BAB 16

Humor Completed 39114

Aqilah menunggu kepulangan suaminya dengan sabar. Sempat dia mengerling jam yang bergantung di dinding. sudah berkali kali Datin Maimun dan Dato benjamin mengajak nya makan. tetapi ditolak oleh Aqilah dengan alasan hendak menunggu Haiqal danish dan makan bersama nya. akhirnya Dato Benjamin dan Datin maimun Akur. setelah selesai makan, datin maimun dan dato benjamin terus sahaja melangkah masuk ke dalam bilik. sementara aqilah masih setia menunggu kepulangan suaminya. Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. mata Aqilah semakin ingin terpejam tetapi dilawan olehnya sehingga lah dia mendengar deruan enjin kereta. Aqilah terus sahaja melangkah ke pintu besar milik Rumah tersebut. dia pasti itu ada Haiqal Danish. Haiqal Danish yang melihat Aqilah di pintu besar tergamam melihat aqilah yang masih tidur. dia hanya beriak selamba lalu melangkah ke arah pintu.

"awak baru balik? lama nya. saya tunggu tau tadi. awak jom kita makan. saya lapar sangat dah nie. saya tunggu awak. saya nak makan dengan awak". kata Aqilah dengan teruja. Haiqal danish memandang Aqilah dengan pandangan kosong. mood nya tiada dan Dia tidak mahu diganggu oleh sesiapa. dia menolak bahu aqilah sehingga aqilah terdorong kebelakang beberapa langkah. Aqilah tergamam. dia menahan Air mata nya daripada jatuh ke pipi.

"kau kalau nak makan. makan je lah sendiri! tak payah nak tunggu aku. tak habis habis nak ganggu hidup aku kenapa? comeon lah qilah! kau lupa ke sebab kenapa kita kahwin? ha? meh sini aku ingatkan kau. kita kahwin sebab aku upah kau. kau faham tak? dah lepas nie aku tak nak kau ganggu aku. jangan nak tunggu aku balik bagai. aku rimas". marah Haiqal Danish dan terus sahaja berlalu ke tingkat dua. aqilah tergamam. air mata yang ditahan akhirnya jatuh ke pipi.

"kau bodoh qilah! kenapa kau nak tunggu dia? kau terima lah semua nie. bersabarlah duhai hati". rintih aqilah perlahan. dia melangkah ke sofa yang berada di ruang tamu. dia membaring kan tubuhnya sambil menangis. entah pukul berapa akhirnya aqilah terlelap.

Haiqal Danish membuka matanya perlahan lahan. dia mengerling Jam yang bergantung di dinding. jam 10? damn dah lambat! Haiqal danish terus sahaja bergegas ke tandas. hairan dia apabila Aqilah tidak membangun kan nya. biasanya, pasti aqilah yang membangunkan nya. setelah selesai bersiap. dia melangkah ke bawah. fikirannya mungkin Aqilah berada di bawah. tetapi fikiran nya semua meleset apabila melihat mummy dan daddy nya sahaja. mana aqilah?

"mummy, daddy? qilah mana?". tanya Haiqal Danish. Dato benjamin hanya diam lalu memakan semula makanan yang terganggu tadi. Datin Maimun pula memandang Haiqal danish dengan otak yang penuh tanda tanya.

"hish kamu nie haiqal? biar betul? isteri kamu kan dah pergi kerja. Katanya dia kena cepat ke pejabat. Ada hal katanya. entah betul entah tidak. kamu dengan aqilah gaduh ke sampai kamu sendiri tak tahu isteri kamu dah pergi kerja". tanya Datin maimun. Haiqal danish menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"tak ade lah mummy. err daddy, mummy haiqal gerak dulu eh. dah lewat dah nie". kata Haiqal danish dan terus sahaja melangkah ke kereta audi nya. datin maimun dan dato benjamin hanya sekadar mengelengkan kepalanya.

"entah apa nak jadi dengan anak awak tu bang". kata datin maimun. Dato Benjamin memandang datin Maimun dengan kening sebelah ternaik.

"amboi, anak saye aje? dia tu kan anak kesayangan awak". kata Dato benjamin pula. Datin Maimun ketawa mendengar kata kata dato benjamin. ya memang tidak dinafikan. Haiqal danish memang anak yang manja. kerana sering dimanja oleh Datin maimun daripada kecil lagi.

Aqilah melakukan kerja dengan tekun. mood nya tidak berapa bagus hari ini. Mia yang menyapa nya hanya sekadar dibalas dengan Senyuman tawar. Aqilah hanya memandang sepi Kalea yang baru sahaja tiba.

"haiqal i mana?". tanya kalea. Aqilah tersenyum sinis. haiqal kau konon!

"dia belum datang lagi. kenapa ye? nak menggatal ke?". tanya Aqilah sinis. Kalea mengetap bibirnya tanda geram. sakit hatinya apabila dikata sebegitu.

"if yes sekali pun, tu bukan urusan kau. hey perempuan kau dengar sini elok elok eh. jangan nak berangan yang Haiqal tu akan suka you. sedar sikit yang you tu hanya PA Haiqal je. bukan nya isteri dia pun". kata Kalea dengan sinis. aqilah hanya sekadar membatu. Kau kata aku bukan isteri dia? eh halo halo, aku nie isteri sah dia tau!

"Kalea?". panggil seseorang. Kalea pantas menoleh. mukanya yang tegang tadi telahpun bertukar ceria. Aqilah tersenyum sinis. dia dah mai dah.

"baby. auww baby i rindu you". kata kalea dengan manja nya. Aqilah hanya sekadar mengelengkan kepalanya sambil tersenyum sinis. Hendak muntah dia mendengar kata kata Kalea.

"lea, what are you doing here?". kata Haiqal Danish kasar. bengang juga dia melihat Senyuman sinis Aqilah.

"i nak jumpa you lah baby. emm i rindu tau dengan you. sampai hati you tinggalkan i semalam". kata Kalea dengan manjanya. Aqilah mendengus geram.

"Cik kalea, and boss kalau nak bersweet sweet, boleh masuk dalam bilik boss rasanya. bukan apa, yelah boss tengok tu semua tengah pandang ke sini. tak elok orang pandang. lagi lagi emm pegang pegang macam nie. bukan muhrim. ye tak boss? and cik kalea?". kata aqilah dengan sinisnya. sakit betul hatinya apabila melihat kalea memeluk lengan sasa milik suaminya. Haiqal danish mendengus geram lalu menarik tangan Kalea dengan kasar masuk ke biliknya.

"puas hati aku. huhh tak sedar diri punya lelaki. dah kahwin pun masih nak menggatal? eii geram nya aku. yang minah tu pun satu, tak habis habis kejar suami aku. erghhh!". desis hati Aqilah bengang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience