"Kita nak pergi mana? Awal-awal pagi lagi kau dah ajak aku keluar." Tanya Haikal.
"Jom pergi naik basikal." Jawab Khalisya seraya menutup pintu kereta.
Tidak lama itu, telefon mereka berdua berbunyi serentak. Masing-masing membuka telefon dan menekan group kawan serumah.
Kemudian, masing-masing menoleh memandang antara satu sama lain. Terkejut dengan gambar yang baru sahaja dikirim oleh Mia. Gambar mereka tertidur.
Dengan kepala Khalisya diatas bahu Haikal dan kepala Haikal diatas kepala Khalisya.
"Nasib Mia dah keluar! Kalau tak aku dah kerat-kerat dah badan dia." Khalisya mendengus geram.
"Rileklah kau ni. Jom, pergi taman." Kereta Haikal meluncur laju pergi ke taman.
Dia taman, Haikal dan Khalisya berpusing-pusing sambil membawa basikal. Senyuman bahagia terukir di bibir mereka berdua.
"Bestlah macam ni!" Jerit Khalisya.
Secara tidak sengaja Fika ternampak Haikal dan Khalisya. "Patutlah! Dengan minah ni rupanya!" Fika mendengus geram.
Dia berlari ke arah Khalisya yang seronok membawa basikal. Dengan geramnya Fika menolak Khalisya hingga Khalisya terjatuh ke tanah. Basikal yang dinaiki Khalisya menjadi senget hingga terhimpit badan Khalisya. Fika tersenyum sinis.
Haikal yang melihat itu segera memberhentikan basikalnya dan berlari ke arah Khalisya. Haikal menolong Khalisya keluar dari basikalnya.
"Aduh!" Khalisya menyeringai kesakitan. Tubuh badannya sakit akibat ditolak oleh Fika.
Tajam mata Haikal memandang Fika. "Kau dah kenapa?! Kita dah putus kan? Yang kau pergi tolak Khalisya apahal?"
"Kenapa dalam banyak-banyak perempuan, perempuan ni juga yang You pilih? I lebih baiklah daripada dia."
"Tak! Aku lebih sayangkan Khalisya daripada kau! And selama kita couple aku tak jujur suka kau pun. Sedar sikit diri kau tu!" Haikal membantu Khalisya bangun dan segera mencempung badan Khalisya pergi dari situ.
Khalisya terkejut. Dia tidak berani bertanya bila melihat muka Haikal yang sedikit tegang itu. Selepas memastikan bahawa mereke sudah jauh dari perempuan murahan tu, Haikal mendudukkan Khalisya di sebuah kerusi di taman.
"Kau okey tak? Sorry sebab aku, kau yang kena tolak dengan orang gila tu." Haikal melabuhkan punggungnya di sebelah Khalisya.
"No problem lah. Aku okey. Cuma tulah sakit juga badan aku kena tolak dengan dia."
"Nak pergi hospital tak?" Tanya Haikal. Riak wajahnya menunjukkan yang dia sedang risau.
"Tak nak. Aku tak suka pergi hospital." Balas Khalisya. Dia memang tak suka dengan bau-bau ubat di hospital.
"Kalau macam tu, aku pergi beli ais krim lah. Kau nak? Kejap." Haikal sudah berlalu pergi dari situ.
"Auch!" Khalisya menyeringai kesakitan. Dia melihat darah merah di seluarnya di bahagian lutut.
"Alamak berdarah!" Terasa pedih lututnya. Khalisya cuba untuk berdiri dia tak nak terlampau manja dengan sakit ni.
"Arrr!" Khalisya terjerit kecil. Sekelip mata sahaja tubuh badannya dicempung oleh seseorang.
"Jom pergi hospital." Haikal berjalan sambil mencempung badan Khalisya ke kereta.
"Mana ais krim?" Tanya Khalisya.
"Nanti aku belikan. Buat masa sekarang ni kita pergi hospital."
"Weh, tak nak! Kau tak kan aku benci bau ubat-ubat di hospital tu! Jangan sampai aku benci kau pula!" Jerit Khalisya.
"Aku tahu kau sayang aku kan? So, kau takkan bencikan aku." Balas Haikal.
Khalisya mendengus geram. 'Whateverlah Haikal! Kau menang!'
*****
"Kau dengar tak apa doktor cakap tadi? Jangan bergerak-gerak tanpa perlu dan selalu sapu ubat." Omel Haikal.
"Yelah, Pak Cik Haikal." Sejak keluar dari hospital lagi Haikal membebel pada dia. 'Bosan!'
"Pak Cik?..." Haikal mendekatkan wajahnya dengan wajah Khalisya.
"Weh, Haikal..." Jantung Khalisya berdegup hebat.
"Sekali lagi kau panggil aku Pak Cik, aku kiss kau." Haikal menjarakkan kembali wajah mereka.
"Mana boleh macam tu! Kita belum halal." Balas Khalisya.
"Aku akan bertanggungjawab." Jawab Haikal selamba. Dia berdiri dan berjalan pergi dari situ.
"Pak Cik Haikal! Menyampah aku!" Khalisya memuncungkan mulutnya.
"Apa Lis?" Haikal seolah-olah ingin mendekatinya.
"Tak, tak!" Khalisya segera menutup mukanya dengan bantal di sofa. 'Egrhh! Gila pula Haikal.'
Sila meriahkan komen ya....!^^
Share this novel
sweetnye