"Haikal..." Mak Jah melabuhkan punggungnya di sebelah Haikal. Mungkin dilihat Haikal sedang tengok tv, tapi hakikatnya, Haikal termenung jauh sampai nak tembus dah dinding tu.
"Ya, Mak Jah?"
"Kenapa Haikal bergaduh dengan Khalisya? Haikal tahu kan Khalisya tak kuat. Kalau ada apa-apa jadi pada dia bila dia keluar tadi macam mana? Dari dulu, sampai sekarang yang ego semua tu Haikal. Mak Jah tak tahu apa sebab kamu berdua bergaduh tapi... Khalisya perempuan. Dia ada hati dan perasaan. Khalisya...." Ayat Mak Jah tergantung di situ. Dia tahu Khalisya cintakan Haikal tapi Khalisya sudah pesan pada dia supaya jangan bocorkan rahsia ni.
"Haikal nak minta maaf dengan Khalisya. Haikal tahu Haikal salah. Haikal... sayang dia." Sedikit sahaja lagi Haikal akan bocorkan rahsia yang hanya dia sahaja yang tahu. Tapi dia tak sanggup.
"Baguslah kalau macam tu. Pujuk Khalisya perlahan-lahan." Mak Jah menepuk bahu Haikal perlahan. Kemudian, dia segera berlalu pergi dari situ.
*****
Hujan lebat diluar. Angin kuat diluar. Guruh berdentum hebat. Kilat memetir kuat. Haikal sudah risau menunggu Khalisya.
Tepat jam lima Khalisya pulang ke rumah. Dia berjalan ke biliknya tanpa mempedulikan Haikal sedang memandangnya.
Selepas mandi, Khalisya berjalan keluar dari biliknya. Perutnya terasa lapar. Tapi dia tiada selera. Badannya juga panas mungkin dia demam kerana Khalisya hanya berjalan kaki pulang ke rumah. Tanpa berteduh.
Baru sahaja Khalisya ingin meneguk air, dia letakkan semula mug ke atas meja. Kepalanya terasa pening. Pandangannya berbalam-balam.
Khalisya hampir jatuh ke lantai namun tangan Haikal pantas menangkap badan Khalisya dan mereka terduduk di situ.
Haikal membiarkan Khalisya duduk di atas pahanya dan kepala Khalisya bersandar di bahunya. Tangan Haikal naik menyentuh dahi Khalisya. Panas!
"Lis, kau demam ni. Kau ada makan tak tadi? Jom, bangun aku masak bubur." Pujuk Haikal.
"Tak nak! Kau pergilah sana. Kau kan benci aku?" Perlahan-lahan Khalisya bangun daripada terus duduk di paha Haikal.
Haikal menggelengkan kepalanya. Dia tahu macam mana kalau Khalisya dah merajuk. Haikal berdiri.
"Lis, aku betul-betul minta maaf. Aku sayangkan kau. Kau duduk dulu aku masak bubur. Rehat." Pujuk Haikal lagi.
"Aku tak nak! Kau tak pernah sayangkan aku. Kau penipu! Penipu! Aku benci kau! Benci!" Tangan Khalisya memukul-mukul badan Haikal.
Haikal menahan tangan Khalisya dari terus-terusan memukul badannya Dia menarik Khalisya yang sudah menangis ke dalam pelukan.
"Shhhh, aku betul-betul minta maaf." 'Aku terpaksa buat semua ni Khalisya, untuk lupakan kau.'
Haikal mengusap-usap kepala Khalisya. Apabila merasakan Khalisya sudah tenang, Haikal segera mencempung badan Khalisya dan dibawa ke sofa.
Khalisya duduk di sofa. Dia melihat Haikal sudah berjalan pergi ke dapur. Mungkin masak bubur.
Khalisya duduk termenung di atas sofa. Dia penat hidup macam ni. Haikal tidak sayangkan dia tapi Haikal layan dia macam seorang yang istimewa.
Disebabkan kepala yang terasa pening dan mata yang terasa berat, Khalisya memilih untuk melelapkan matanya.
Tidak lama kemudian, Haikal datang dengan membawa bubur dan melabuhkan punggungnya di sebelah Khalisya. Haikal menatap wajah Khalisya yang sedang tidur lena. 'Macam mana kalau suatu hari nanti aku takde di sisi kau?'
Haikal mengejutkan Khalisya. Khalisya tersedar. Dia membuka matanya secara perlahan-lahan. Khalisya membetulkan duduknya kerana terlelap tadi.
Tangan Haikal pantas ingin menyuap bubur ke dalam mulut Khalisya, tapi Khalisya lebih cepat menggeleng. "Aku masih ada tangan."
Haikal menghela nafas berat. "Aku betul-betul minta maaf Lis. Aku tahu aku salah. Tolong beri aku masa untuk habiskan kenangan bersama kau."
Khalisya tidak mengerti maksud ayat yang cuba Haikal sampaikan. Tapi bila dia melihat anak mata Haikal yang ikhlas, Khalisya akhirnya menganggukkan kepalanya.
Tangan Haikal pantas menyuap bubur ke dalam mulut Khalisya. 'Kalau lepasni, aku takde tolong jaga diri baik-baik Lis.'
'Kalau lepasni, kau dah jumpa BIDADARI yang aku selalu doakan untuk kau, tolong jangan lupakan aku. Biarlah, aku kekal di ingatan kau hanya sebagai seorang sahabat baik.' Khalisya tersenyum memandang Haikal.
Lepasni, sediakan tisu banyak-banyak sebab Bab lepasni, lebih menggemparkan.
Share this novel