Bab 8 : Sakit

Romance Completed 12570

"Mana Khalisya? Dia tak keluar makan ke?" Tanya Ibu Hajar pada Haikal.

"Tak kot. Tadi Haikal ada ketuk pintu bilik dia. Tapi dia cakap dia masih kenyang." Jawab Haikal. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi.

"Dia makan apa? Kau orang ada sarapan ke tadi sebelum datang sini?" Tanya Ibu Hajar lagi.

"Takde pula. Kejap, Haikal pi tengok dia." Haikal berdiri semula. Dia berjalan ke arah bilik Khalisya. Tanpa mengetuk pintu bilik Khalisya, Haikal terus merempuh masuk ke dalam bilik Khalisya.

Khalisya terkejut. Nasib dia dah pakai baju lepas mandi tadi. "Arr!" Haikal mencempung badan Khalisya.

"Kau buat apa?" Tanya Khalisya terkejut.

"Aku risaukan kau. Jom makan."

"Tak nak!" Khalisya cuba melepaskan dirinya.

"Nanti perut kau masuk anginlah!"

"Kalau kau tak suka aku kenapa kau layan aku macam ni? Kita kawan je kan? Jadi layan aku macam kau layan orang lain!"

Haikal menurunkan Khalisya. "Apa kau merepek ni Lis? Aku sayang kau lah!"

"Sayang sebagai apa? Adik? Kawan?" Tanya Khalisya bengang.

"Kau kenapa? Kau cintakan aku ke? Kau suka aku?!" Suara Haikal meninggi.

"Iya, aku suka kau, aku cintakan kau! Kenapa kau nak buat apa? Nak reject aku?!" Suara Khalisya juga semakin meninggi.

Mereka yang di luar terkejut mendengar suara orang bergaduh. Mereka semua masuk mendapatkan Haikal dan Khalisya.

Haikal terdiam. Dia kaku. Haikal baru sahaja nak buka mulut tapi Khalisya menghalang.

"Aku gurau jelah. Muka kau dah cuak dah. Hahaha. Padan muka. Suka sangatkan terjah masuk bilik orang? Jom, makan. Aku pun lapar dah ni." Balas Khalisya membaiki keadaan. Dia takut nak dengar apa yang akan keluar dari mulut Haikal. Biarlah, dia pendam sahaja perasaan ni.

"Kau ni! Aku dah takut tau tak! Aku takut kalau aku bergaduh dengan kau!" Bengang Haikal.

"Ceh,ceh, ceh. Jom makan." Khalisya mengukirkan senyuman palsu.

"Kenapa ni? Kau orang berdua bergaduh ke?" Tanya Ibu Hajar. Risau.

"Taklah bu. Kau orang pergilah dulu. Kami nak pi makan dah ni." Jawab Khalisya.

Ibu Hajar dan yang lain berlalu pergi.

Khalisya baru ingin berjalan keluar tapi Haikal menyambar tangannya dan segera menarik dia. Badan Khalisya bersandar di dinding.

Haikal mendekatkan wajahnya dengan wajah Khalisya. "Haikal..." Khalisya menelan air liurnya. Wajah Haikal semakin dekat dengan wajah Khalisya.

Khalisya buntu. Dia menutup matanya. Takut melihat wajah Haikal yang semakin dekat dengannya.

"Muka kau pun dah cuak dah? 1 sama." Haikal berbisik di telinga Khalisya. Kemudian, dia berlari keluar.

"Haikal!!!!" Lantang suara Khalisya memanggil nama Haikal.

"Ibu!" Haikal berlari ke meja makan.

Khalisya mengejar Haikal. Disebabkan, terlampau berlari kaki Khalisya tidak dapat berhenti dan terlanggar badan Haikal. Badan Haikal terpusing dan badan Khalisya tidak seimbang. Pantas tangan sasa Haikal memaut pinggang Khalisya.

Mata mereka bertembung. Jantung berdegup kencang.

"Ehem, ehem."Ibu Hajar dan yang lain berdehem membuatkan Khalisya dan Haikal tersedar.

Pantas tangan Khalisya menolak badan Haikal. Khalisya berdiri. Pipinya sudah naik kemerah-merahan. Khalisya melabuhkan punggungnya di kerusi.

Haikal juga turut melabuhkan punggungnya di kerusi. Masing-masing tak bersuara. Hanya bunyi sudu dan garfu yang berlaga.

Khalisya hanya menguis-nguis nasinya. Dia tiada mood. Khalisya memandang Haikal yang sedang makan.

'Haikal, aku sayangkan kau. Tapi kau hanya anggap aku sebagai adik dan kawan. Biarlah cinta ini kekal di hati buat selamanya. Aku berharap agar suatu hari nanti ada BIDADARI yang mampu menjaga kau, mencintai kau, lebih dari aku. Aku sayang kau Haikal. Aku akan habiskan masa bersama kau hanya sebagai sahabat baik.'

Sorry kalau pendek>< Kesian Khalisya...><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience