Dari rumah hinggalah sampai ke lapangan terbang Haikal hanya membisu. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya dan makanan pun Haikal tiada sentuh.
Pandangan Haikal dihalakan ke luar cermin kereta. Hari ni dia tiada mood nak memandu kereta. Berbagai persoalan bermain di fikirannya. Siapa yang sakitkan hati Khalisya? Macam mana nanti bila Khalisya dah pergi Korea? Siapa yang nak bergaduh, bermain, bergelak ketawa dengan dia lepasni?
"Haikal jom. Dah sampai." Khalisya menegur Haikal sekaligus mematikan lamunan Haikal.
Haikal keluar dari kereta dan berjalan seiring dengan yang lain. Dengan langkah yang berat Khalisya melangkah masuk ke dalam lapangan terbang. Lepasni, dia dah tak boleh nak berjumpa dengan Haikal.
'Macam mana nanti bila aku dah takde di samping kau? Aku tak rela nak berjauhan dengan kau Haikal tapi hati aku dah terlampau sakit untuk terus berada di samping kau sebagai seorang sahabat sedangkan aku sayangkan kau lebih dari seorang sahabat.'
*****
•Diminta Penumpang Kapal Terbang dari Malaysia ke Korea Sila Bergerak Sekarang•
Khalisya berdiri dan diikuti dengan yang lain. Khalisya berdiri di hadapan mereka semua. Dipandangnya wajah mereka silih berganti dan pandangannya terhenti pada satu wajah yang sentiasa menghiasi harinya. Haikal.
"Okeylah, semua. Khalisya dah nak pergi. Ibu Hajar jaga diri baik-baik tau. Fatihah, Mia tolong jaga ibu dan Mak Jah. Iris pula jaga diri kau dan anak kau. Haikal pula... jangan lupakan aku tau. Jaga diri kau orang semua. Aku sayang kau orang." Khalisya menyalami tangan Ibu Hajar dan Mak Jah. Kemudian, dia berjabat tangan dengan Fatihah, Mia dan Iris. Sampai di hadapan Haikal Khalisya terhenti. Haikal hanya membisu. Dia tunduk menekur lantai.
Khalisya cuba menahan air matanya. "Okeylah, Haikal bye." Perlahan-lahan kaki Khalisya berjalan pergi dari situ. Rasa sakit dadanya apabila menahan air mata yang hanya menunggu masa untuk jatuh.
Haikal menggelengkan kepalanya berkali-kali. Dia mengangkat kepalanya dan memandang Khalisya yang perlahan-lahan berjalan pergi. "Khalisya!!!!" Haikal berlari ke arah Khalisya. Bergema suaranya.
Apabila mendengar namanya di panggil oleh orang yang dia paling sayang Khalisya memusingkan badannya serentak dengan itu, Haikal terus memeluknya. Tangisan Haikal pecah begitu juga dengan Khalisya. Haikal memeluk Khalisya dengan kuat. Dagunya dilabuhkan di atas bahu Khalisya. Haikal menangis semahunya.
"Aku...sayang kau. Aku...sayang... kau. Jangan pergi.... Tolong jangan pergi." Tersekat-sekat suara Haikal.
Tangan Khalisya naik membalas pelukan Haikal. Dia mengusap-usap belakang badan Haikal. Khalisya tarik nafasnya kemudian, di hembusnya perlahan sebelum bercakap dengan Haikal. "Haikal, aku pun sayang kau juga. Tak lama. Aku janji lepas aku dah okey, aku balik Malaysia. Sementara tu, kau jaga diri kau. Kalau rindu aku ambil nombor telefon baru aku di atas meja di bilik aku. Telefon aku. Aku akan selalu ada untuk kau walau tidak di samping kau."
"Tapi aku..." Belum sempat Haikal menghabiskan ayatnya, Khalisya terlebih dahulu melepaskan pelukan mereka. Tangan Khalisya naik memegang kedua-dua belah pipi Haikal.
"No tapi-tapi. Aku pergi dulu. Aku sayang kau. Jaga diri kau baik-baik. Jangan lupakan aku." Khalisya mengucup dahi Haikal. Kemudian, dia segera berjalan pergi dari situ.
'Macam mana aku nak lupakan kau? Aku cintakan kau Khalisya. Aku cintakan kau!' Haikal terduduk di situ. Belum sempat pun dia memberitahu Khalisya yang dia dah lama cintakan Khalisya. Dia takut. Takut Khalisya tidak mencintai dia dan hubungan mereka sebagai seorang sahabat akan rosak.
Habis tu, Liana? Liana hanyalah tempat untuk dia melupakan Khalisya. Adakah Liana pun mencintainya juga? Tidak. Liana dah curang. Mereka dah putus.
Semakin lama bayangan Khalisya semakin hilang dari pandangannya. "Khalisya!!!" Haikal kembali menjerit walaupun dia tahu Khalisya dah masuk ke dalam Kapal Terbang. 'I love you.'
******
Sampai sahaja di rumah Haikal terus berlari masuk ke dalam bilik Khalisya. Dia menutup pintu. Haikal berjalan ke meja Khalisya dengan sisa air matanya.
Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Haikal membuka diary Khalisya. Khalisya pernah memberitahunya bahwa orang yang Khalisya cintai ada dia tulis di dalam diarynya.
-Haikal aku cintakan kau. Macam mana aku nak bagitau kau? Kau dah bertunang dengan Liana.-
-Aku gembira walaupun dia hanya anggap aku sahabat. Aku masih dapat bersama dengan dia pun dah buat aku happy. Sekurang-kurangnya, dia sayang aku. Aku takkan minta lebih sebab aku dah dapat kasih sayang dia, dah buat aku bahagia. Kalau dia bahagia aku pun bahagia.-
-Haikal kaulah orang pertama yang mengetuk pintu hati aku dan kau orang yang pertama masuk ke dalam hati aku dan kau juga akan menjadi orang yang terakhir berada dalam hati aku.-
Semakin laju air mata keluar dari mata Haikal. "Khalisya cintakan aku? Betul ke dia cintakan aku? Kenapa selama ni aku tak sedar? Bodohnya aku. Khalisya... aku pun cintakan kau. Kau seorang je!" Haikal menghentak-hentakkan kakinya.
Haikal memerharti seluruh ruang bilik Khalisya. Sungguh dia rindu pemilik bilik itu. Pandangan Haikal terhenti pada satu kertas. Dia mencapai kertas itu dan membaca isi kandungan kertas itu.
-Haikal kalau kau masuk bilik ni jangan lupa baca diary aku dan tengok video dalam telefon lama aku. Bye, I love you.-
Haikal segera membuka telefon lama Khalisya dan mencari video yang dimaksudkan oleh Khalisya. Haikal memainkan video itu. "Harap betul lah."
-Hai, Haikal. Aku di rumah ibu ni. Aku tak marah kau dah. Tapi aku nak cakap yang aku cintakan kau. Aku sayangkan kau lebih dari seorang sahabat. Kau ialah orang pertama yang mengetuk pintu hati aku dan orang yang pertama masuk ke dalam hati aku. Kau juga akan menjadi orang yang terakhir berada dalam hati aku.
Aku nak nyanyi lagu ni. Aku rindu Haikal yang dulu.
~Pagi telah pergi
Mentari tak bersinar lagi
Entah sampai kapan ku mengingat
Tentang dirimu
Kuhanya diam
Menggenggam menahan
Segala kerinduan
Memanggil namamu
Disetiap malam
Ingin engkau datang dan hadir
Dimimpiku rindu
Dan waktu kan menjawab
Pertemuan ku dan dirimu
Hingga sampai kini aku masih ada disini
Kuhanya diam
Menggenggam menahan
Segala kerinduan
Memanggil namamu
Disetiap malam
Ingin engkau datang dan hadir
Dimimpiku rindu
Dan bayangmu akan selalu bersandar dihatiku
Janjiku pastikan pulang bersamamu
Kuhanya diam
Menggenggam menahan
Segala kerinduan
Memanggil namamu
Disetiap malam
Ingin engkau datang dan hadir
Dimimpiku
Kuhanya diam
Menggenggam menahan
Segala kerinduan
Memanggil namamu
Disetiap malam
Ingin engkau datang dan hadir
Dimimpiku
Selalu dimimpiku
Rindu~
Sedap tak suara aku? Bye, Haikal. I miss you so much. Aku rindu kau yang dulu. Aku rindu kenangan-kenangan kita dulu. I love you.-
•Video tamat•
Hanya jasad Haikal yang sedang duduk di kerusi bukan rohnya. Jiwanya telah melayang pergi. 'Kenapa selama ni aku tak sedar? Aku sakitkan hati kau Khalisya. Aku bodoh.' Haikal memukul-mukul dirinya sendiri.
"Aku bodoh! Aku yang sakitkan kau Khalisya. Aku lukakan kau. Aku tak layak mencintai kau Khalisya. Khalisya..." Haikal menangis semahunya di situ.
Tiba-tiba dia terfikir satu idea.
Alaaa, jangan nangissss tau. Tunggu sampai ending!><
Share this novel