BAB 13

Humor Completed 39114

Aqilah duduk di tangga rumahnya. Memang itu yang sentiasa dilakukan olehnya jika dia berasa bosan. Aqilah melihat Aqil yang hendak mengayuh basikalnya. aik nak kemana si Aqil nie?

"Aqil! hang nak pergi mana tu?". jerit Aqilah. Aqil berhenti mengayuh. dia memandang kakak nya yang duduk di tangga rumah.

"nak pergi main futsal lah. bye gerak dulu". jerit aqil semula lalu mengayuh basikalnnya. Aqilah mengeluh berat. Tak habis habis futsal! belajar nya bila?

"hoi! tengah buat apa tu?". sergah seseorang. Aqilah mengurut dadanya perlahan. kus semangat! dia mengerling orang yang telah pun selamat duduk disebelahnya. Haiqal danish!

"hmm apa awak nak?". tanya Aqilah malas. Haiqal danish tersengih.

"tak de apa. aku bosan lah qilah. kau tak nak bawak aku jalan jalan pusing kampung nie ke?". tanya Haiqal danish sambil menggoyangkan bahu Aqilah. Aqilah mengetap bibir. kalau ye pun tak payah lah nak pegang pegang!

"saya malas. kalau awak nak jalan, awak ajak lah aqil, kalau tak pun, awak jalan sorang sorang je lah". kata Aqilah selamba. Haiqal danish mengetap bibir.

"kata je lah kalau kau sebenarnya kau malu nak jalan dengan aku. ye kan? tak apa lah aku sedar diri aku". kata Haiqal danish Sambil menunduk. Aqilah memandang Haiqal danish yang menunduk. alah merajuk ke mamat nie?

"alah awak, merajuk ke?". tanya Aqilah perlahan. Haiqal danish masih menunduk. Aqilah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"err okay lah. esok kita jalan jalan okay? hari nie saya malas nak keluar". kata Aqilah. Ada sebab dia malas hendak keluar hari ini. Haiqal danish pantas memandang wajah Aqilah.

"betul? okay esok kita jalan jalan eh?". kata Haiqal Danish. Hilang terus merajuk nya. Aqilah hanya sekadar mengangguk. mereka berdua diam melayan perasaan masing masing sehingga lah seseorang menegur mereka berdua.

"aqilah!". jerit seseorang. Aqilah mendengus geram. dah mai dah minah gedik nie. apa lah dia nak?

"apa kau nak?". tanya Aqilah malas. Haiqal danish memandang wajah isterinya. aik tiba tiba je masam?

"alah kau nie qilah! aku datang nak melawat kau lah! emm ini suami kau kan? hai abang Haiqal". sapa sarah sambil meliuk lentok kan badan nya. terserlah Kegedikannya.

"hai". balas Haiqal sambil tersenyum. Aqilah hanya sekadar memandang geram ke arah sarah yang tergedik gedik.

"kau nak apa datang sini?". tanya Aqilah geram. Sarah membuat memek muka nya.

"alah kau nie. kan aku dah cakap, aku datang nak jalan jalan gi rumah kau. tak salah pun kan?". kata Sarah sambil memandang wajah tampan Haiqal danish. Makin geram Aqilah melihat mata sarah yang tidak lepas memandang Haiqal danish.

"ouh datang sini nak jalan jalan? yang mata kau tak lepas lepas nak pandang laki aku kenapa?". tanya Aqilah sinis. terus sahaja lengan sasa milik suami nya dipeluk erat. naik berang sarah Apabila melihat Aqilah yang memeluk lengan Haiqal Danish.

"dah lah, aku nak balik dulu". kata Sarah dengan muka bengangnya. Aqilah tersenyum puas apabila melihat sarah yang telah pun berlalu.

"puas hati aku". kata Aqilah perlahan sambil tersenyum bangga. Haiqal Danish berdehem menyebabkan Aqilah terus sahaja melepaskan pelukannya. malu nya!

"amboi kau, kemain peluk lengan aku. kau dah kenapa?". tanya Haiqal danish. Aqilah tersengih.

"takde ape. hehe okay lah, saya nak masuk dalam dulu". kata Aqilah dan terus sahaja berlalu masuk ke dalam bilik. Haiqal danish mengelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"qilah qilah, macam macam lah kau nie!". desis hati Haiqal Danish.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience