BAB 11

Humor Completed 39114

Hari ini akan berlangsung nya Pernikahan antara haiqal Danish dan Aqilah. siapa sangka akhirnya mereka berkahwin? ini kerana rancangan gila aqilah yang akhirnya memakan diri sendiri. Mujur sahaja Ibu dan ayah nya bersetuju. jika tidak, pasti Haiqal danish akan mengamuk. Aqilah memandang cermin. dia tersenyum sendirian. tidak sangka, dia akan bernikah dengan boss nya sendiri.

"wehh qilah, kau dah nak kahwin weh! tak sangka aku. nasib baik kau jemput aku datang sini tau. kalau tak, aku tak nak kawan kau". Kata Aminah. Aqilah tersengih. haih minah sorang nie.

"lah hang nie pasaipa? hang dah mai sini dah pun kan? sini pun kampung hang juga". kata Aqilah sambil ketawa. Aminah tersengih. sudah lama rasanya dia tidak pulang ke kampung.

"ehh beb, aku tak sangka doh kau kahwin dengan boss kau tu". kata Aminah. Aqilah mengetap bibir. andai saja, kalau Aminah tahu sebab sebenar pernikahan ini? apa yang akan terjadi?

"dah jodoh. aku pun tak sangka". kata Aqilah perlahan. dalam hatinya sudah seperti ingin meletup. dia tidak tahu nasib nya pada masa yang akan datang. adakah dia akan bahagia? tidak mungkin.

"untung lah kau dapat kahwin dengan orang kaya en? aku nie entah bila agaknya nak kahwin. boyfriend pun tak ada". kata Aminah sambil ketawa. aqilah hanya mengelengkan kepalanya. haih minah minah.

"amboi mulut kau. alah relek lah, jodoh tak kemana. hehe beb aku nervous lah". kata Aqilah perlahan. sungguh dia takut. nervous semua ada.

"alah kau nie. bawa mengucap sikit. istigfar, selawat semua ok. jangan gementar sangat". kata Aminah. aqilah tersenyum. haih nasib baik kau nie kawan aku minah.

"eh, by the way weh, kau tahu kan aku tak kan tinggal dekat rumah sewa lepas nie?". tanya Aqilah sambil menunduk. takut Aminah berkecil hati. Aminah mencapai tangan putih milik aqilah.

"yee aku tahu, dan kau jangan risau okay. aku dah dapat house mate baru. tak silap aku dalam minggu nie juga dia masuk. kau tak payah risau lah". kata Aminah untuk menyejukkan Hati Aqilah yang tengah berserabut. dia kenal Aqilah yang suka berfikir banyak.

"ehh? fuh lega aku. hehe nanti mesti aku rindu kau". kata Aqilah lalu memeluk tubuh kecil Aminah. aminah membalas pelukan tersebut.

"aku pun mesti akan rindu kau. tapi apa yang susah sangat? aku masih kat KL kan? so kita boleh jumpa. kalau ada apa apa calling calling je okay". kata aminah sambil tersengih. Aqilah pantas mengangguk.

"pengantin perempuan sudah siap kah? bakal suami kamu dah sampai. jadi boleh lah kita keluar sekarang". kata Seseorang. Aqilah hanya sekadar mengangguk. Aminah membawa Aqilah melangkah keluar daripada bilik lalu berlalu ke Tempat yang dikhaskan untuk pengantin perempuan. Aqilah sedar 'banyak' mata yang memandang nya. aqilah berasa cuak. tetapi cuba dilawan perasaan tersebut. Aqilah memandang Haiqal danish yang telah pun berada di hadapan tok kadi.

"muhammad Haiqal Danish bin Muhammad benjamin rayyan?"

"saya"

"aku nikahkan dikau dengan nurul aqilah ashikin binti muhammad haidar dengan mas kahwin nya sebanyak sepuluh ribu ringgit tunai".

"aku terima nikahnya nurul aqilah ashikin binti muhammad haidar dengan mas kahwin nya sebanyak sepuluh ribu ringgit tunai".

"sah"

"sah"

"sah"

Aqilah menyeka air matanya yang mengalir di pipi apabila mendengar perkataan 'sah' daripada mulut saksi. terharu, sedih dan gembira. itu yang di rasakan oleh nya sekarang.

"Aqilah, Beri lah tangan kamu, dari tadi haiqal dihadapan kamu tu". Aqilah tersentak apabila mendengar sergahan itu. erkk tak perasan pulak!. Aqilah pantas menghulurkan tangannya. Haiqal danish menyarungkan cincin ke jari manis Aqilah. lalu aqilah menyalam tangan Haiqal danish. setelah itu, Aqilah memegang lembut tangan Haiqal Danish lalu menyarungkan cincin tersebut. Aqilah terkejut tetapi berlagak selamba apabila Terasa Dahi nya dicium oleh Haiqal Danish. satu perkataan yang Aqilah rasakan sekarang ialah Terharu.

Aqilah melangkah masuk ke dalam biliknya. penat yang dia rasakan sekarang. dia membuka tudungnya yang tersarung di kepala. Aqilah pantas memakai tudung 'express' nya yang berada di atas katil apabila pintu biliknya terbuka. Haiqal danish melangkah masuk. Haiqal Danish duduk di birai katil. Aqilah hanya menyepi. tiada niat hendak bersuara.

"qilah, aku nak cakap kat kau terima kasih sangat sangat sebab tolong aku" . kata Haiqal danish sambil memandang wajah Aqilah. Aqilah tersenyum manis.

"tiada masalah boss. lagipun boss anggap aja lah bantuan saya tu untuk membayar balik segala hutang dan budi boss". kata Aqilah. Haiqal danish bersyukur kerana berjumpa dengan Aqilah. tetapi entah mengapa, setiap kali melihat wajah putih milik Aqilah, pasti ada sahaja salah aqilah di matanya. pelik benar!

"ouh by the way about surat perjanjian tu. kejap aku pergi ambil". kata Haiqal Danish lalu melangkah ke beg nya. dia mengeluarkan sehelai kertas lalu diberikan kepada aqilah. aqilah membaca surat tersebut, hampir terbeliak matanya membaca isi kandungan itu.

perjanjian antara Aqilah dan Haiqal...

1- Aqilah hendak lah patuh dan taat terhadap Haiqal danish.

2- aqilah hendaklah setia dan tidak curang, begitu juga sebaliknya.

3- Aqilah hendak lah mengikut haiqal danish tinggal di Condo milik Haiqal danish.

4- aqilah harus berkerja dengan Haiqal danish seperti biasa.

5- hendaklah menyiapkan sarapan dan makan malam. makan tengah hari mengikut keadaan.

6- Aqilah hendak lah merahsiakan perkahwinan ini daripada sesiapa pun. jangan sampai kantoi ok

7- dan paling penting JANGAN PERNAH JATUH CINTA DENGAN HAIQAL DANISH.

Aqilah mengetap bibirnya. ini sudah melebih. Aqilah hanya sekadar mengangguk. Jatuh cinta? mustahil! Rahsiakan perkahwinan? memang itu yang aku inginkan! mana mungkin ramai yang setuju apabila seorang gadis kampung Berkahwin dengan CEO yang terkenal? tidak masuk akal!

"okay". balas Aqilah sepatah melangkah ke tandas yang berada di luar rumah. Almaklum lah, rumah biasa saja. tiada tandas dalam bilik. Haiqal hanya sekadar memandang sepi aqilah yang melangkah keluar. dia membaringkan tubuhnya. tujuan nya hanya satu. iaitu TIDUR!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience