Bab 11 : Selamatkan

Romance Completed 12570

Haikal segera berdiri dan masuk ke dalam perut keretanya. Kereta Haikal meluncur laju mengekori kereta hitam yang menculik Khalisya.

Tiba-tiba telefon Haikal berbunyi. Tanpa melihat nama si pemanggil Haikal segera menjawab panggilan itu. "Hello?"

"Haikal kan? Aku ni Naim. Kalau kau nak selamatkan Khalisya, baik kau lupakan je. Orang-orang aku tengah pergi rumah Ibu Hajar kau orang, yang kau orang sayang sangat tu. Good luck Haikal." Naim ketawa kemudian dia menamatkan panggilan mereka.

"Sial!" Haikal membaling telefonnya ke pintu sebelah.

Kemudian, dia teringat sesuatu. 'Fatihah!' Sebelah tangan Haikal segera mengambil telefonnya dan sebelah tangannya lagi memegang stereng kereta.

Tangan Haikal pantas mendail nombor Fatihah. Tidak lama itu, panggilan disambungkan. "Tihah!"

"Hah, kenapa?"

"Naim tak guna tu dah culik Khalisya! Aku sekarang ni tengah nak selamatkan dia. Orang-orang Naim pula tengah on the way pergi rumah Ibu Hajar. Kau selamatkan Ibu Hajar dengan Iris. Bawa Mia sekali. Cepat! Aku serahkan segalanya pada kau dan Mia." Haikal segera menamatkan panggilan.
*****
"Jom Mia." Ajak Fatihah. Nasib tadi dia menekan punat loudspeaker jadi tidak kalut nak bagitau Mia.

"Tihah, ada orang dibelakang. Orang-orang Naim!" Jerit Mia.

"Biarkan." Fatihah mengundurkan keretanya. Dia tidak mempedulikan orang-orang Naim. Orang-orang Naim melihat Fatihah tiada tanda-tanda akan berhenti dari terus mengundurkan keretanya. Mereka segera berlari pergi apabila Fatihah laju mengundurkan keretanya.

Fatihah tersenyum sinis. Keretanya meluncur laju pergi ke rumah Ibu Hajar. Fatihah dan Mia segera berlari keluar dari kereta dan segera berlari masuk ke dalam rumah.

Mia membuka pintu rumah. Dia melihat Ibu Hajar dan Iris sedang santai-santai melihat tv. "Iris, Ibu jom pergi sekarang!"

"Hah? Pergi mana?" Tanya Iris pelik melihat wajah Mia dan Fatihah yang sedang risau.

Fatihah menunggu di luar. Dia melihat ada beberapa orang lelaki mendekati mereka. 'Ni mesti orang-orang Naim!' Fatihah berlari ke arah beberapa orang lelaki itu.

'Nasib aku pernah belajar silat.' Fatihah tersenyum sinis.

Sementara Fatihah tengah membelasah orang-orang Naim, Mia segera membantu Ibu Hajar dan Iris masuk ke dalam perut kereta.

Selepas membelasah orang-orang Naim, Fatihah berlari ke arah keretanya. Dia segera melangkah masuk ke dalam perut keretanya.
*****
"Lis...Lis... Saya nak tengok Haikal selamatkan awak ke tak? Kalau dia tak berjaya selamatkan awak, awak kena kahwin dengan saya." Naim tersenyum sinis memandang wajah Khalisya. Tangan dan kaki Khalisya diikat di kerusi.

"Aku takkan pernah kahwin dengan kau lah!" Balas Khalisya. Giginya diketap rapat. Menahan rasa marah yang sedang mengusai dirinya.

PAP! Naim menampar wajah Khalisya hingga terjatuh kerusi yang di duduk Khalisya. Kepala Khalisya terhantuk di lantai. Khalisya menyeringai kesakitan. Rasa pedih di bahagian kepalanya.

"Sorry sayang..." Naim duduk mencangkung di hadapan Khalisya. Dia menyentuh pipi Khalisya. Kemudian, Naim mengusap-usap rambut Khalisya.

Khalisya menggigit bibir bawahnya. Menahan debaran di dada. Dia takut kalau Naim mengapa-apakannya. Air mata mengalir keluar dari matanya. Dalam hati dia berdoa agar Haikal segera sampai menyelamatkannya.

BUKK! Kayu dihayun sekuat hati pada kepala Naim. Sekelip mata sahaja Naim jatuh ke lantai tidak menyedarkan diri. Haikal segera menghampiri Khalisya yang sudah basah dengan air mata.

"Lis!" Haikal membuka ikatan di tangan dan kaki Khalisya. Dia membantu Khalisya berdiri.

"Polis dah ada diluar. Jom!" Belum sempat lagi Haikal menarik tangan Khalisya, Khalisya terlebih dahulu memeluknya. Tangan Khalisya mencengkam baju Haikal. Dia menangis semahunya di dalam pelukan Haikal.

Tangan Haikal naik mengusap-usap kepala Khalisya. "Shhhh, aku ada di sini. Kan aku dah janji aku takkan tinggalkan kau? Dah, dah jangan menangis."

Semakin kuat Khalisya menangis. Wajahnya sudah basah dengan air mata. "Hey, kenapa ni? Jangan nangis. Aku ada. Aku sayang kau Lis." Kata Haikal lembut.

Khalisya melepaskan pelukan mereka. Dia menatap wajah Haikal. "Aku takut..." Terhinjut-hinjut bahu Khalisya menahan tangis.

"Tak ada yang perlu di takutkan. Aku di sini dengan kau. Jom." Haikal memimpin Khalisya keluar dari situ. Biar pihak polis yang buat kerja menguruskan Naim yang sedang pengsan.
*****
"Hati-hati tau. Bawa kereta slow-slow. Dah sampai terus call Ibu." Pesan Ibu Hajar pada mereka semua.

"Baik, bu!" Masing-masing melangkah masuk ke dalam perut kereta.

Tangan Haikal erat menggenggam tangan Khalisya. Manakala, sebelah tangannya lagi memegang stereng kereta.

Hah, dah selamat! Enjoyy^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience