BAB 24

Humor Completed 39115

Aqilah melajukan lagi langkahnya apabila terasa dirinya seperti dikejar. Kaki nya menggigil ketakutan. Tangan Aqilah Dipegang oleh seseorang. terus sahaja Dia menampar Orang yang memegang tangannya. Air matanya hampir jatuh ke pipi melihat orang yang memegang tangannya. orang yang mengejarnya!

"a...apa kau nak?". tanya Aqilah takut. kalau ikutkan hati mahu sahaja dia melarikan diri sekarang. tiga orang lelaki tersebut tersenyum sinis.

"aku nak kau lah sayang". kata Lelaki tersebut. makin cuak aqilah dibuatnya.

"apa kau merepek nie? tepi lah jangan ganggu aku". marah Aqilah. dia memberanikan dirinya. Walhal dalam hati sudah mahu menangis.

"alaa sayang nie. relex lah sayang. Hanya ada kita kita je nie. why not kita Spent time?". kata lelaki tersebut sinis. lalu mencuba untuk Mencium pipi mulus milik Aqilah. Aqilah mengelak. Tangannya pula yang diraih oleh lelaki tadi. Aqilah makin cuak apabila dua orang lelaki yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati berjalan mendekati Aqilah. Aqilah makin cuak. Otak nya seolah olah tidak berfungsi.

"jangan dekat dengan aku. aku tak kenal kau! Tolong! Tolong!". kata Aqilah sambil menjerit. Perasaan nya sudah mulai tidak enak. bermacam macam perkara yang menerjah masuk ke dalam otaknya. tiga orang lelaki tersebut tersenyum sinis.

"kau nak jerit buat apa? hoi kau jerit lah kuat kuat sekali pun! siapa je nak tolong kau? ha? jalan nie sunyi baby. ada kita kita je". kata salah seorang dari lelaki tersebut. Aqilah mengagahkan dirinya untuk berlari. baru sahaja dia hendak melepaskan diri, tangannya di pegang dan terus sahaja pipi nya terasa perit. Sakit yang dia rasakan. dia ditampar!

"aku dah cakap, jangan cuba nak lari. now aku nak kau layan aku!". kata lelaki tersebut dan terus sahaja menolak Aqilah ke jalan raya. badannya ditindih. Aqilah meronta untuk melepaskan diri.

"Hoi! kau buat apa tu?". jerit seseorang. Aqilah memandang wajah orang yang menjerit itu. dia bersyukur dalam hati. Afif!

"Afif!!! tolong saya". jerit aqilah. Afif yang menyedari aqilah yang dalam bahaya terus sahaja menumbuk wajah pemuda yang menindihnya.

"tak guna kau!". jerit Afif lalu menghadiahkan sebiji penumbuk ke muka lelaki tersebut lalu sebiji lagi ke perut lelaki tersebut. Afif terasa pedih di perutnya kerana dia telah pun ditumbuk oleh Rakan kepada lelaki tersebut. Afif mengagahkan Dirinya menarik tangan Aqilah lalu membawa aqilah lari daripada situ.

"cepat qilah! come faster. run!". jerit Afif lalu mencampak tubuh kecil Aqilah ke dalam Keretanya. tiga orang lelaki tersebut mengejar kereta milik Afif. Afif menekan pedal minyak nya lalu kereta tersebut Memecut laju meninggalkan tempat tadi.

"Thanks sebab tolong saya tadi". kata Aqilah ikhlas. Afif tersenyum manis.

"no hal qilah. nasib baik saya lalu tempat tu. kalau tak? entah apa jadi kat awak. lain kali awak kena hati hati qilah. tempat tu sunyi. kenapa awak balik lambat? bahaya tahu tak?". bebel Afif panjang lebar. Aqilah tersenyum tawar. dia membuka pintu kereta lalu keluar daripada perut kereta.

"thanks again". ucap Aqilah buat yang kesian kali. Afif hanya sekadar mengangguk.

"qilah, saya nak tanya nie rumah awak ke?". tanya Afif.Aqilah hanya sekadar mengangguk.

"ye, ok lah afif, saya masuk dulu. assalammualaikum". pamit Aqilah lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

Aqilah kaget apabila melihat Haiqal danish yang tengah duduk sambil memandang tajam ke anak mata Aqilah.

"kau dah lupa jalan balik ke rumah nie ke?". tanya Haiqal Danish sinis. Aqilah mengetap bibir.

"saya tak ada masa nak bergaduh dengan awak". kata Aqilah dan terus sahaja berlalu ke tangga. tangan nya ditarik kasar oleh Haiqal danish.

"kau daripada mana? siapa yang hantar kau tadi tu? dia tu lelaki kan?". tanya Haiqal danish geram. Aqilah tersenyum sinis.

"ye, tadi tu lelaki. so?". tanya Aqilah semula.

"kau tak tahu malu ke ha? kau daripada mana? baru habis berjoli dengan Lelaki tu?". tanya Haiqal danish sinis.

PANG! satu tamparan hinggap tepat di Pipi kiri Haiqal danish.

"you better watch your mouth haiqal! Lelaki tadi tu lah yang selamatkan aku daripada kena rogol oleh orang lain tadi. mana kau pergi? kau dah lupa ke aku pergi office naik kereta kau? kau dah lupa? kalau tak ada afif tadi kau tak kan jumpa aku dah sekarang". kata aqilah sinis dan terus sahaja berlalu Ke biliknya. Air mata yang ditahan jatuh ke pipi. manakala Haiqal danish tergamam mendengar kata kata Aqilah. tiada lagi awak saya yang sering digunakan oleh Aqilah.

"YaAllah apa aku dah buat? Qilah maafkan aku". rintih Haiqal danish perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience