BAB 8

Humor Completed 39114

Aqilah membuka mata nya yang terasa berat. Kepala nya masih terasa berdenyut. dia bersandar di kepala katil. mencerna apa yang terjadi semalam. dia baru teringat yang semalam dia bersama Dato Ahmad. tetapi kenapa dia sekarang berada di rumah? wait wait! nie bukan rumah aku. Aqilah memerhati keadaan sekeliling. bilik tersebut berasa asing untuk nya. Pintu bilik dikuak. Aqilah memandang pintu bilik yang terbuka. Haiqal Danish?

"Boss?". tanya Aqilah cuak. Dia pantas memandang tubunya yang berada di sebalik selimut. fuhh nasib baik masih lengkap! Haiqal danish tersenyum sinis. takut sangat!

"apehal? kau fikir aku nak sangat ke rogol kau? eii tak hingin aku. semalam kau pengsan! sebab tu aku bawak kau ke sini. aku tak tahu rumah kau kat mana". terang Haiqal danish. Aqilah pantas mengangguk. sat! pengsan?

"err pengsan?". tanya Aqilah. Haiqal danish mengangguk.

"ye kau pengsan. aku nampak kau berbual dengan Dato ahmad. sebab tu aku datang dekat kau. sekali tengok kau pengsan pulak. dah lat berat. penah aku dukung kau". kutuk Haiqal danish. Aqilah mengetap bibir. cis tak guna! berani dia kutuk aku??

"semalam saya ada minum air yang dato ahmad bagi. lepastu saya rasa pening kepala then tak sedar kan diri". cerita Aqilah. Haiqal danish mengelengkan kepalanya.

"yang kau pergi minum air tu kenapa? nasib baik aku yang angkat kau. kalau dato ahmad? haha memang habis lah kau pegang title tak ada dara". kata Haiqal danish selamba. merah wajah Aqilah kerana malu. Nasib baik lah kau tolong aku! kalau tak dah lama aku sekeh kepala kau.

"yelah terima kasih boss. saya kena balik. sebab takut Kawan serumah saya risau". beritahu Aqilah. Haiqal danish mengangguk.

"meh aku tolong hantarkan". ajak Haiqal danish. Aqilah pantas mengeleng. wo wo wo tak nak! gila kalau si Aminah nampak? kang ada yang buat cerita nanti.

"tak apa boss. saya boleh balik sendiri". kata Aqilah menolak pelawaan Haiqal danish. Haiqal mendengus geram.

"kau nak balik naik apa? kereta kau ada kat hotel tu. dah lah biar aku hantar. pagi pagi buta macam nie mana ada teksi lalu". bentak Haiqal danish. Aqilah akhirnya mengalah lamtas mengangguk. Haiqal danish melangkah keluar dan masuk ke dalam biliknya. setelah itu dia keluar semula dan terus menuju ke arah pintu rumahnya. Aqilah sempat memerhati keadaan sekeliling rumah Haiqal danish. Menarik! kreatif! dan mewah!. setelah puas, aqilah melangkah keluar daripada rumah tersebut dan melangkah ke Lift. mereka berdua menuju ke kereta Haiqal Danish.

"terima kasih boss". kata Aqilah sambil tersenyum manis. Haiqal danish mengangguk.

"welcome. hari nie kau tak payah pergi kerja lah. aku bagi kau cuti". kata Haiqal danish. bercahaya wajah aqilah apabila mendengar perkataan 'cuti' wahhh cuti yeay cuti! boleh rehat puas puas.

"serious ke boss? wahh terima kasih. esok saya datang semula kerja okay". kata aqilah teruja lalu melangkah keluar daripada kereta Haiqal danish. haiqal danish hanya sekadar tersenyum. dia mula memandu kereta nya untuk balik ke rumah mummy nya.

"amboi kau qilah baru balik? kau pergi mana ha? kau tahu tak aku risau sangat kat kau! seharian tak balik, kau tidur dimana?". tanya Aminah apabila melihat kelibat Aqilah yang baru sahaja mahu masuk ke dalam bilik. Aqilah menunduk. perasaan bersalah datang menyerbu.

"sorry beb, err semalam aku pengsan, lepas tu boss aku bawak balik rumah dia sebab dia tak tahu Rumah aku kat mana. then tadi pagi aku sedar terus aku nak balik. di yang hantar aku ke sini. sorry sebab buat kau risau aku tak sengaja". cerita Aqilah jujur. Aminah mengangguk.

"kau pengsan? apa jadi sampai kau pengsan?". tanya Aminah. Aqilah mengeluh berat

"entah lah. aku pun tak tahu. bangun bangun je aku dah ada kat rumah boss aku". kata Aqilah. Aminah mengangguk lagi. haih minah, tak penat ke kau dok angguk angguk?

"ouhh, boss kau thats mean Haiqal danish lah? wah bertuah nya kau! nasib baik tak ada kena tangkap basah. kalau tak habis lah kau". kata Aminah sambil ketawa. dia terus sahaja berlalu masuk ke dapur. Aqilah melangkah masuk ke dalam biliknya. Kena tangkap basah?.

"fuhh nasib baik tak ada apa apa yang jadi! kalau tak hancur masa hadapan aku. terima kasih yaAllah kau masih mahu selamatkan ku". desis hati Aqilah. setelah itu dia melangkah ke katil untuk tidur semula!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience