Epilog (BIDADARI)

Romance Completed 12570

Dengan langkah yang berat Khalisya melangkah masuk ke dalam masjid. Dia berjalan ke arah tempat duduk pengantin perempuan. Khalisya melabuhkan punggungnya di atas tempat duduk itu.

Mereka sedang menunggu pihak pengantin lelaki. Dalam debaran Khalisya berdoa agar lelaki yang masuk meminangnya adalah jodoh yang terbaik buatnya. 'Ya Allah, tidak lama lagi aku akan bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki. Engkau berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk melupakan Haikal, Ya Allah. Engkau permudahkanlah segala urusan ku pada hari ini. Engkau berkatilah aku dan bakal suamiku pada hari ini Ya Allah. Engkau titipkanlah rasa cinta di hatiku padanya saat aku menjadi isterinya, Ya Allah. Aku serahkan segalanya pada Mu Ya Allah. Semoga rumahtangga kami berdua berkekalan hingga syurga. Semoga hambaMu ini menjadi isteri yang solehah pada bakal suamiku, Ya Allah.'

"Khalisya okey?" Tanya Ibu Hajar yang dari tadi memerhartikan Khalisya.

"Okey je." Jawab Khalisya seraya mengukirkan senyuman manis.

"Ibu harap Khalisya bahagia dengan bakal suami Khalisya. Ibu yakin bakal suami Khalisya dapat bahagiakan Khalisya." Ibu Hajar mengusap lembut kepala Khalisya.

"In Syaa Allah ibu." Khalisya tersenyum.

Tidak lama itu, ada sepasang kaki melangkah masuk ke dalam masjid. Khalisya mengangkat kepalanya dan melihat lelaki itu. Dia terkejut saat melihat kawan-kawan Haikal.

Matanya terhenti pada satu susuk tubuh yang sedang berjalan ke arah tempat duduk pengantin lelaki. 'Kau?....' Khalisya bagai tidak percaya yang dia akan berkahwin dengan lelaki yang sedang duduk di hadapan tok kadi.

Kening Khalisya bertaut. Dahinya berkerut. 'Dia?....' Mata Khalisya tidak lari dari merenung lelaki yang sedang duduk di hadapan tok kadi.

Jantung Khalisya berdegup kencang saat lelaki itu melafazkan akad nikah. Kemudian, tok kadi memandang kiri dan kanan. Kedengaran sah dari setiap mulut orang di situ.

Khalisya dan yang lain menadah tangan membaca doa. Mata Khalisya tidak lari dari merenung lelaki yang sudah sah menjadi suaminya. 'Kenapa kau?'

Lelaki itu kemudiannya, berdiri dan berjalan mengambil wuduk bagi menunaikan solat sunat dua rakaat tanda syukur hanya kerana sekali lafaz sahaja Khalisya sudah sah menjadi miliknya.

Kemudian, lelaki itu berjalan ke arah Khalisya dan Ibu Hajar. Dia melabuhkan punggungnya di hadapan Khalisya. Khalisya memandangnya meminta jawapan. Dia hanya membalas dengan senyuman.

Lelaki itu mengambil gelang dan disarungkan ke pergelangan tangan Khalisya tanda membatalkan wuduk. Kemudian, dia menyarungkan cincin ke jari manis Khalisya. Saat lelaki itu memegang tangan Khalisya, dia merasakan tangan Khalisya sejuk.

Teragak-agak Khalisya mengambil tangan lelaki itu kemudian dikucupnya. Terasa air mata mengalir keluar dari matanya. 'Sesungguhnya takdir Allah itu Maha Besar. Alhamdulilah.'

Haikal tersenyum. Dia memegang kedua-dua belah pipi Khalisya. Haikal mengucup dahi Khalisya. Lama. 'Ya Allah, Engkau berkatilah dan rahmatilah isteriku. Berikannya kekuatan dan kesabaran. Semoga dia menjadi isteri yang solehah.'
******
Khalisya berjalan perlahan-lahan di pantai. Dia hanya berkaki ayam. Majlis mereka tamat pada petang tadi. Selepas itu, Haikal memintanya agar memakai pakaian yang dia sediakan.

Otaknya ligat berfikir macam mana Haikal boleh jadi pengantin lelaki merangkap bakal suaminya? Dan sekarang dah sah jadi suaminya.

"My dear Sweetheart?" Haikal berjalan ke arahnya dan menghulurkan tangannya.

Khalisya menyambut huluran itu. Haikal menggenggam tangan Khalisya. Sejak tadi hanya senyuman manis yang terukir di bibirnya. Sungguh bahagia.

"Kita duduk sini ya, sweetheart." Haikal melabuhkan punggungnya di atas tikar diikuti dengan Khalisya.

"Ermm..., Haikal."

"Call me Bie." Belum sempat Khalisya menghabiskan ayatnya Haikal lebih cepat memotong.

"Okey. Bie, kenapa bie yang kahwin dengan sweetheart? Maksud sweetheart, bukan orang lain ke? Kenapa?..."

"Dah jodoh kot." Sekali lagi Haikal memotong percakapan Khalisya.

"Bie!"

"Okey, okey. Sebenarnya bie dah baca diary dan tengok video sweetie. Bie pun memang dah lama suka sweetie. Bie tunang dengan Liana pun sebab nak lupakan sweetie. Bie fikir sweetie tak suka bie." Terang Haikal.

Khalisya terkejut. Dia fikir Haikal tak masuk ke dalam biliknya sebab diary dan telefon lamanya masih elok terletak di atas meja. "Habistu, Liana?"

"Dia curang... Okey macam ni..."

~Flashback~
"Haikal, kau datang rumah Liana sekejap tapi kau berhentikan kereta kau dekat kereta aku."

"Kenapa Mia?" Tanya Haikal pelik. Tadi tiba-tiba sahaja Mia menelefonnya.

"Datang jelah!" Balas Mia sekaligus menamatkan panggilan antara mereka.

Haikal hanya menggelengkan kepalanya. Dia mengikut kata Mia dan sampai di rumah Liana tapi Haikal meletakkan keretanya di belakang kereta Mia.

Haikal melangkah keluar dari perut kereta. Dia berjalan menghampiri Mia. "Kenapa?"

"Aku rasa Liana ni curanglah. Sebab tadi aku on the way balik rumah lepastu, aku ternampak Liana dengan lelaki lain. Jadi aku ikutlah. Sekali aku tengok dia bawa lelaki tu masuk rumah. Bukan main mesra lagi." Terang Mia.

"Kau yakin ke?"

"Yakin atau tak. Kau pergi masuk rumah dia."

Haikal berjalan ke arah rumah Liana. Dia mengetuk-ngetuk pintu rumah Liana. Tidak lama itu, Liana membuka pintu rumahnya.

Wajah Liana tampak terkejut apabila melihat Haikal. "Ha... Haikal? Awak buat apa dekat sini?"

"Sayang! Cepatlah!" Kedengaran ada suara garau dari dalam rumah Liana. Lelaki itu berjalan ke arah Liana dan membuka pintu sedikit.

Haikal melihat lelaki itu hanya memakai singlet berwarna hitam dan tuala di pinggang. Haikal menggelengkan kepalanya. "Apa semua ni?"

"Awak... salah faham ni. Saya tak... tidur dengan dia pun." Jawab Liana gagap.

"Tidur? Bila masa saya cakap awak tidur dengan dia? Awak curang kan? Mulai hari ini, kita putus tunang! Jangan jumpa saya lagi!" Haikal menarik cincin dari tangannya dan dibaling ke lantai.

Dia segera berjalan keluar dari situ.
~End Flashback~

"Ouh macam tu... jadi maksudnya bie dah putus tunang dengan perempuan tu?" Tanya Khalisya setelah mendengar cerita sebenar dari Haikal.

"Haah. Lepas baca diary dan tengok video dalam telefon lama sweetie, bie terus bagitau ibu Hajar yang bie nak kahwin dengan sweetie. Tapi bie tak suruh ibu Hajar bagitau sweetie yang lelaki tu sebenarnya bie."

"So that's mean you love me?" Tanya Khalisya sambil matanya menatap mata Hazel milik Haikal.

"Yes, sweetheart. I very love you. And will love you forever and ever. There is no one in my heart but you. Just you." Haikal mengucup dahi Khalisya. Kemudian, dia menggenggam erat tangan Khalisya.

"Thank you sebab sudi jadi suami sweetheart. Thank you sebab sudi lafazkan akad nikah untuk sweetheart. Thank you sebab selalu ada bersama dengan sweetheart. Thank you for everything." Air mata sudah bergenang di tubir matanya.

"Sepatutnya bie yang kena ucapkan terima kasih pada sweetheart sebab selalu ada bersama dengan bie tak kira walau macam mana pun. Sweetheart tau tak hanya sweetheart yang akan jadi BIDADARI di hati bie. Only you. Hanya sweetheart yang akan jadi BIDADARI dan mama kepada anak-anak bie. I love you. Indahkan pantai ni? Banyakkan pasir di pantai ni? Pasir di pantai ni tak boleh kira kan? Begitulah cinta bie pada sweetheart. Tak terkira." Haikal mengucup dahi Khalisya.


~TAMAT~

Cinta yang mustahil bersatu akhirnya bersatu juga dengan takdir Allah. Jodoh tetap Jodoh walau kita lari sejauh mana pun.

Yeay! Dah ending!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience