Bab 9 : Cemburu

Romance Completed 12570

"Bahh!" Haikal mengejutkan Khalisya yang sedang ralit membasuh pinggan.

"Arr!" Khalisya mengusap-usap dadanya. "Kau ni kan, kalau aku mati tadi macam mana?" Tanya Khalisya bengang.

"Sorry, sorry. Aku gurau jelah. Ada orang nak jumpa kau dia luar." Balas Haikal.

"Siapa?"

"Naim." Jawab Haikal sepatah. Dia malas nak sebut sebenarnya nama Naim.

Khalisya tersenyum pahit. 'Naim!' "Aku malaslah nak jumpa dia."

"Pergilah. Ibu Hajar suruh kau jumpa dia. Bila kau jumpa dia nanti, kau cakap macam ni. Saya tak nak terima lamaran awak lagi. Baru pada muka dia!" Bengang Haikal.

"Weh, tu hal dua tahun lepaslah. Jom, teman aku." Khalisya menarik tangan Haikal mengikutinya.

"Hai, Naim." Khalisya menyapa Naim yang sedang berdiri di hadapannya.

"Hai, Lis." Balas Naim teruja.

"Weh, Lis tu aku je yang boleh panggil. Kau tak boleh! Panggil je KHALISYA!" Marah Haikal. 'Dia fikir dia tu istimewa sangat ke hah?' Haikal menjelingkan matanya pada Naim.

Naim pura-pura buat tidak tahu. "Khalisya, awak sihat? Tadi saya ternampak kereta Fatihah. Jadi saya fikir mungkin awak pun ada sekali. Awak balik sini dengan Fatihah ke?" Tanya Naim.

"Alhamdulilah, saya sihat. Saya balik sini dengan Haikal. Bukan Fatihah." Jawab Khalisya.

"Ouh..."

Haikal ketawa. 'Padan muka kau! Aku dah cakap kau tu tak penting!'

"Saya nak masuk meminang awak lagi sekali boleh tak? Supaya, awak tak payah nak melekat dengan Haikal 24 jam. Saya tahu dia cuma paksa awak kan?" Mata Naim merenung tepat ke arah Khalisya.

Haikal baru ingin menjawab tapi Khalisya segera menenangkan Haikal. Khalisya memegang tangan Haikal. Haikal berhenti. Dia tahu mesti Khalisya nak jawab sendiri.

"Naim,.... Saya dengan Haikal ialah sahabat baik. Dia tak paksa saya pun. Kami memang selalu macam ni. Boleh tak awak jangan tuduh benda-benda yang bukan-bukan?" Tegas Khalisya.

"Kenapa awak layan saya lain dengan awak layan Haikal. Awak jangan jadi perempuan murahan lah Khalisya! Dia tu playboy! Ke awak dah tidur dengan dia?!" Tanya Naim kasar. Dia dah betul-betul marah.

"Woii!!!" Haikal segera menumbuk bibir Naim. Tangannya mencengkam kolar baju Naim. "Kau jangan nak kutuk Khalisya lagi! Ikut suka hati, dia lah nak layan aku macam mana pun. Yang kau nak kongkong dia apahal? Khalisya masih ada maruah lah! Kau jangan tunjuk lagi muka kau dekat sini!" Haikal menghempaskan badan Naim di tanah. Naim melihat Khalisya sebentar, kemudian, dia segera berlari dari situ.

"Haikal..." Khalisya menghampiri Haikal. Terkejut melihat pergaduhan tadi. Kali ni Haikal betul-betul marah.

Haikal memusingkan badannya mengahadap Khalisya. Dia menarik tangan Khalisya. Tanpa Haikal sedar tangannya kuat mencengkam tangan Khalisya.

"Haikal!" Khalisya menyeringai kesakitan.

Haikal menolak badan Khalisya. Dia segera menutup pintu rumah dan berjalan ke arah Khalisya. "Ni, aku nak kau dengar baik-baik. Kau jangan jumpa dia lagi! Faham?!" Suara Haikal semakin meninggi.

Terhinjut bahu Khalisya akibat di tengking sebegitu oleh Haikal. Air matanya mengalir keluar dari matanya tanpa dipinta. "Kau ni kenapa hah? Dahlah, kau tolak aku tadi lepastu, kau tengking aku lagi!" Teresak-esak Khalisya menangis.

Khalisya berjalan pergi dari situ. Tangan Haikal segera menyambar tangan Khalisya. Dia menarik Khalisya supaya mengikutinya. Khalisya melabuhkan punggungnya di atas sofa.

Haikal pula berlutut di hadapannya. Haikal menarik tangan Khalisya. Dia melihat kesan merah di bahagian pergelangan tangan Khalisya. Haikal menghela nafas berat. "Sorry Lis. Aku betul-betul tak sengaja. Jangan nangis lagi." Ibu jari Haikal naik menyeka air mata Khalisya.

"Kau jahat! Aku benci kau!" Khalisya menarik tangannya semula. Belum pernah-pernah Haikal tengking dia.

"Lis..." Tanpa menunggu sesaat pun Haikal segera menarik Khalisya ke dalam pelukannya. Tangannya mengusap-usap rambut Khalisya.

"Kau jahat..." Khalisya masih menangis.

"Sorry Lis. Aku sayang kau. Aku janji, aku takkan pernah tinggalkan kau."

Makin deras air mata yang mengalir keluar dari mata Khalisya. Bukan kerana sakit di bahagian pergelangan tangannya. Tapi disebabkan oleh kata-kata Haikal sebentar tadi.

'Aku pun sayang kau Haikal. Kau tetap akan kena tinggalkan aku. Aku cuma mampu berdoa agar suatu hari nanti ada BIDADARI yang mampu mengantikan aku. Aku harap BIDADARI tu menjadi kekasih hati kau buat selama-lamanya. Semoga kau bahagia dengan orang yang kau cintai, Haikal.'

Sedihhhh! Btw, enjoy dan sila meriahkan ruang komen!^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience