BAB 29

Humor Completed 39114

Sepanjang perjalanan ke Kampung Aqilah, Haiqal danish dan Aqilah hanya sekadar menyepi. terdengar juga dia esakan yang keluar daripada Aqilah.

"Qilah, dah lah tu. jangan lah nangis. insyallah ibu tak apa apa". kata Haiqal danish memujuk Aqilah yang masih tersedu sedan. Haiqal danish mengenggam Lembut Tangan aqilah lalu dibawa ke Pehanya. Aqilah hanya membiarkan.

"Saya bukan apa, saya takut ibu kenapa napa". kata Aqilah diselangi dengan tangisannya. Haiqal danish tersenyum. Cengeng!

"dah dah, kau tidur dulu. nanti dah sampai aku bangunkan kau". kata Haiqal danish lalu menepuk perlahan Peha aqilah. aqilah hanya sekadar menurut lalu mula memejamkan matanya. entah bila dia terlena.

Haiqal danish memandang Aqilah yang masih terlena. Entah kenapa dia berani merenung wajah ayu Aqilah. Jujur dia katakan, aqilah tersangat lah cantik!

"Qilah, bangun. kita dah sampai dah ni". kejut Haiqal danish sambil menepuk perlahan peha Aqilah. Aqilah membuka matanya perlahan lahan

"dah sampai?". tanya Aqilah teruja dan terus sahaja membuka pintu kereta dan berlalu masuk ke dalam rumahnya. Haiqal danish mengeleng kepalanya. Haihhh nasib betul. Aku pula yang ditinggalnya.

"Ibuuuu". jerit Aqilah dari luar rumah. pantas sahaja aqilah melangkah masuk ke dalam rumah lalu mencari Kelibat ibunya. Puan Munirah yang terkejut mendengar jeritan itu mengurut perlahan dadanya. kus semangat!

"Ye! ibu ada kat dalam bilik". jerit Puan Munirah semula. Mendengar sahaja suara Puan Munirah menyebabkan Aqilah berlalu masuk ke dalam Bilik Puan Munirah. Tersenyum dia melihat ibunya yang duduk di atas katil.

"bu, ibu ok tak? macam mana boleh jatuh kat bilik air? terkejut qilah dengar ibu jatuh dalam bilik air. ibu sakit tak? nak ke hospital?". Tanya Aqilah Cemas. Puan munirah tersenyum seraya mengeleng.

"dok sah ler kamu nok poi hospital bagai. Sikit je ni. Adik kamu tu ha mengada nak call kamu". kata Puan munirah untuk menenangkan hati anak sulungnya. Aqilah Mengeluh berat.

"Syukur lah. oups lupa pula nak salam ibu". kata Aqilah sambil tersengih lalu mengambil tangan Ibunya dan terus sahaja disalam. pada masa yang sama, Haiqal danish melangkah masuk sambil tersenyum manis.

"bu". sapa Haiqal danish ringkas lalu menyalam Tangan tua puan Munirah.

"eh haiqal pun ada? haihh adik kamu ni qilah, Ibu sakit sikit aje, mula lah dia nak mengadu". kata Puan Munirah tersengih lantas mengeleng kepalanya perlahan

"ala bu.. qilah yg suruh adik lapor averything dekat qilah lagipon qilah da lar jauh dari ibu" kata qilah sambil tersengih manakala haiqal tersenyum tipis

"dah udah lah tu qilah oi. pergi bawa haiqal masuk bilik. kesian haiqal mesti letih" kata Puan munirah lalu memandang wajah Menantunya. Haiqal danish tersenyum tipis. boleh lah penat nya tu.

"tapi bu, Qilah dengan Haiqal tak bawa baju pergi kampung. so macam mana ni? haiqal nak guna baju siapa?". tanya Aqilah. Haiqal danish menepuk perlahan dahinya. baru dia teringat! dia dan Aqilah tidak bawa baju ke kampung!

"YaAllah budak berdua nie! dah tak apa, baju ayah kamu ada. bagi je lah Haiqal danish guna Baju Ayah". kata puan Munirah. Aqilah mengangguk lalu melangkah ke Almari ibunya. Sehelai baju dan sehelai kain pelikat di bawa bersama sama ke biliknya.

"awak nak mandi dulu ke?". tanya Aqilah. Haiqal danish mengangguk. Aqilah melangkah ke biliknya lalu mengambil tuala yang sering diguna olehnya lalu diberikan kepada haiqal danish. Haiqal danish mengerutkan dahinya. Dah apahal bini aku ni?

"kenapa bagi aku tuala ni?". tanya Haiqal danish pelik. Aqilah mengeluh perlahan. ei dia ni nak je aku sekeh.

"tadi awak juga yang cakap nak mandi dulu. tu tuala tu saya bagi untuk awak guna lah". kata Aqilah bengang. Haiqal danish tersengih. ye tak ye juga!

"hehe yelah. jangan lah marah. erm qilah, teman aku mandi? aku takut lah tengok tandas kau tu. seram". kata Haiqal danish sambil tersengih. Aqilah memandang tajam ke dalam anak mata Haiqal danish. Choi penakut!

"ish awak ni. nampak aje sado, tapi penakut! yelah jom saya teman". kata Aqilah lalu mula melangkah ke dapur. Macam mana lah si Haiqal danish nie tak rasa seram bila nak pergi tandas? dengan tandas yang dah nak nazak, dekat hujung dapur lagi! atap dia pun dah nak tercabut rasanya.

"ha cepat lah masuk. jangan lama lama. kalau lama saya tinggalkan awak kat sini". kata Aqilah lalu melangkah ke tepi pintu tandas. Haiqal danish mengangguk sebelum melangkah masuk. Aqilah duduk di Tepi pintu tersebut selama menunggu Haiqal danish keluar.

Hampir sepuluh minit Haiqal danish berada di dalam tandas, akhirnya Haiqal danish keluar. Aqilah mengeluh berat. mandi lama sangat dia ni!

"ish mandi macam perempuan". kutuk Aqilah. Haiqal danish membulatkan matanya. dia kata aku mandi macam perempuan? eh rasanya tak lama pun aku mandi

"Eh kau, tak sayang mulut betul". kata Haiqal danish. baru sahaja aqilah hendak membalas kata kata haiqal danish, Aqilah melopong. baru dia sedar, Haiqal danish hanya memakai tuala paras pinggang! habis tercemar mata suci aku!

"kau dah kenapa?". tanya Haiqal danish apabila melihat Aqilah melopong.

"awak tu lah! dah kenapa Tak pakai baju daripada dalam ha?". marah Aqilah. Haiqal danish tersengih.

"ala kau ni! itu pun nak malu. aku kan Suami kau. lagipun kau yang pegang baju aku. mana lah aku tahu". kata Haiqal danish memberi alasan. Aqilah mengetap bibir. ada aja jawapannya!

"dah lah jom". kata Aqilah dan berlalu. baru sahaja dia sampai di pintu dapur, Satu suara mengejutkan mereka berdua.

"Assalammualaikum! Qilah, aku datang ni". jerit orang tersebut dari arah luar. Aqilah melopong. apa minah ni nak?

"kejap! jangan datang pergi dapur". jerit Aqilah. Tetapi malangnya, orang tersebut sudah pun berada di depan mata. terkejut beruk aqilah dan Haiqal danish. Aqilah terus sahaja bergerak ke hadapan suaminya untuk menutup tubuh Haiqal danish yang terdeda. Haiqal danish juga sama terkejut.

"er sorry, aku keluar dulu". pamit orang tersebut sambil tersengih. Aqilah mengetap bibir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience