Bab 18 : Bertunang

Romance Completed 12570

Selepas tiga bulan, akhirnya tiba juga majlis pertunangan Haikal dan Liana. Ibu Hajar akan menjadi orang yang menyarungkan cincin pada jari manis Liana.

Semua orang akan bertolak ke rumah Liana pada hari itu kecuali Haikal. Khalisya melihat dirinya di cermin. 'Aku hanya mampu pasrah dan redha. Kau hanya menganggap aku sahabat baik. Kau akan jadi milik orang lain. Kaulah orang yang pertama mengetuk pintu hatiku dan orang yang pertama masuk ke dalam hatiku. Dan kau juga akan menjadi orang terakhir yang berada dalam hatiku.'

Khalisya menghela nafas berat. Dia melangkah keluar dari bilik. Buka sahaja pintu, terjengul wajah Haikal yang sedang menunggunya.

Haikal memandangnya kemudian, Haikal meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas bahu Khalisya dan memandang tepat ke arah Khalisya. "Apa-apa bagitau aku. Bye, jangan lupa cakap dengan Liana yang aku sayangkan dia."

"Yelah Pak Cik..." Khalisya berkata malas. Dia segera berjalan pergi dari situ.
*****
Khalisya cuba memaniskan wajahnya sebaik sahaja sampai di rumah Liana. Khalisya cuba menahan air mata saat melihat Ibu Hajar menyarungkan cincin pada jari manis Liana. 'Haikal dah jadi milk orang lain.'

Wajah Liana cantik. Senyumannya manis. Patutlah Haikal boleh jatuh cinta dengan Liana. 'Kalau betullah, Liana adalah BIDADARI yang selalu aku doakan untuk kau, semoga kau bahagia bersama dengan Liana.'

Ibu Hajar mencuri pandang wajah Khalisya. Ternyata Khalisya termenung memandang Liana. Dia tahu Khalisya kuat. Khalisya lebih layak dapat lelaki lain.

"Khalisya?" Liana menegur Khalisya saat Khalisya ingin melangkah keluar dari rumah mereka.

"Ya saya?" Khalisya menghentikan langkahnya. Dia memandang Liana.

"Jadi awaklah Khalisya yang selalu Haikal ceritakan tu? Awak sahabat dia kan? Dia selalu puji awak. Kau orang dah nak balik kan? Jangan lupa kirim salam pada Haikal." Liana tersenyum.

"In syaa Allah." Khalisya tersenyum pahit.

Sorry berapa hari tak update dan sorry juga sebab chapter kali ni pendek. Terima kasih pada yang selalu menunggu Hana update BIDADARI UNTUKMU dan terima kasih pada yang selalu mendoakan kesihatan Hana. Love you. Enjoy. Esok in syaa Allah satu lagi chapter.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience