"Khalisya aku ada nak bagitau sesuatu ni." Iris melabuhkan punggungnya di sebelah Khalisya.
"Kau nak bagitau apa?" Tanya Khalisya pada Iris. Wajah Iris nampak seperti gelisah.
"Aku...aku... mengadung lagi." Jawab Iris membuatkan Khalisya terkejut.
"Bila last kau jumpa suami kau?" Tanya Khalisya pula. Iris sudah berkahwin dan suaminya tidak pernah menghargai Iris. Tiga kali Iris mengandung dan tiga kali juga Iris keguguran kerana suaminya.
"Bulan lepas. Aku takut... Kalau suami aku tahu mesti dia minta aku gugurkan lagi. Aku dah penat dah hidup macam ni. Kelmarin lepas aku balik kerja, masa kau dan Haikal takde suami aku ada datang tapi nasib baik ada Mak Jah jadi dia tak berani nak buat kecoh." Satu-satunya alasan Iris menyewa di rumah itu ialah kerana ingin melarikan diri dari suaminya.
"Tak apa. Kau jangan bagitau apa-apa dengan suami dan lebih penting lagi jangan jumpa suami kau. Nanti aku suruh Haikal tolong hantar kau pergi kerja dan ambil kau dari kerja." Khalisya mengusap lembut tangan Iris. Cuba menenangkan perasaan Iris.
"Terima kasih sangat-sangat Khalisya!" Iris memeluk Khalisya.
Khalisya mengusap-usap belakang badan Iris. 'Semoga Iris kuat.'
*****
"Haikal esok kau hantar Iris pergi kerja dan ambil Iris dari kerja boleh?" Tanya Khalisya pada Haikal.
"Boleh je. Kenapa? Johan kacau Iris lagi?" Teka Haikal.
Khalisya menganggukkan kepalanya. Haikal mendengus geram. "Tak habis-habis betul lah Johan tu! Kau tak payahlah risau esok aku hantar Iris."
"Okey. Thanks Haikal." Khalisya mengukirkan senyuman manis.
"Kaki kau dah sembuh? Dah sapu ubat? Ada jalan-jalan tak hari ni? Ada buat benda yang tak perlu?" Tanya Haikal bertubi-tubi pada Khalisya.
"Kot ya pun kau risau pasal aku tak payahlah nak tanya banyak soalan. Satu-satulah! Mana satu aku nak jawab?" Bengang Khalisya. Haikal kalau dah membebel kalah perempuan!
"Yelah-yelah." Balas Haikal.
"Kaki aku belum sembuh. Aku dah sapu ubat. Aku takde jalan-jalan hari ni dan aku takde buat benda yang tak perlu? Adakah jawapan saya memuaskan Encik Haikal?"
"Baguslah macam tu. Jalan elok-elok tau. Jadi ayu sikit. Aku nak masuk mandi. Kau tak nak ikut?" Haikal ketawa.
Tangan Khalisya segera membaling bantal di sofa pada Haikal yang dah berlalu pergi. Khalisya menggelengkan kepalanya apabila mendengar sisa tawa Haikal. "Haikal, Haikal!"
*****
"Weh, kau jaga diri betul-betul tau. Aku nak hantar Iris dan Mak Jah pergi pasar kejap. Kau okey tak?" Tanya Haikal pada Khalisya. Mia dan Fatihah pergi kerja. Dia pula kena hantar Iris dan Mak Jah pergi pasar. Khalisya masih cuti.
"Aku okey jelah. Macam tak biasa je kau ni. Kalau ada orang kacau aku pun aku boleh tendang je dia!" Jawab Khalisya seraya ketawa.
"Macam mana nak tendang dengan kaki kau yang sakit ni?"
"Kaki kiri aku yang sakit bukan kaki kanan. Kau pergi jelah hantar Iris dan Mak Jah. Aku okey jangan risau. Sayang juga kan kau dekat aku?" Khalisya tersenyum nakal.
"Gila tak sayang? Kau kan sahabat baik aku. Aku pergi dulu tau. Take care." Haikal tersenyum.
Khalisya mengukirkan senyuman palsu. Sungguh dia sangat terkesan dengan perkataan yang baru sahaja keluar dari mulut Haikal. 'Sahabat baik?'
"Bye, sweetheart!" Haikal sudah melangkah keluar dari rumah.
"Bye, Bie!" Laung Khalisya dari dalam rumah.
*****
TOK! TOK! TOK!
Khalisya mendengus geram. Tidurnya diganggu oleh ketukan pintu rumah mereka. Dia berdiri. "Siapa pula ni? Aduh! Takkan dia orang tak bawa kunci rumah?" Khalisya menyangka orang yang mengetuk pintu ialah Mak Jah, Iris atau Haikal.
Khalisya berjalan ke pintu rumah. Dia membuka pintu rumah dan terjengul muka bengis Johan. Khalisya mendengus geram. "Kau nak apa lagi datang sini? Iris keluar. Dia takde di rumah."
Khalisya baru ingin menutup pintu rumah tapi tangan Johan menghalangnya. Johan segera melangkah masuk ke dalam rumah dan menutup pintu rumah.
"Weh, kau kenapa nak masuk dalam rumah ni? Aku dah cakap kau yang Iris keluar. Dia takde! Kau keluar sekarang ni!" Khalisya hanya buat-buat berani di hadapan Johan sedangkan dalam hatinya hanya Allah yang tahu. Kecut perutnya kerana hanya dia dan Johan sahaja dalam rumah.
"Takde orang ke di rumah? Baguslah macam tu! Aku dah lama perhatikan kau. Selama ni aku biar je kau terpekik-pekik halau aku dari rumah. Tapi sekarang aku rasa macam nak enjoy." Johan tersenyum sinis. Dia memandang Khalisya dari atas ke bawah.
Khalisya menelan air liurnya. "Apa kau cakap ni hah?! Kau keluar sekarang!"
Johan tidak mempedulikan jeritan Khalisya dia segera menarik tangan Khalisya dan dibawanya ke sofa. Badannya menindih badan Khalisya.
Johan mencengkam pergelangan tangan Khalisya. Khalisya sedaya upaya melepaskan diri dari Johan.
"Rilek. Aku nak tengok je kau ni masih dara ke?" Johan tersenyum sinis.
Mendengarkan itu, dengan beraninya Khalisya menendang bawah Johan dan menolak badan Johan. Khalisya berlari dari situ.
"Kurang ajarlah perempuan ni!" Baru sahaja tangan Johan ingin menampar pipi Khalisya dia terkejut mendengar bunyi hempasan pintu rumah.
Haikal berlari ke arah Johan. BUK! Satu penumpuk hinggap di bibir Johan. Haikal menumbuk pula perut Johan berkali-kali. Dia mencengkam kolar baju Johan dan menghempaskan badan Johan betul-betul di hadapan Iris yang baru sahaja masuk bersama dengan Mak Jah.
Iris memandang Johan. Dia takut. Secara automatik tangannya melekap di perutnya. Mak Jah menarik Iris ke dalam pelukannya.
Johan bangun. Dia segera pergi dari situ.
Selepas Johan pergi Haikal kembali menumpukan perhantiannya pada Khalisya. "Kau okey tak ni?"
"Aku okey jelah." Khalisya mengukirkan senyuman palsu. Hakikatnya, tangan Khalisya menggigil ketakutan. Khalisya menggigit bibir bawahnya. Cuba untuk melawan debaran di dada.
"Kau tak okey ni." Haikal menggenggam tangan Khalisya. Dia menarik Khalisya ke dalam pelukannya.
Haikal cuba menenangkan perasaan Khalisya. Tidak lama kemudian, Haikal melepaskan pelukan mereka. "Kau okey?"
"Aku okey. Thanks sebab selamatkan aku." Nafasnya kembali normal.
"Jantan tak guna tu ada buat apa-apa tak dekat kau?" Tanya Haikal.
"Hampir tapi tak sempat sebab aku dah tendang bawah dia terlebih dahulu. Tepat!" Serentak dengan itu Haikal dan Khalisya ketawa.
"Sorry tau. Kalau aku sampai awal tadi mesti tak jadi macam ni."
"Rilek lah kau ni! Aku okey je." Khalisya mengukirkan senyuman manis.
Sila meriahkan ruang komen dan enjoy.^^
Share this novel