BAB 17

Humor Completed 39114

Aqilah mengerling jam tangannya. waktu lunch okay. patut lah lapar sangat. Aqilah menutup fail yang dilihatnya lalu mengambil beg tangannya. baru sahaja dia ingin melangkah pergi dia memandang bilik Haiqal danish yang sedari tadi hanya tertutup. tiada bunyi interkom yang didengari oleh aqilah daripada Haiqal danish. Setelah Kalea pulang, Haiqal danish sedari tadi hanya berdiam diri tiada panggilan buat Aqilah. Aqilah juga sempat melihat mata Kalea yang merah seperti baru menangis semasa melangkah pergi.

Aqilah memberanikan dirinya membuka pintu bilik Haiqal danish. dia memandang Kerusi yang tiada orangnya. tiada Haiqal danish yang selalu nya tekun memandang lap top nya. Aqilah berjalan ke arah Sofa yang berada di bilik tersebut. terkejut dia melihat Haiqal danish yang tengah berbaring.

"aik? tidur? err nak kejutkan ke tak eh?" . desis hati Aqilah. dia memberanikan dirinya memegang bahu Haiqal danish yang berbaring.

"awak, bangun lah. waktu lunch nie. awak tak nak makan ke?". kejut aqilah perlahan sambil mengoyangkan badan Haiqal danish. Haiqal danish membuka mata nya perlahan lahan. terasa berat matanya.

"pukul berapa nie?". tanya Haiqal danish. Aqilah mengerling jam tangannya.

"pukul 12.25". balas aqilah. Haiqal Danish membaringkan tubuhnya semula. kepalanya masih terasa berat. Aqilah yang melihat haiqal danish terbaring memberanikan dirinya memegang dahi Haiqal danish. Panas!

"awak, badan awak panas nie. awak sakit. jom kita ke klinik nak?". ajak Aqilah. Haiqal danish mengelengkan kepalanya tanda tidak bersetuju. aqilah mengetap bibir. degil betul mamat nie!

"tapi badan awak panas sangat nie. jom lah awak. saya temankan awak pergi klinik eh eh?". ajak Aqilah lagi tetapi hampa apabila mendapat gelengan daripada Haiqal danish.

"aku tak nak. Qilah, kau tolong picitkan kepala aku. kepala aku pening sangat". pinta Haiqal danish. Aqilah hanya sekadar menurut lalu mula memicit kepala Haiqal danish. ini pertama kali dia memegang kepala Haiqal danish. syahdu yang dirasanya. Aqilah tersentak apabil Tangannya tiba tiba dipegang oleh Haiqal danish.

"qilah, aku nak tidur. kau teman kan aku qilah". pinta Haiqal Danish lalu menarik Aqilah. Aqilah terjatuh Di atas dada bidang milik Haiqal danish dengan keadaan meniarap. Aqilah kaget. dia mahu melepaskan diri. tetapi pelukan Haiqal danish terlalu kuat.

"please stay". kata Haiqal danish perlahan lalu mula memejamkan matanya. Aqilah akhirnya mengalah lalu membaringkan kepalanya di dada suaminya. akhirnya dia pun turut terlena.

Aqilah terjaga. Dia mengerling Jam yang tergantung di bilik office haiqal danish. Jam 4? lama juga dia tidur. Aqilah melihat haiqal danish yang masih terlena. Dia bangun daripada baringnya. lalu melangkah ke tandas Yang berada di bilik Haiqal danish. Untung juga jadi Haiqal danish nie. tandas pun ada dalam bilik. tak ada lah susah susah kena pergi keluar hanya kerana nak ke tandas. setelah selesai membetulkan tudungnya yang senget benget. Aqilah melangkah semula ke Sofa. Dilihatnya Haiqal danish yang masih Tertidur. Dia meraba dahi Haiqal danish. bulat mata nya kerana terkejut. panas sangat nie!

"awak, bamgun jom awak. kita ke klinik sekarang. badan awak panas sangat nie" kata Aqilah sambil mengoyang kan tubuh Haiqal danish. Tetapi tiada tindak balas Daripada Haiqal danish. Aqilah mencuba sekali lagi dengan cara menggoyangkan Kaki haiqal danish pula. tetapi masih hampa, kerana haiqal danish tidak memberi apa apa tindak balas. Aqilah mula cuak apabila nafas Haiqal danish seolah olah perlahan. Air mata yang menitis perlahan dibiar menitis. yang dia risaukan sekarang adalah Haiqal danish.

"awak! bangun lah awak. jangan buat saya takut macam nie". kata Aqilah sambil menyeka air matanya. takut bercampur sedih melihat muka Haiqal danish yang pucat. kau bodoh aqilah! kenapa tadi kau tak paksa je dia pergi klinik?

"awak! bangun lah awak. jangan main main macam nie. tak lawak lah". tambah aqilah lagi. Air matanya seolah olah tidak mahu berhenti. Aqila membuka telefon bimbitnya, dia hendak menelefon Mummy! tetapi tangannya seolah olah payah untuk menekan Nombor telefon Datin Maimun. Aqilah memaksa dirinya untuk menekan nombor Datin maimun sehingga lah telefon tersebit di jawab oleh Datin maimun.

Haiqal danish ditempatkan di wad biasa memandangkan Demam nya yang terlalu panas menyebabkan dia di Tahan di hospital. Aqilah memandang wajah pucat Haiqal danish. sayu hatinya melihat wajah tersebut. Aqilah bernasib baik kerana sewaktu dia menelefon Datin Maimun, Datin berada berdekatan dengan office Haiqal danish. maka, Datin maimun bergegas ke Pejabat haiqal danish apabila mendapat tahu Haiqal danish pengsan. panggilan daripada Dato benjamin mematikan Lamunan aqilah.

"qilah". panggil dato benjamin. aqilah memandang wajah Dato benjamin sambil tersenyum.

"ye daddy?". jawab Aqilah. Dato benjamin Tersenyum. sejuk hatinya memandang wajah aqilah.

"kamu pergi lah balik. biar daddy yang jaga haiqal. kamu mesti penatkan?". kata Dato benjamin. Aqilah pantas mengeleng.

"tak daddy. aqilah okay je. tak apa. qilah nak jaga haiqal". kata Aqilah menolak pelawaan Dato benjamin. ya dia mahu menjaga suaminya.

"ok lah kalau macam tu. mummy kamu pun dah balik dah. daddy pun balik dulu ye". kata dato benjamin lalu berlalu pergi. Aqilah duduk di sofa yang berdekatan dengan katil haiqal danish. Untung menjadi orang kaya, jika sakit sahaja, Bilik VVIP yang ditempah.

"Aulia". rintih Haiqal danish perlahan. Aqilah yang baru sahaja hendak memejamkan matanya terus sahaja berlalu ke katil Haiqal danish. Aulia? siapa aulia?

"aulia, kenapa awak tinggalkan saya? aulia! saya sayang awak". rintih Haiqal danish lagi. Aqilah menahan air matanya daripada jatuh ke pipi. yelah siapa tak sedih bila suami sendiri sebut nama perempuan. tapi kau kena ingat qilah! kau kahwin dengan Haiqal danish atas sebab apa?

"awak, saya aqilah. bukan aulia". kata Aqilah sambil menggoyang tubuh Haiqal danish. Haiqal danish membuka matanya perlahan lahan. dipandangan Aqilah yang tengah tersenyum.

"aku kat mana nie?". tanya Haiqal danish.

"awak dekat hospital. badan awak panas sangat tadi. jadi saya call mummy suruh bawa awak pergi hospital". kata Aqilah lalu memberikan Haiqal danish segelas air. Haiqal danish menyambut huluran tersebut lalu meneguk perlahan.

"dah, awak pergi lah rehat. doktor kata badan awak terlebih panas. dan awak stress sangat". kata aqilah lagi lalu membaringkan tubuh Haiqal danish. Haiqal danish hanya sekadar menurut. akhirnya dia terlelap semula.

Aqilah melangkah semuka ke sofa. Dia membaringkan tubuhnya di sofa tersebut. Fikiran nya masih ligat memikirkan siapa Aulia. kenapa Haiqal danish menyebut nama perempuan tersebut. Aqilah menyeka air matanya. masih banyak benda yang dia harus tempuhi. dia kena kuat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience