Bab 14 : Gaduh

Romance Completed 12570

Khalisya melangkah masuk ke dalam rumah. Dia menutup pintu rumah. Khalisya menggigit bibir bawahnya. Cuba menahan rasa sakit di dada.

Mata Khalisya memandang seluruh ruang rumah. Dia melirik jam ke dinding. Dah jam tujuh. Mungkin Fatihah keluar dengan tunang, sementara, Iris, Mia dan Mak Jah keluar pergi mana-mana.

Khalisya berjalan ke biliknya. Dia nak tenangkan diri.
*****
Khalisya sudah selesai mandi. Dia melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke ruang tamu. Masih tiada orang yang pulang.

Khalisya terkejut apabila melihat Haikal buka pintu dengan wajah yang menyinga. Haikal menghempaskan pintu rumah. Dia memandang wajah Khalisya yang tidak mempedulikan dia.

"Apa masalah kau ni?! Aku tunggu kau dari tadi kot. Nasiblah boss kau bagitau aku, yang kau dah lama balik kerja. Tak boleh nak call aku ke?" Tanya Haikal bengang. Khalisya memang sengaja cari pasal.

"Siapa yang patut marah sekarang ni? Kau atau aku?! Aku balik jam lima lah Haikal. Dua jam aku tunggu kau. Lepastu, aku risaukan kau. Aku pun jalanlah pergi tempat kerja kau. And apa yang aku nampak? Kau lupa aku. Kau dating dengan Liana!" Balas Khalisya.

"Kenapa kau tak bagitau aku yang kau pergi tempat kerja aku? Kau memang nak gaduh dengan aku ke?"

"Aku tak terdetik pun nak bergaduh dengan kau Haikal! Tapi kau tu! Kalau nak dating dengan sesiapa pun tolong bagitau aku. Supaya aku tak jadi tunggul menunggu kau!" Air mata sudah bergenang di tubir matanya. Rasa marah dan cemburu mengusai dirinya.

"Boleh tak kau jangan perbesar-besarkan hal ni?!"

"Salah aku? Salah aku ke? Kau tu! Aku benci kau Haikal!"

"Hah bencilah! Dari dulu memang kau benci aku kan? Ego! Tak nak kalah!"

Suara Haikal dan Khalisya menjawab-jawab semakin meninggi.

"Hoii!" Fatihah menjerit ke arah mereka sekaligus menghentikan pergaduhan itu. Nak gaduh pun carilah tempat yang tiada orang. Ni terpekik-pekik macam orang gila. Nasib jiran tak bising. Silap haribulan, merempat dia orang nanti.

"Apa masalah kau orang ni? Terpekik-pekik macam orang gila? Kau orang bergaduh ke?" Tanya Fatihah. Nasib dia tertinggal dompet dan balik ke sini. Kalau tidak, tak tahu apa akan jadi.

Khalisya malas menjawab. Dia dah takde mood. Khalisya melanggar badan Haikal dan segera berlalu ke biliknya.

Haikal pula terduduk di sofa. Haikal meraup rambutnya ke belakang. Belum pernah-pernah dia bergaduh besar dengan Khalisya.

"Bila di tanya seorang ke barat, seorang ke selatan. Haih! Pelik." Omel Fatihah dan dia sambung membebel. Tapi bebelannya tidak masuk di telinga Khalisya dan Haikal.
*****
Pagi itu, Mak Jah, Iris dan Mia memandang Haikal dan Khalisya hairan. Tak bercakap langsung. Selalunya dia orang akan bersemut bercerita atas meja.

"Kal, Khal, kau orang berdua bergaduh ke?" Tanya Mak Jah pada mereka berdua.

Masing-masing diam. Tak menjawab. Bisu. Mereka berdua hanya menguis-nguis nasi di pinggan.

"Iris, tahu pasal ni?" Tanya Mak Jah pada Iris.

"Tak, Mak Jah." Jawab Iris.

"Mia?" Tanya Mak Jah lagi.

"Tak." Jawab Mia pula.

"Tihah?" Tanya Mak Jah pada Fatihah.

"Dia orang dua bergaduh. Tak tahu pasal apa. Tihah ambil dompet semalam. Sampai-sampai je dia orang dah terpekik-pekik macam orang gila." Jawab Fatihah memandang Haikal dan Khalisya.

Khalisya berdiri. Dia segera menyandang begnya dan kakinya segera berjalan keluar dari rumah.

"Ehh, Khalisya kau nak pergi mana?" Tanya Mia.

Khalisya tidak mempedulikan pertanyaan Mia, dia terus berjalan ke tempat kerjanya.

"Haikal?" Mak Jah melihat wajah Haikal yang sedang tegang.

"Haikal cuti hari ni. Haikal masuk bilik dulu." Haikal segera berdiri dan berlalu pergi masuk ke dalam biliknya.

"Mia, rasa Mak Jah kena nasihatkan Haikal kot. Sebab Haikal tu yang selalunya ego." Kata Mia pada Mak Jah.

"Tengoklah macam mana." Jawab Mak Jah. Kalau Haikal dan Khalisya bergaduh sunyilah rumah ni.
*****
Sesekali angin sejuk menyapa lembut pipinya. Pipinya yang putih bertukar menjadi merah kerana kesejukkan. 'Haikal....'

Khalisya teruskan berjalan sampai ke tempat kerjanya walau badannya sudah menggigil kesejukkan.

Kedua-dua belah tangannya memeluk diri sendiri. 'Kenapa Haikal berubah? Sampai bila aku boleh bertahan? Aku sayangkan kau Haikal.'

Haih, nanti Haikal kena pujuk!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience