BAB 25

Humor Completed 39114

Sudah hampir seminggu Aqilah dan Haiqal danish tidak bertegur sapa. Aqilah masih sikap bisu nya, manakala Haiqal masih buntu memikirkan cara hendak memujuk Aqilah.

"Aqilah, tolong masuk bilik aku sekarang". arah Haiqal Danish. Aqilah terus sahaja melangkah masuk ke dalam bilik Haiqal danish. Haiqal danish tersenyum memandang wajah Aqilah. tetapi aqilah masih dengan muka ketatnya. tiada secebis senyuman.

"apa jadual aku hari ni?". tanya Haiqal danish apabila sedari tadi hanya berdiam diri.

"Awak ada meeting dengan Dato Haziq di Syarikat Dato sendiri pukul 10 pagi.". kata Aqilah tanpa memandang wajah Haiqal danish. Haiqal danish sekadar mengangguk.

"itu je?". tanya Haiqal danish. Aqilah mengangguk.

"ya, itu sahaja". kata Aqilah lalu menutup buku 'diari' nya.

"kalau dah tak ada apa apa lagi, saya keluar dulu". kata Aqilah. baru sahaja dia hendak berlalu, Nama nya dipanggil oleh Haiqal danish.

"aku nak kau teman aku pergi Jumpa Dato Haziq". kata Haiqal danish. Aqilah tidak membalas apa apa sebaliknya terus sahaja melangkah keluar. Haiqal danish menggaru kepala nya yang tidak gatal.

"ahhh serabutnya! sampai bila kau nak merajuk dengan aku qilah?". desis hati Haiqal danish. Haiqal danish tiba tiba sahaja tersenyum sendirian. dia mencapai iphone6+ nya lalu mendail nombor seseorang.

"assalammualaikum bro". tegur orang yang berada di talian tersebut.

"waalaikumsalam qandar ". balas Haiqal danish ringkas.

"haaa apahal kau telefon aku ni?". tanya Qandar. Bukan dia tidak kenal dengan Haiqal danish.

"aku nak mintak tolong sikit dengan kau bro". kata Haiqal danish.

"minta tolong apa? gaduh dengan bini ke?". tanya Qandar lalu ketawa. Haiqal danish mengetap bibir. tahu aje!

"mana kau tahu? haih susah aku nak cakap bro. qilah merajuk dengan aku. tak tahu macam mana nak pujuk. kau kan awek keliling pinggang. bagilah tahu aku macam mana nak pujuk perempuan ni". kata Haiqal danish sambil ketawa. Qandar mengetap bibir.sempat pulak mamat sengal nie mengutuk!

"alaaa kau, macam tak kenal aku. erm pujuk bini kau? senang je. jadi lah romantic sikit. ini tak, tak habis habis si qilah tu kena pandang muka ketat kau tu. belikan dia bunga ke, belikan dia apa apa sekali pun. yang penting kau ikhlas nak bagi. sebab daripada pemberian aje orang tahu tau kau ikhlas ataupun tak". kata Qandar panjang lebar. Haiqal danish mengaru keningnya.

"ouh kau nak kata muka aku ni selalu ketat aja lah?". kata Haiqal danish. Qandar ketawa.

"memang pun. muka masam aja lebih kau tu. susah sangat nak senyum". kutuk Qandar. Haiqal danish mengetap bibir. Cis! tak guna!

"ok fine. nanti aku senyum 24 jam. puas? dah lah aku off dulu. aku nak kena pergi meeting nie". kata Haiqal danish. Qandar ketawa.

"yee pergilah. bye assalammualaikum". Kata Qandar dan terus sahaja mematikan talian. Haiqal danish Menarik nafas panjang. Pujuk Aqilah? Get ready Sayang!

"Haiqal, saya rasa awak dah boleh gerak sekarang rasanya". kata Aqilah yang tiba tiba sahaja muncul. haiqal danish tersenyum. marah marah pun tapi masih penting kan dirinya.

"okay. lets go". kata Haiqal danish dan terus sahaja menarik tangan Aqilah. tetapi aqilah menarik tangannya semula.

"dont touch me". kata Aqilah dan terus sahaja berlalu ke mejanya untuk mengambil beg tangan sekali gus telefon bimbitnya. setelah itu dia melangkah ke arah lif manakala Haiqal danish hanya menuruti langkah kaki Aqilah.

"Hai qilah". tegur seseorang. Aqilah berpaling lantas tersenyum. Afif!

"Hai Afif". balas aqilah sambil senyuman tidak lekang dibibir.

"awak nak kemana ni qilah?". tanya afif lalu melangkah masuk ke dalam lif bersama sama dengan Aqilah. Haiqal juga turus sama melangkah masuk ke dalam lif. Haiqal danish mengetap bibir. dia seperti tidak wujud sahaja di antara Afif dan juga Aqilah!

"saya nak teman boss meeting". kata Aqilah dengan senyuman. Haiqal danish mendengus geram.

"ehem maaf ganggu, kalau nak BERDATING, bukan kat sini tempatnya. rasanya kat sini terlalu public". kata Haiqal danish Sinis. Aqilah mengetap bibir. Afif mempamerkan wajah tenangnya.

"oups sorry boss. haa boss good luck meeting ye". kata Afif ceria. Haiqal danish menjeling sekilas wajah afif lalu memakai kaca mata hitamnya dan terus sahaja melangkah keluar daripada lif. Aqilah dan afif juga turut melakukan perkara sama.

"Okay Afif. see you Later, and Thanks sebab tolong saya hari tu, kalau tak ada awak entah apa jadi kat saya". kata Aqilah sinis lalu menjeling Haiqal danish yang tiba tiba sahaja berhenti melangkah. Haiqal danish mengetap bibir.

"jadi si afif ni lah yang tolong isteri aku masa dia hampir kena rogol?". desis hati Haiqal danish. Haiqal danish melangkah semula ke hadapan Afif.

"thanks sebab tolong PA kesayangan saya ni ye Afif. glad to know kau yang selamatkan dia. and Qilah, lets go". kata Haiqal danish dan terus sahaja menarik kasar lengan aqilah lalu mencampak tubuh kecil aqilah ke dalam Kereta.

"apa awak ni? awak tahu tak sakit?". bentak aqilah. apa dia pikir aku ni kuat sangat ke nak lawan tenaga dia tu! huhhh

"so? kau lebih baik diam sebelum aku buat cara lain supaya kau diam. apa motif kau nak bagi aku panas tadi?". tanya Haiqal danish bengang. Aqilah tersenyum sinis. tahu pulak cemburu.

"awak cemburu ke? erm sorry to say, tak ade niat pun nak buat awak cemburu, untuk pengetahuan awak afif tu kawan lama saya, and ya awak tahu tak afif tu dah lama Sukakan saya tapi erm saya masih teragak agak nak terima dia". kata Aqilah sinis lalu memandang ke hadapan semula. Haiqal danish menekan pedal minyak. Aqilah berasa cuak apabila menyedari Kereta yang dipandu oleh Haiqal danish semakin laju.

"a...awak ja...jangan lah ba...bawa laju sangat! kalau awak nak mati, awak mati sorang! jangan bawa saya". kata Aqilah gagap. gila tak takut? Haiqal danish seperti mahu berlumba sahaja gayanya!

"Kau Diam!". jerit Haiqal Danish lantang. Ternaik bahu Aqilah kerana terkejut.

"awak! saya takut. jangan lah bawa laju". pinta Aqilah. Air matanya menitis tanpa dipinta. sumpah dia takut!

"ehh kau yang nak kan? kau yang saja nak panas panas kan aku dengan di afif tu kan?". kata Haiqal danish lantang. Aqilah memejam matanya. Dia tidak suka dengar Haiqal danish menjerit! dia takut.

"tak...sa...saya tak sengaja. a...awak bawa lah kereta slow. sa...saya takut". kata Aqilah memohon simpati. Haiqal danish tersenyum sinis. perempuan semua sama! apa dia pikir dengan air mata tu boleh cairkan lelaki ke?

"Kau turun sekarang". jerit Haiqal danish lalu memberhentikan kereta nya dihadapan sebuah bustop. Aqilah masih berdegil. Dia masih duduk di tempatnya.

"ta...tak nak! sa...saya nak ikut awak". kata aqilah takut takut. Haiqal danish mendengus geram lalu meraup kasar wajahnya.

"kenapa kau degil qilah? aku tak nak kau jadi mangsa kemarahan aku. kau faham tak?". kata Haiqal danish perlahan lalu mengetuk kuat stereng kereta. Aqilah mengesat air matanya.

"maafkan saya. saya janji tak kan buat lagi". pinta Aqilah. Haiqal danish meraup kasar rambutnya. Dia menarik tubuh Aqila lalu memeluk erat tubuh gadis itu.

"a...awak saya takut". kata Aqilah diselangi dengan tangisannya. Haiqal danish makin mengeratkan lagi pelukannya.

"maafkan aku qilah". kata Haiqal danish lalu mencium ubun ubun isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience