BAB 21

Humor Completed 39114

Aqilah memakan Mee hon tomyam yang dipesannya penuh dengan selera. mana tak selera nya, sudah lama dia hendak makan mee hon tomyam cuma tiada kesempatan untuk ke restoran. Haiqal danish hanya sekadar jadi pemerhati. dia hanya sekadar memesan Tembikai laici manakala aqilah memesan Mee hon tomyam campur nasi putih dengan Air yang sama seperti Haiqal danish iaitu tembikai laici. Aqilah menolak perlahan mangkuk dan pinggan nya kehadapan Haiqal danish. Haiqal danish mengerutkan dahinya tanda bertanya kenapa. aqilah tersengih.

"banyak sangat lah akak tu masak. awak, tolong habiskan?". kata Aqilah. sengaja dia melembutkan Suaranya.

"tak nak. aku dah kenyang. kau makan sampai habis". kata Haiqal danish. aqilah tersengih

"tapi wak, saya dah betul betul kenyang. ibu kata tak baik membazir. awak tolong lah saya". kata Aqilah pula. niatnya cuma satu, hendak memujuk Haiqal danish untuk menghabiskan Mee hon tomyan yang dipesan olehnya. Haiqal danish mengeluh berat. akhirnya dia mengambil bekas Aqilah tadi lalu mula makan. Mata aqilah liar memandang sekeliling. ramai orang yang datang.

"awak, kenapa ramai sangat orang hari nie?". tanya Aqilah.

"lawan bola". balas Haiqal danish sepatah. Mata aqilah meliar lagi sehingga dia nampak sekumpulan budak budak nakal mungkin? mata aqilah hampir terbuntang apabila melihat pemuda tersebut Mencium pipi perempuan tersebut dengan selambanya. Aqilah yakin mereka belum berkahwin.

"awak muka hang macam tu?".tanya Haiqal danish.

"tu awak tengok tu yang ramai budak budak tu. eii tadi saya tengok lelaki tu cium perempuan tu wak". kata Aqilah dengan muka gelinya. Haiqal danish tersenyum.

"yang kau pergi gatal gatal nak usha tu kenapa?". tanya Haiqal danish lalu menyuap nasi ke dalam mulutnya. Aqilah tersengih.

"hehe saya saja je". kata Aqilah sambil tersengih. Haiqal danish mengeleng perlahan kepalanya. mereka dua hanya diam. mata Aqilah masih ralit memandang pasangan tersebut. Aqilah memandang wajah lelaki yang mencium wanita itu tadi mengenyitkan mata padanya. Aqilah membuat gaya hendak muntah. terlintas satu soalan dia kepalanya.

"awak, awak pernah tak kenyit mata kat mana mana perempuan?". tanya Aqilah. Haiqal danish memandang aqilah dengan pandangan hairan.

"tak pernah. sebab apa? kalau aku kenyit mata kat perempuan nanti perempuan tu boleh tergamam 5 saat". kata Haiqal danish bangga. Aqilah menbuat muka menyampahnya.

"perasan". kata Aqilah. haiqal danish ketawa. mata aqilah memandang lagi sekumpulan lelaki tersebut.

"awak pernah cium mana mana perempuan?". tanya Aqilah. Haiqal danish tersenyum.

"pernah". kata Haiqal danish. mata aqilah membulat. biar betul??

"pernah? awak cium siapa ha?'". tanya Aqilah bengang. Haiqal danish tersengih.

"pernah lah, aku pernah cium mummy aku. kenapa?". kata Haiqal danish lalu ketawa. aqilah mengetap bibir. hampeh punya suami! boleh pulak dia main main.

"maksud saya orang lain lah? yang bukan muhrim awak". kata Aqilah bengang. haiqal danish tersenyum.

"jawapannya tak pernah. aku tahu hukum hakam. aku pergi bayar dulu. kalau lama lama kat sini entah apa punya soalan yang akan keluar dari mulut kau. mata kau tu jaga. jangan nak pandang pandang diorang. tak takut dosa ke?". kata Haiqal danish dan terus sahaja berlalu. Aqilah tersengih, sedar akan kesilapannya.
"awak! bangun lah.". kejut aqilah entah untuk yang keberapa kali. Haiqal danish membuka perlahan matanya.

"kenapa?". tanya Haiqal danish dengan suara garaunya. Aqilah mengeleng perlahan.

"awak dah lambat nak ke office. saya kena gerak sekarang. awak tu boss tak apa lah. saya nie pekerja. saya gerak dulu eh wak. saya dah siapkan sarapan awak. baju kerja awak pun saya dah siapkan. bye jumpa awak kat office assalammualaikum". pamit Aqilah dan terus sahaja menyalam tangan Haiqal danish dan terus sahaja berlalu ke luar. teksi telahpun tiba.

"wehh qilah??". tegur seseorang. Aqilah memandang wajah orang tersebut. dia memberikan senyumannya.

"ye siti? kenapa ti?". tanya Aqilah kepada siti. siti tersenyum.

"hehe takde lah, aku saja je panggil nama kau tadi. hehe jom lah kita gerak sama sama". kata siti lalu bergerak masuk ke dalam lift. Aqilah tersenyum.

"boss datang hari nie?". tanya Siti. Aqilah mengangguk.

"datang. kenapa?". tanya Aqilah. siti tersengih.

"hehe dah lama aku tak nampak muka boss rindu pulak. hehe tak ada lah aku main main je". kata Siti sambil tersengih. Aqilah mengeleng perlahan. siti siti, suami aku tu. agak agak lah. Pintu lift terbuka, Aqilah dan Siti melangkah keluar daripada lift.

"okay aku ke meja aku dulu ye. bye qilah". pamit Siti dan terus sahaja berlalu. Aqilah tersenyum. dia berlalu ke Meja nya. Rutin hariannya akan bermula semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience