"Jom masuk kedai ni." Haikal menarik tangan Khalisya mengikutinya.
"Kenapa kau bawa aku datang kedai jual barang-barang couple ni? Selalu ke kau masuk kedai ni? Kau selalu bawa girlfriend-girlfriend kau ke?" Tanya Khalisya bertubi-tubi pada Haikal.
"Ni first time aku datang kedai ni. Itu pun dengan kau. Aku takdelah nak beli barang-barang couple ni dengan girlfriend-girlfriend aku. Aku beli dengan kau je." Jawab Haikal seraya menarik tangan Khalisya mengikutinya.
"Macam cantik je ni. Kita beli ni." Haikal mengambil satu set topi couple dan meletakkan pada kaunter. Sebelah tangannya erat menggenggam tangan Khalisya.
Selasai membeli satu set topi couple, Haikal dan Khalisya berjalan keluar dari kedai itu. Dia melepaskan tangan Khalisya seraya tangannya menyeluk plastik dan mengeluarkan topi couple itu.
Dia menolong Khalisya memakai topi itu. Kemudian, dia turut memakai topi itu.
"Aku pelik lah dengan kau ni. Kenapa kau nak couple dengan girlfriend-girlfriend kau? Sedangkan kau tak suka pun dia orang. Berhentilah sakitkan hati dan perasaan perempuan."
Haikal menghela nafas berat. "Aku memang tak suka dia orang tapi aku nak nikmati zaman bujang aku.... sebelum aku kahwin dengan kau." Jawab Haikal seraya berlari dari situ.
"Haikal!!!" Lantang suara Khalisya menjerit memanggil nama Haikal. Kakinya laju berlari mengejar langkah Haikal.
Khalisya hampir memegang baju Haikal tapi Haikal lebih laju berlari. Khalisya tidak putus asa, tangannya menarik baju Haikal membuatkan badan Haikal tidak seimbang.
Khalisya ke tepi takut badan Haikal terhempas di badannya. Tapi tangan sasa Haikal memaut pinggangnya dan mereka jatuh bersama-sama.
Badan Khalisya berada di atas badan Haikal.
Haikal mengambil peluang itu dengan menatap wajah Khalisya tanpa make up. Matanya merenung masuk ke dalam anak mata Khalisya. Dapat dia rasakan juga jantung Khalisya berdegup kencang. Haikal tersenyum.
"Woii! Kau orang dah gila ke?" Jerit Mia sambil menghampiri mereka berdua. Dia fikir siapa yang orang ramai ketawakan rupa-rupanya dua orang ni!
Khalisya tersedar. Dia segera berdiri dari terus menindih badan Haikal. Wajah Khalisya sudah naik kemerah-merahan apabila melihat orang ramai memandang mereka berdua.
Haikal turut berdiri. Dia memandang wajah Khalisya. 'Dah macam tomato.' Haikal sembunyi senyum.
"Ermm... aku jalan dulu." Kaki Khalisya berjalan laju ke tempat letak kereta. Sampai di kereta Khalisya membuka pintu kereta tapi berkunci. Dia dah macam cacing kepanasan.
Dari jauh Haikal membuka kunci kereta. Apabila mendengar bunyi kereta dibuka, Khalisya segera masuk ke dalam perut kereta.
Di dalam kereta keadaan sunyi sepi tanpa sembarang bunyi. Disebabkan, masih malu pasal hal tadi Khalisya lebih memilih untuk diam dan merenung keluar tingkap.
Sesekali Haikal melirik ke arah Khalisya yang diam tanpa suara. Dia sembunyi senyum. 'Tahulah malu Lis, tapi tak payahlah nak diam je!'
'Sunyilah pula!' Haikal memasang radio. Haikal memberhentikan kereta apabila keretanya sampai di lampu isyarat. Dia melirik ke arah Khalisya. 'Dia tak nak tukar lagu ke?' "Ehem!" Haikal berdehem membuatkan Khalisya menoleh ke arahnya.
Mata mereka bertembung buat seketika. Jantung berdegup seperti mengikut irama lagu 'cinta pandang pertama' yang dimainkan di radio. Terasa masa berhenti berputar. Haikal menatap sepasang anak mata berwarna hitam milik Khalisya. Indah.
~Pertama kali aku bertemu
Seorang gadis seperti dirimu
Senyum tawamu, riak wajahmu
Sungguh ayu,
Andai ku ingin berterus terang padamu
Adakah engkau mahu menerimaku
Kerna engkau tak pernah mengenaliku
Ini kali pertama kita bertemu,
Jika memang kau tercipta untukku
Maka izinkan aku mengenalmu
Izinkanlah aku menjadi sebahagian hidupmu,
Dan aku berharap
Semoga kali ini akan menjadi
Cinta yang sejati oh sayang,
Jika memang kau tercipta untukku
Maka izinkan aku mengenalmu
Izinkanlah aku menjadi sebahagian hidupmu,
Dan aku berharap
Semoga kali ini akan menjadi
Cinta yang sejati oh sayang,
Cinta yang sejati oh sayang~
PIN! PIN! Kereta belakang membunyikan honnya sekaligus mematikan tatapan antara Haikal dan Khalisya.
Haikal terkejut. Dia segera melihat kereta belakang ternyata orang di belakang sedang marah. Mulutnya terkumat-kamit bercakap. Entah membebel ke mencarut.
Haikal melirik ke arah lampu isyarat. Patutlah! Lampu dah hijau. Kereta Haikal laju meluncur pergi dari situ.
Khalisya pula bertambah malu kerana tatapan Haikal. Entah berapa lama mereka menatap antara satu sama lain.
Haikal melirik ke arah Khalisya. Diam. 'Aduh! Sampai bila nak macam ni?'
"Lis, kau okey ke? Bercakaplah sikit. Aku rindu dengar suara kau."
"Kau nak dengar apa?" Akhirnya, Khalisya membuka mulut yang dah terkunci.
"Sembanglah apa-apa je dengan aku. Kau ada simpan emas ke dalam mulut kau? Sampai susah nak buka?" Tanya Haikal mengusik Khalisya.
"Banyak cantik mulut kau! Aku rasa mulut kau yang patut diam sebelum aku cili mulut kau!" Khalisya menjelingkan matanya pada Haikal.
Haikal hanya menjelirkan lidahnya pada Khalisya. Dia tahu macam mana nak buat Khalisya buka mulut yang terkunci tu.
Hana akn update setiap jam 12 malam atau 5 petang. 1/2 chapter. enjoy^^
Share this novel