Bab 7 : Ibu

Romance Completed 12570

Keadaan dalam kereta sunyi. Haikal melirik ke arah Khalisya yang sedang tidur lena. Mereka dalam perjalan pulang ke kampung di mana waktu pertama kali mereka bertemu.

Hampir dua jam baru mereka sampai di kampung Bahagia. Haikal memberhentikan keretanya di depan Rumah Anak Yatim Bahagia. Haikal turun dari kereta.

Kemudian, Fatihah juga memberhentikan keretanya. Dia turun dari kereta. "Kenapa Haikal?"

"Takde. Aku saja singgah sini kejap. Rindu nak tengok rumah kita dulu." Jawab Haikal.

"Ouh, kalau macam tu kami pergi rumah Ibu Hajar dulu." Balas Fatihah dia kembali masuk ke dalam perut kereta. Kereta Fatihah meluncur laju pergi ke rumah Ibu Hajar.

Haikal memerharti Rumah Anak Yatim Bahagia. Banyak kenangan menerjah ke fikirannya. Haikal terbayang saat dia dan Khalisya bermain kejar-mengejar. Kemudian, mereka berdua terjatuh dan Ibu Aisyah yang akan memujuk mereka berdua.

Haikal tersenyum. Telinga Haikal menangkap bunyi pintu kereta di tutup. Dia memusingkan badannya ke belakang. Khalisya turun dari kereta dalam keadaan masih mengantuk. Khalisya berjalan menghampiri Haikal. "Sampai sudah ke?"

"Belum. Aku singgah sini kejap. Rindu nak tengok rumah ni."

"Ouh, Haikal aku pergi melawat kubur Ibu Aisyah dulu." Khalisya berjalan kembali ke kereta. Dia mengambil begnya dan mengeluarkan sehelai tudung sarung. Dia memakai tudung tersebut dan berjalan ke arah kubur Ibu Aisyah.

"Assalamualaikum Ibu. Lama Khalisya tak lawat ibu. Sorry bu, Khalisya sibuk sikit di KL. Sekarang ni, Khalisya, Haikal, Fatihah, Mia dan Iris dah balik kampung. Khalisya rindu Ibu sangat-sangat." Khalisya tersenyum. Dia mengusap-usap kubur Ibu Aisyah.

Khalisya menghadiahkan surah yaasin kepada arwah Ibu Aisyah. "Khalisya pergi dulu bu. Haikal dah tunggu dah tu." Khalisya mengucup lembut batu nisan kubur arwah Ibu Aisyah. Khalisya berjalan menghampiri Haikal.

"Dah?" Khalisya menganggukkan kepalanya. Haikal dan Khalisya masuk ke dalam perut kereta.

Khalisya membuka tudungnya dan disimpan semula ke dalam beg. Khalisya menghela nafas berat. Baru sahaja sekejap mereka bertolak ke rumah Ibu Hajar tapi dia sudah rindu dengan Ibu Aisyah.

"Kau okey? Aku tahu kau rindu Ibu Aisyah kan? Nangislah kalau kau nak nangis."

"Tak apa. Kita nak jumpa Ibu Hajar kan lepas ni? Aku takut dia risau pula tengok aku menangis nanti." Balas Khalisya.

Selepas sepuluh minit baru mereka sampai dia hadapan rumah Ibu Hajar. Kereta Haikal masuk ke perkarangan rumah Ibu Hajar. Mereka turun dari kereta.

"Haikal, Khalisya!" Dari jauh Ibu Hajar menjerit memanggil nama mereka.

"Ibu!" Khalisya tidak menunggu lama. Dia berlari ke arah Ibu Hajar dan memeluk erat Ibu Hajar.

"Rindu Ibu tak?" Ibu Hajar melepaskan pelukan mereka. Dia memandang tepat ke arah anak kesayangannya.

"Rindu. Rindu sangattt. Ibu rindu Khalisya tak?" Tanya Khalisya sebak.

"Apa pula tak rindu. Ibu yang jaga kamu. Jom masuk." Hajar mempelawa Haikal dan Khalisya masuk ke dalam rumahnya. Yang lain sudah tunggu di dalam rumah.
*****
"Okey, semua sudah minum, sudah sampai kan? Ibu nak tanya ni, kenapa tahun lepas tak datang melawat ibu? Iris, sini kejap." Ibu Hajar memanggil Iris.

"Kenapa ibu?" Iris melabuhkan punggungnya di sebelah Ibu Hajar.

"Walaupun ibu baru kenal Iris dua tahun lepas tapi ibu tetap sayangkan Iris macam ibu sayangkan dia orang ni. Iris kena pukul lagi?" Ibu Hajar menyentuh luka di bibir Iris.

"Dah dua bulan dah Iris tak jumpa suami Iris. Ibu jangan risaulah. Haikal kan hero kami yang perempuan ni." Mereka semua ketawa mendengar ayat Iris.

"Herolah sangattt! HAHAHA!" Khalisya ketawa.

"Apasal kau ketawa macam tu? Kenapa selama ni aku tak lindungi kau orang ke? Tak layak?" Tanya Haikal bengang.

"Ehh, sorry lah. Aku gurau je. Kaulah hero kami semua. Tapi..." Khalisya mengangtungkan ayatnya.

"Tapi apa?" Tanya Haikal.

"Tapi di hati aku lain... Kaulah hero yang mengetuk pintu hati aku." Usik Khalisya.

"Kau apahal?" Haikal mengetuk kepala Khalisya. Pipinya sudah naik kemerah-merahan.

"Are you blushing Firdaus Haikal? Kenapa first time kena ayat dengan orang perempuan?" Usik Khalisya lagi.

"Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah perangai kau orang berdua. Sama je. Suka menyakat antara satu sama lain." Ibu Hajar tersenyum memandang mereka.

"Betullah tu bu. Sampai kami ni pun dah muak tengok dia orang. Hari-hari bersemut je rumah kami." Kata Fatihah pula di sambut dengan ketawa yang lain.

"Mia, ada masalah ke? Senyap je? Selalunya kamu yang selalu banyak cakap." Tegur Ibu Hajar.

"Nanti Mia cerita pada Ibu. Sekarang ni, Mia rasa ngantuk sangat-sangat! Mia pi tidur dulu." Jawab Mia dan segera berlalu ke biliknya.

Mereka semua memang ada bilik di dalam rumah itu. Senang apabila mereka datang melawat Ibu Hajar.

"Khalisya pun dah ngantuk ni. Bye, bu. Khalisya masuk dulu. Dan..." Khalisya memandang Haikal.

"Dan?" Tanya Haikal.

"Tolong bawa keluar beg-beg aku nanti. Letak depan bilik je. Aku ngantuk dah ni. Bye, bie. Love you!" Khalisya berjalan sambil tangannya melambai-lambai ke arah Haikal.

"Bye, sweetheart. Love you too!" Balas Haikal.

"Bie lah, sweetheart lah. Apa-apa lah. Aku nak masuk tidur dan nak call tunang aku. Bye, ibu. Fatihah masuk tidur dulu." Fatihah berjalan ke biliknya.

"Bye,bu. Iris pun nak masuk bilik dulu." Iris pun berjalan ke biliknya.

"Kamu? Haikal tak nak masuk bilik juga?" Tanya Ibu Hajar pada Haikal.

"Nak manja-manja dengan ibu." Haikal melabuhkan punggungnya di sebelah Ibu Hajar kemudian dia menghempaskan kepala di paha Ibu Hajar.

"Ibu nak tanya sikit boleh?" Tanya Ibu Hajar sambil tangannya mengusap-usap rambut Haikal.

"Tanyalah. Apa ibu nak tanya?" Haikal memandang Ibu Hajar.

"Ibu nak tanya ni, Haikal cintakan Khalisya ke?"

"Kenapa ibu tanya macam tu? Haikal dah anggap Khalisya tu macam adik Haikal dah. Khalisyalah sahabat Haikal dunia, akhirat. Haikal ni macam abang dia tau tak. Tapi kan bu, Haikal nak tunggu Khalisya kahwin dulu baru Haikal kahwin. Lepastu, barulah ada orang lindungi Khalisya. Dia tu dah macam adik-beradik Haikal dah." Jawab Haikal panjang.

"Tapi Haikal tahu kan yang perempuan dan lelaki tak boleh berkawan? Lagi-lagi dua-dua belum berkahwin. Tak salah nak berkawan, tapi Khalisya tak cintakan Haikal ke?" Tanya Ibu Hajar lagi.

"Taklah bu. Khalisya pun dah anggap Haikal ni macam kawan dia atau Abang dia." Jawab Haikal lagi.

"Tapi..." Ayat Ibu Hajar tergantung di situ. Dia tahu Khalisya sangat cintakan Haikal. Khalisya pernah meluah pada dia.

"Tapi apa bu? Dahlah. Haikal nak tidur di paha Ibu. Haikal tidur dulu ya?" Haikal menutup matanya.

Khalisya bersandar di dinding. Perit apa yang didengarinya. 'Kawan? Adik?' Secara kebetulan Khalisya nak minum air tapi dia terdengar perbualan Haikal dan Ibu Hajar.

Air mata perlahan-lahan keluar dari matanya dan jatuh ke pipinya. Dia segera berlari ke biliknya dan menutup pintu biliknya. Dia bersandar di pintu biliknya. Dia terduduk di lemah di situ.

Khalisya menangis teresak-esak di di situ. 'Jadi selama ni aku je yang perasan? Aku je ke yang cintakan kau dan sayangkan kau lebih dari seorang sahabat?'

Terbongkar sudahlah rahsia yang selama ini Khalisya ingin tahu. Haikal hanya menganggap dia sebagai seorang sahabat dan adik. Tak lebih dari itu.

Ada yang nangis ke tu?><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience