tak pernah serious mencintai mana-mana perempuan. Masih tiada perempuan yang mampu menambat hatinya. Sudah lama Khalisya menyimpan perasaan terhadap Haikal. Adakah Haikal akan dapat tahu tentang perasaan Khalisya? Tapi apabila satu ayat keluar dari mulut Haikal membuatkan Khalisya hanya memendam perasaannya. Biarlah cinta ini kekal di hati buat selamanya. Aku berharap agar suatu hari nanti ada BIDADARI yang mampu menjaga kau, mencintai kau, lebih dari aku.- Nur Khalisya. Thank you for always being by my side and thank you for being my ANGEL.- Firdaus Haikal.
Update 06 December 2024
2021-10-23 1 Replies
yeayy heppy endinggg
2021-10-23 1 Replies
Tahniah hana mmg menarik kesudahan yang gembira. Semoga hana terus berkarya
2021-10-23 1 Replies
Alhamdulillah....happy ending....tahniah author