Selepas seminggu akhirnya, kaki Khalisya sembuh.
*****
Telefon Khalisya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Khalisya yang sedang nyenak tidur itu mendengus geram.
Dia mencapai malas telefonnya di atas meja. Khalisya melihat skrin telefonnya. 'Unknown'
Disebabkan, bukan nombor yang dia kenali Khalisya meletakkan telefonnya semula. Dia tak suka jawab panggilan orang yang tak dikenali.
Tapi sudah masuk ketiga kali telefon Khalisya berbunyi. Khalisya akhirnya, menjawab juga panggilan itu. "Hello."
"Hoii, perempuan kau kawan Mia kan?" Terjah si pemanggil.
'Ah, Sudah!' Dia dah tersalah jawab pula. Ni mesti Ahli Sihir tu.
"Kau kawan Mia kan? Kau dengar tak apa yang aku cakap?" Ahli Sihir itu memanggil lagi.
"Iya, Iya saya dengar. Saya belum pekak lagi. Ahli Si.. Ehh, Mak Cik, Mia dah cakap tak nak kan? Lagipun, saya malaslah nak masuk campur dalam urusan keluarga Mak Cik. Biarlah, Mia yang tentukan siapa jodoh dia. Harap Mak Cik fahamlah." Khalisya cuba bercakap lemah-lembut dengan Ahli Sihir itu. Harap Ahli Sihir itu pun balas dengan lemah-lembut.
"Woii, aku tak kira! Aku nak juga Mia tu kahwin.."
Belum habis lagi, Ahli Sihir itu bercakap Khalisya dengan segera memutuskan panggilan. "Mak tiri je tapi buat macam ibu kandung! Gila punya Ahli Sihir!"
TUT! TUT! Sekali lagi telefon Khalisya berbunyi. Khalisya mendengus geram. "Orang baru nak tidur! Kau telefon lah sampai esok pagi!" Khalisya membaling telefonnya ke dinding.
'Harap tak pecah.' Khalisya membaringkan badannya ke atas katil.
*****
"Morning semua..." Khalisya berjalan ke meja makan dan melabuhkan punggungnya di kerusi.
"Morning sweetheart." Haikal tersenyum.
"Morning bie..." Balas Khalisya.
"Morning sweetheart.. Morning bie... baik kau orang kahwin je." Omel Mia.
"Cakap pasal kahwin. Semalam Ahli Sihir ada call aku. Dia tanya aku ni kawan kau ke? Aku pun jawablah iya."
"Hah? Dari mana pula dia dapat nombor kau? Apa dia nak?"
"Boss kita kan kawan pontianak tu. Dari situ kot dia dapat nombor aku. Ahli Sihir tu cakap dia nak kau kahwin dengan Zul." Jawab Khalisya.
"Hah? Kan aku dah cakap tak nak. Biarlah, Ahli Sihir tu. Tapi apa kau balas lepastu?" Tanya Mia lagi.
"Aku cakap lah. Aku tak nak masuk campur urusan keluarga kau orang. Tapi Ahli Sihir tu membebel. Aku geram aku baling telefon aku pi dinding." Khalisya ketawa.
"Mana otak kau? Kenapa kau tak off je?" Tanya Fatihah. Dia turut ketawa.
"Aku ngantuk masa tu. Jadi otak aku tak berfungsi masa tu." Jawab Khalisya lagi.
"Berkecai tak?" Tanya Haikal.
"Retak sikit lah skrin telefon aku." Jawab Khalisya.
"Boleh Mak Jah tanya siapa Ahli Sihir dan Pontianak?" Tanya Mak Jah yang dari tadi mendengar perbualan anak-anak angkatnya.
Mereka semua ketawa termasuk Iris. "Ahli Sihir tu Mak Tiri Mia. Pontianak pula kakak tiri Mia. Kami gelar dia Ahli Sihir sebab Mia tak tahu apa yang ada pada dia sampai arwah papa nak dekat dia. Lepas je papa meninggalkan kami, Ahli Sihir tu tak habis-habis dera Mia." Jawab Mia sebak. Masa lalunya sangat sakit. Tiada yang indah hanya mimpi ngeri yang dia alami.
"Sabar Mia..." Khalisya mengusap-usap belakang badan Mia.
"Sorry Mia. Mak Jah tak tahu. Mak Jah kan ada? Anggap jelah Mak Jah ni ibu kandung Mia." Mak Jah tersenyum.
Mia menganggukkan kepalanya tanda faham.
*****
"Kau tau tak aku benci kau?! Aku cuma nak harta arwah papa kau je! Mulai dari hari ni, kau keluar dari rumah aku!" Ros mengahalau Mia keluar dari rumah mereka.
Rozy pula hanya ketawa melihat Mia yang tersembam di tanah.
Mia yang menangis tidak dipedulikan. Ros dan Rozy melangkah masuk ke dalam rumah mereka. Mia berdiri dan berjalan tanpa hala tuju. Akhirnya, dia sampai di rumah Anak Yatim Bahagia.
Ibu Aisyah yang melihatnya telah mengambil dia tinggal di rumah Anak Yatim Bahagia. Dari situlah dia mengenal Haikal, Khalisya, dan Fatihah.
Ibu Aisyah pula dah meninggal pada umur mereka 19 tahun. Mereka mula menyewa rumah Mak Jah selepas Ibu Aisyah meninggal. Sekarang umur mereka sudah 22 tahun.
Nasibnya malang, apabila terserempak dengan Rozy, kakak tirinya di tempat dia bekerja. Ros dan Rozy mengahalau Mia dari rumah pada umur Mia 10 tahun dan sekarang mereka kembali ke dalam hidupnya lagi.
"Woii termenung apa tu?" Tanya Fatihah sekaligus mematikan lamunan Mia.
"Takde apa-apa lah. Dah sampai ke?" Tanya Mia pada Fatihah yang sedang memandu kereta.
"Belum. Kau teringat dekat Ahli Sihir tu dan Pontianak tu ke?" Tanya Iris pula yang duduk di belakang.
"Taklah. Aku cuma teringat macam mana aku boleh berjumpa dengan kau orang. Tiba-tiba rindu Ibu Aisyah pula. Kau orang ada call Ibu Hajar?" Tanya Mia. Ibu Hajar ialah salah seorang yang menjaga rumah Anak Yatim Bahagia.
"Ouh ya.. Ibu Hajar ada call aku semalam. Dia suruh kita pergi rumah dia. Lupa pula aku nak bagitau!" Jawab Fatihah.
"Jom malam ni kita pergi rumah Ibu Hajar. Rindu Ibu Hajar dengan Ibu Aisyah."
"Boleh je. Aku dah bagitau Khalisya dengan Haikal. Dia orang pun nak bermalam di rumah Ibu Hajar." Balas Fatihah.
"Kau Iris?" Tanya Mia pada Iris.
"Aku okey je. Lepas balik dari kerja lah kita bincang nak tinggal berapa lama di rumah Ibu Hajar."
"Boleh. Nanti kau call pasangan dua sejoli tu." Kata Fatihah pada Mia.
Kisah Silam yang telah mendewasakan mereka. Sila penuhkan ruang komen dan enjoyy^^
Share this novel