BAB 5

Humor Completed 39114

Aqilah hanya memandang sepi Menu yang berada di hadapannya. buntu hendak memakan makanan apa. makanan yang berada di menu tersebut tidak kena pada tekaknya.

"kau kenapa tengok menu tu je dari tadi? akak nie dari tadi tanya kau nak makan apa". Tanya haiqal. Aqilah tersenyum tawar. minum aje lah nampaknya. Selera makan pun tak ada.

"sokay. saya minum je. err kak saya nak Tembikai laici eh?". pesan Aqilah. waiters tersebut mengangguk dan terus sahaja berlalu. Haiqal memandang wajah Aqilah. dah kenapa minah nie?

"kau asal tak makan?". tanya Haiqal Danish. Aqilah tersengih. wahai encik Haiqal Danish. saya tak ada selera nak makan kat sini!

"nothing. saya just tak nak makan". kata Aqilah sambil tersenyum manis. Haiqal mengelengkan kepalanya.

"suka hati kau lah. kalau kau sakit perut aku tak tahu eh". kata Haiqal. Aqilah ketawa geli hati. dia hanya sekadar mengangguk. Jangan risau lah encik Haiqal! nanti balik office saya makan lah. kat laci tu ada je biskut kering apa semua.

"kau diet eh?". tanya Haiqal sambil kening nya sebelah ternaik. Aqilah pantas mengeleng. diet? buang tabiat ke apa nak diet.

"mana ada encik Haiqal. saya just tak nak makan je". kata Aqilah. dia mengeluar telefon bimbitnya apabila berbunyi menandakan sms masuk. Aqilah pantas membaca. ibu?

ibu : Assalammualaikum qilah, qilah sebenarnya ibu tak tau dah nak minta tolong sapa. Barang dapur dah habis dan baba kau belum gaji lagi. dah 2 hari ibu buat catuan makanan. sebab tak da lauk dan beras dah habis. ibu nak minta tolong kalau qilah ada duit, hantar kat ibu. ibu nak beli lauk. kalau tak da tak pa lah nanti ibu pinjam kat mak cik teha engko ja

Aqilah membaca SMS ibu nya buat yang kesian kali. kasihan apabila ibu nya sms dia sebegitu. Dia hendak menghantar duit kepada ibunya, tetapi dia pun belum gaji dan Duit yang ada dengan nya sekarang hanya lah tingga RM100. cukup cukup untuk Bekalan nya selama sebulan.

Aqilah : waalaikumsalam. kenapa ibu baru cakap sekarang? sebenarnya bu, qilah pun tak da duit. qilah ada 100 je cukup cukup untuk bekal qilah selama sebulan nie. tak pa bu ibu dok sah pinjam kat mak cik teha. nanti qilah mai bank bank in duit ibu

Sekali lagi Aqilah mengeluh. tidak menyangka ibu nya membuat catuan makanan. Haiqal danish yang memandang wajah serabut Aqilah hanya sekadar mengangkat sebelah kening nya. dah pahal minah nie? pada waktu yang sama Waiters menghantar pesanan mereka. Aqilah masih khusyuk memandang handphone nya.

"qilah, kau pahal muka serabut je aku tengok?". tanya Haiqal Danish. Aqilah mengeluh perlahan. susah nya jadi orang miskin! haih

"tak de apa". jawab aqilah ringkas. otak nya serabut hendak memikirkan tentang duit nya selama sebulan.

"cakap lah kat aku. kau ada masalah en? story je aku ada nak dengar masalah kau". kata Haiqal danish. Aqilah memandang wajah Haiqal Danish. tetiba baik pulak mamat nie! nak citer ke tak eh? ah citer je lah!

"sebenarnya, ibu saya kat kampung mintak hantar duit". beritahu Aqilah sambil menunduk. Haiqal Danish berhenti daripada menyuapkan makanan ke dalam mulutnya sebaliknya dia memandang wajah Aqilah yang menunduk.

"dah tu kenapa? hantar je lah". jawab Haiqal Danish. Aqilah mendengus geram. memang tak reti nak faham perasaan orang betul lah mamat nie.

"masalahnya saya tak ada duit. saya ada sekarang nie pun seratus je. kalau saya hantar duit kat ibu saya thats mean maksudnya sama je lah saya kena ikat perut saya selama sebulan. Tapi saya tak kejam. saya sanggup tak berduit daripada kena tengok mak saya meminjam daripada Mak cik teha". jelas Aqilah panjang lebar. Haiqal danish tersentak. sebegini susah kah aqilah?

"ouh. takpe nanti bagi aku nombor akaun ibu kau. then bagi tahu aku bank apa. nanti aku bank in kan". kata Haiqal Danish. Aqilah melopong. biar betul? mamat nie nak tolong aku ke?

"maksud awak?". tanya Aqilah. Haiqal danish memandang wajah Aqilah. makanan yang berada di pinggang nya sudah selamat masuk ke dalam perutnya.

"aku tolong bank in kan duit dalam akaun ibu kau. kau jangan risau, aku tolong kau ikhlas. aku akan guna duit aku nanti. aku tak ambil duit syarikat okay. and kau punya gaji pun aku tak kan potong". jawab Haiqal Danish ringkas. Aqilah bersyukur dalam hati. tidak menyangka yang Haiqal danish sanggup menolong nya.

"betul ke nie? tak menyusahkan awak?". tanya Aqilah ragu ragu. Haiqal Danish mengeleng sambil tersenyum manis.

"tak menyusahkan pun. sebab mama aku selalu pesan, hari nie kita tolong orang, mana tahu esok esok lusa orang tolong kita pula". kata Haiqal danish lalu mula berdiri dan berlalu ke kaunter bayaran. Aqilah tersenyum. tak sangka! Haiqal danish yang disangka sombong dan garang mempunyai hati yang mulia. so qilah, after this dont judge book by its cover.

"dah jom lah". ajak Haiqal danish. Aqilah melangkah bersama sama dengan Haiqal danish. Tiba sahaja di syarikat, Haiqal Danish menurunkan aqilah di hadapan Kereta milik aqilah.

"boss, terima kasih sebab sudi tolong saya". kata aqilah sambil tersenyum manis. Haiqal danish mengangguk lantas memulakan pemanduan nya. baru sahaja aqilah ingin melangkah masuk, Dilihatnya Kereta Haiqal danish yang berundur. lah mamat nie ada lupa apa apa ke?

"kenapa boss?". tanya Aqilah. Haiqal Danish tersengih.

"jangan lupa sms kat aku nombor akaun ibu kau dan bank apa. sebab aku nak singgah bank lepas nie". kata Haiqal danish dan terus sahaja memecut kereta nya. Aqilah mengelengkan kepala nya. macam macam! Tetapi diturutnya juga kata kata Haiqal Danish. Dia berjanji akan membayar semula Duit Haiqal Danish apabila Dia mendapat gaji nya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience