Okey, sebelum korang pening dengan rumah dia orang ni, Hana nak terangkan dulu. Khalisya dan Haikal memang tinggal serumah tapi ada housemate lain. Lagi satu, rumah dia orang ni besar. Haikal pula seorang je lelaki yang tinggal dalam rumah tu. Dia orang ni sewa bilik tau.
****
Telefon Khalisya berdering menandakan ada panggilan masuk. Khalisya yang sedang tidur itu mendengus geram.
Dia mengambil telefonnya dan menjawab panggilan tanpa melihat nama si pemanggil. "Hello." Kasar suaranya menjawab. 'Kacau orang tidur pagi-pagi buta ni!'
"Khalisya, You tolong bagitau Haikal cakap dengan dia I nak getback!" Si pemanggil bersuara.
"Hah? Siapa ni? Tiba-tiba suruh aku cakap dengan Haikal yang kau nak getback!" Marah Khalisya.
"I Nita. I dah tahu yang Haikal is playboy but I tetap nak getback dengan dia balik. I nak minta maaf dengan dia." Sambung Nita lagi.
"Weh, kau dah tahu yang si Haikal tu playboy tapi kau tetap nak dekat dia lagi? Mana maruah kau wey? Takkan kau telefon aku pagi-pagi buta ni sebab kau nak suruh aku cakap dengan Haikal yang kau nak getback je? Pergi mampuslah! Kacau tau tak!" Khalisya menamatkan panggilan. 'Tunggu kau Haikal! Sebab kau tidur aku kena kacau! Eii!'
****
Khalisya menatap wajahnya di cermin. Rambut diikat kemas. Muka original. Tiada sebarang make up yang tercalit di mukanya. Bibir pula original pink.
Pagi itu, dia kena awal pergi kerja. Khalisya mengambil kasutnya dan melangkah ke pintu. Dia membuka pintu biliknya.
Dalam pada masa yang sama Haikal juga turut membuka pintu dan melangkah keluar. "Morning sweetheart." Haikal mengusik Khalisya.
"Kepala hotak kau! Bagi ayat-ayat manis kau dengan girlfriend-girlfriend kau. Ni aku nak tanya tadi pagi kau tidur lena?" Tanya Khalisya pada Haikal.
"Alhamdulilah lena. Aku mimpikan girlfriend-girlfriend aku. Kenapa kau tanya?"
Khalisya mengetap giginya. 'Senang-senang je kau tidur lena, aku kena kacau dengan ex-girlfriend kau! Khalisya membaling kasutnya ke arah Haikal.
Kasut Khalisya tepat mengenai kepala Haikal. Sakit! "Kau kenapa bodoh?! Sakit tau tak!"
"Hah, tau pun sakit! Kau tau tak tadi pagi Nita ex-girlfriend kau tu dia call aku. Kau tau tak dia cakap apa? Boleh tak you tolong I cakap dengan Haikal yang I nak getback?" Jawab Khalisya sambil mengajuk suara Nita.
"Habis tu, kau cakap apa?"
"Aku cakap lah tak nak! Aku marah dia sebab dia kacau aku pagi-pagi buta. Kau tau tak semalam aku balik lambat. Aku ngantuk woi. Dahlah, hari ni aku kena datang kerja awal!" Khalisya mengejar Haikal. Sakit hatinya apabila tidurnya diganggu.
"Tolong! Tolong! Ada beruk kejar aku!" Penuh rumah dengan suara Haikal menjerit dan larian Haikal dan Khalisya.
"Kal, Khal. Mari makan." Mak Jah memanggil mereka berdua. Mak Jah memang selalu panggil Haikal dengan 'Kal' dan Khalisya dengan 'Khal'. Sampai dua-dua pun tak tahu nak bezakan yang mana satu kena panggil. Sebab sebutan hampir sama.
"Mak Jah tolong Kal Mak Jah! Ada beruk!" Haikal sembunyi di belakang Mak Jah.
"Mak Jah tepi Mak Jah, Khal nak baling dia dengan kasut ni!" Khalisya sudah naik geram.
"Sudah-sudahlah tu kamu dua. Mari kita makan dulu." Mak Jah menghidangkan makanan ke atas meja.
"Kau nasib Mak Jah suruh makan kalau tak, dalam lama kepala kau benjol oleh aku!" Khalisya berjalan ke meja makan. Semua di rumah itu, memang hormatkan Mak Jah kerana Mak Jah tuan rumah itu.
Haikal menjelirkan lidahnya. Khalisya mula mengejar Haikal kembali. "Kal, Khal mari makan!" Mak Jah memanggil mereka kembali.
Kali ni Haikal dan Khalisya berjalan ke meja makan. Mereka melabuhkan punggung di kerusi.
"Kau orang dua memang tak boleh eh kalau tak gaduh pagi-pagi? Dalam sehari biarkan lah aku mandi dengan tenang." Kata Mia yang baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi.
"Mana Fatihah dengan Iris?" Tanya Mak Jah pada Mia.
"Iris dah lama pergi kerja. Fatihah pula... Hah tu dia." Mia menunjuk ke arah Fatihah yang baru keluar dari bilik.
"Tihah, mari makan." Mak Jah memanggil Fatihah.
Fatihah menghampiri mereka semua.
"Ni Khal. Kenapa kamu bergaduh dengan Kal?" Tanya Mak Jah pada Khalisya.
"Tadi pagi jam dua, ex-girlfriend Haikal call saya. Dia suruh saya cakap dengan Haikal yang dia nak getback. Dahlah, saya menyampah dengan panggilan dia. 'I, You. I, You'." Jawab Khalisya. Dia menjelingkan matanya kepada Haikal.
"Bila kamu nak kahwin Kal? Takde perempuan yang nak dekat kamu kalau perangai kamu macam ni. Playboy." Tanya Mak Jah pada Haikal.
"Apa susah Mak Jah? Khalisya kan ada? Nanti saya kahwin jelah dengan dia." Jawab Haikal mengusik Khalisya.
Pantas kaki Khalisya memijak kaki Haikal di bawah meja. Ngam, lagi kedudukan Haikal di depan dia.
"Arghh!" Haikal menyeringai kesakitan.
"Kenapa Haikal?" Tanya Mak Jah.
"Beruk ni pijak kaki saya Mak Jah." Haikal menunjuk ke arah Khalisya.
"Kau nak kena lagi?!"
"Sudah-sudah. Jangan gaduh lagi! Nanti lambat pula pergi kerja." Mak Jah menghalang daripada terletusnya perang buat kali kedua pada pagi itu.
Miya dan Fatihah pula hanya menggelengkan kepala. Dah biasa dengan situasi sebegitu.
Selepas mereka habis sarapan, Haikal dan Khalisya terlebih dahulu bertolak. Kerana mereka perlu sampai kerja awal.
Haikal dan Khalisya melangkah keluar dari rumah. Khalisya baru ingin membuka pintu kereta tapi berkunci. Khalisya memandang Haikal.
"Kita jalan kaki jelah hari ni." Haikal mengusik Khalisya.
"Aku tak nak! Cepatlah woi. Dah lambat dah ni!" Marah Khalisya.
"Suka hati akulah. Tu kereta aku bukan kereta kau." Haikal berjalan menghampiri Khalisya.
"Fine! Lepasni, aku takkan ikut kau lagi pergi kerja!" Khalisya sudah berjalan pergi dari situ. Jalan kaki pun jalan kakilah!
"Ehh, Lis!" Haikal menyambar tangan Khalisya. Hanya Haikal seorang yang memanggil Khalisya dengan nama 'Lis'.
"Apa kau nak lagi?!"
"Sorry, sorry. Aku gurau je. Janganlah marah. Jom pergi kerja." Haikal menarik tangan Khalisya. Haikal membukakan pintu kereta untuk Khalisya.
Khalisya masuk ke dalam perut kereta. Haikal juga turut masuk ke dalam perut kereta. Haikal melirik ke arah Khalisya. Muka Khalisya masih muram.
"Sorry Lis. Kau bagitau aku apa yang aku boleh buat untuk tebus kesalahan aku yang terlampau 'besar' sangat tu?" Sempat lagi Haikal memerli Khalisya.
Khalisya sembunyi senyum. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. "Bulan lepas giliran aku belanja kau kan? Bulan ni kau belum belanja aku kan? Ha, lepas balik kerja kau kena belanja aku! Takde apa-apa alasan."
"Okey. Boleh je." Jawab Haikal.
"Tapi aku nak kau off phone kau. Aku tak nak jadi macam dua bulan lepas masa kau belanja aku. Tak habis-habis girlfriend-girlfriend kau call kau!" Omel Khalisya.
"Yelah, My Sweetheart Lis." Balas Haikal.
Khalisya senyum.
Sepanjang perjalanan hanya kesunyian yang meneman mereka. Haikal memasang lagu. Sunyi pula! Lagu Ku Rela Dibenci dimainkan.
Dengan beraninya Khalisya menukar lagu ke lagu Jangan Ragu. Haikal menjelingkan matanya pada Khalisya. Dia menukar lagu kembali. Khalisya turut menukar lagu kembali.
"Apa masalah kau?!" Tanya Haikal pada Khalisya.
"Aku tak suka lagu sedih-sedih ni!" Jawab Khalisya.
"Fine!" Haikal mengalah.
****
"Ha, dah sampai." Kereta Haikal berhenti di depan kedai buku. Tempat Khalisya berkerja.
"Thank you bie." Usik Khalisya. Mereka sudah biasa memanggil dengan nama panggilan seperti itu.
"You're welcome my sweetheart Lis. Kau balik jam berapa?" Tanya Haikal.
"Jambatan..." Jawab Khalisya. Kemudian,dia ketawa.
"Weh, aku tanya betul-betul ni. Kang aku tak ambil kau baru kau tau." Marah Haikal. Dia dah lambat nak pergi kerja.
"Sorry bie. Lis balik jam dua petang." Jawab Khalisya seraya tangannya ingin menyalami tangan Haikal.
"Kau dah kenapa?" Tanya Haikal pelik.
"Ehh, lupa pula belum kahwin." Khalisya menarik tangannya kembali. Saja ingin mengusik Haikal. Kita kan singleeee.
Haikal mengetuk kepala Khalisya. "Bengong."
Khalisya melangkah keluar dari kereta. "Bye, bie." Khalisya melambai ke arah Haikal. Kereta Haikal meluncur laju pergi ke tempat kerjanya.
****
Khalisya sedang menunggu Haikal di luar kedai buku. Tak sabarnya nak pi dating dengan kekasih hati. Khalisya tersenyum manis.
"Ha, ni mesti nak pi dating dengan Haikal kan? Kau orang bukan bercinta pun tapi macam pasangan kekasih. Haikal selalu lebihkan kau. Agak-agaknya, dia suka kau ke?" Tanya Maria.
"Aku nak pergi dating dengan Haikal tapi kami bukan bercinta. And, dia tak suka aku pun!" Jawab Khalisya.
PIN! PIN! Kereta Haikal berhenti di depan Khalisya. "Bye, Boyfriend aku dah datang. Aku balik dulu." Khalisya melangkah masuk ke dalam perut kereta Haikal. Kereta Haikal meluncur laju pergi dari situ.
"Boyfriend sangat!" Maria mencebikkan bibirnya. Kalau orang tengok Haikal dan Khalisya mungkin macam pasangan yang sedang bercinta tapi hanya orang-orang yang kenal mereka je tahu mereka hanya kawan rapat. Teman Tapi Mesra.
"So, sweetheart kita nak pergi mana?" Tanya Haikal pada Khalisya.
"Kita pergi mall lah. Aku dah lama tak beli baju." Jawab Khalisya.
Tiba-tiba telefon Haikal berbunyi. Khalisya segera mencapai telefon Haikal, dia melihat nama si pemanggil. 'Fika girlfriend yang ke 2' Tangan Khalisya mematikan panggilan. Kemudian, dia mematikan telefon Haikal.
"Siapa call?" Tanya Haikal pada Khalisya.
"Fika. Your girlfriend number two." Jawab Khalisya selamba.
Haikal terkejut. "Weh, asal kau tak jawab call dia? Habis nanti telinga aku dengar dia membebel!" Marah Haikal. Fika tu kalau membebel mulut dia dah macam kereta api.
"Then break." Balas Khalisya. Dia malas nak bergaduh dengan Haikal pasal Fika. Mukanya sudah muram.
Haikal melihat muka Khalisya yang sudah muram. Dia tersenyum nakal. "Lis, jealous eh?"
"Takde maknanya aku nak jealous! Kita bukannya bercinta. Aku bukan macam girlfriend-girlfriend kau yang toxic tu!" Jawab Khalisya. 'Iya, aku jealous.' Dalam hati jelah dia cakap.
"Walaupun kita tak bercinta tapi aku sayang kau lebih tau dari girlfriend-girlfriend aku." Balas Haikal. Memang dia sayangkan Khalisya pun. Hanya sebagai sahabat.
Muka Khalisya masih muram. Haikal mengambil telefonnya dari tangan Khalisya dia menghidupkan telefonnya. Serentak dengan itu, Fika menelefon. Haikal menjawab panggilan itu. Dia menekan punat loudspeaker.
"Haikal kenapa tadi You tak jawab call I?! You tau tak...." Belum sempat lagi Fika habiskan ayatnya Haikal sudah memotong. Fika terkejut mendengar ayat Haikal. Hanya sepatah ayat yang keluar dari mulut Haikal membuatkan Fika menangis. Khalisya menoleh ke arah Haikal. Tidak percaya apa yang didengarinya.
Haikal menamatkan panggilan. Kemudian, dia mematikan telefonnya.
"Kenapa kau break dengan dia? Habis lah, Fika hilang tulang belakang dia. Kau kan Romeo terkenal di KL ni." Siapa sahaja yang dah putus dengan Haikal ibarat putus dengan VVIP ternama. Haikal terkenal dengan gelaran Romeo di KL.
"Sebab kau. Aku tak nak gaduh dengan kau sebab Fika. Lagipun, aku boleh cari girlfriend baru. Petik jari je dah dapat!" Balas Haikal.
Khalisya tersenyum. 'Haikal!'
Haikal melirik ke arah Khalisya. Dia turut tersenyum.
Okey Hana dah publish Bab 1. Enjoy my third story^^
Share this novel