BAB 35

Humor Completed 39114

Haiqal danish melangkah kepejabatnya dengan hati senang. tangan aqilah masih di dalam gengamannya. ya dia bertekad hendak memberitahu kepada semua orang bahawa Aqilah adalah Isterinya dan juga merupakan hak nya.

"Saya minta semua berkumpul sekarang". jerit haiqal danish. semua yang tengah melakukan kerja terus sahaja melangkah mendekati haiqal danish. semua membulatkan mata apabila melihat tangan aqilah yang berada di dalam genggaman haiqal danish.

"saya minta semua bertenang. jangan fikir bukan bukan. saya cuma nak maklumkan bahawa Aqilah adalah isteri saya yang sah. jadi saya tak nak sesiapa pun mengorat isteri saya". kata Haiqal danish dalam nada bergurau. pekerja lelaki ketawa mendengar gurauan boss mereka. tetapi, Pekerja perempuan melopong. tidak sangka, boss idaman mereka ternyata sudah berkahwin.

"bila boss kahwin dengan Aqilah?". Tanya Salah seorang pekerja lelaki. Haiqal danish tersenyum senang.

"kalau ikutkan dah lama dah. tapi saya sengaja hendak merahsia kan hal ini". kata haiqal danish sambil tersenyum senang.

"okay so kalau tak ada apa saya mohon semua bersurai dan lakukan kerja anda semula. terima kasih". kata haiqal danish dan terus sahaja meninggalkan Aqilah sendirian. aqilah mengetap bibir. cis! tak guna. berani dia tinggalkan aku? tak sayang bini ke apa? ish!

"Weh Qilah, tak sangka rupanya kau nie bini boss". kata Aina teruja. aqilah hanya tersenyum. bini boss? erk! tak sangka dia dah pegang pangkat tu. Aqilah akhirnya melayan kawan kawan sekerjanya dengan hati yang tenang. ya akhirnya! segalanya terbongkar.

"well well well! aku tak sangka rupanya selama nie kau bini Haiqal. oh god! i just cant believe it dude". kata Kalea kasar. Sakit hatinya hanya tuhan saja yang tahu betapa remuknya hatinya apabila mendengar dengan jelas apabila Haiqal danish mengumumkan Bahawa mereka berdua suami isteri. sakit hati beb! padahal niatnya datang ke pejabat tersebut untuk membuat kejutan, alih alih dia yang dapat kejutan.

"so apa masalah kau?". tanya aqilah sinis. Well buat apa nak takut dengan minah sengkek ni?

"kau dengan sini betina! aku takkan biarkan kau bahagia lah! kau ingan janji aku ni. aku akan pastikan kau tak kan dapat Haiqal. Aku akan bunuh haiqal! ingat pesan aku". kata Kalea dan terus sahaja berlalu. aqilah tergamam. no! haiqal hak aku! suami aku.

"Hi qilah". sapa seseorang. pantasa sahaja aqilah memandang wajah orang yang menegurnya. Afif!

"err hi". jawab aqilah cuak. afif tersenyum manis.

"tak sangka awak nie bini boss rupanya". kata Afif sambil tersenyum tawar. aqilah menunduk.

"maafkan saya". kata aqilah perlahan. tidak sanggup dia hendak memandang wajah afif ketika ini.

"maaf for what?". tanya Afif lalu ketawa. Aqilah memandang afif. dah kenapa mamat ni gelak?

"err sebab selama nie saya rahsiakan perkahwinan saya". kata Aqilah lalu menunduk semula.

"eh kenapa pula saya nak marah? itu hak awak. meskipun selama nie saya cintakan awak, tapi kita tak berjodoh. saya tak boleh nak buat apa. saya harap awak akan bahagia dengan boss". kata afif lalu tersenyum tawar. sungguh hatinya hancur! ya hancur kerana cinta hatinya ternyata selama ini mempunyai suami. berdosanya dia kerana mencintai isteri orang.

"afif...sa...saya...". afif terus sahaja berkata "no please dont say a word. we are nothing. dont you remember? kita hanya kawan. er by the way, saya akan ke Australia esok. sebab saya dah dapat tawaran kerja di sana". kata afif yang tiba tiba sahaja teruja. ya dia tekad akan lupakan Aqilah.

"seriously? wahh untung nya awak. saya harap awak akan jumpa perempuan lebih baik dari saya. good luck afif". kata aqilah sambil tersenyum. Afif mengangguk lantas membalas senyuman aqilah.

"okay lah saya kena gerak sekarang. sebab nak pack apa yang patut kat dalam office nie. hehe". kata afif dan terus sahaja berlalu. aqilah tersenyum. Alhamdulillah ternyata afif dapat terima kenyataan.

****

"Qilah, tolong masuk ke dalam bilik saya sekarang". kata haiqal danish lalu mematikan interkom. Aqilah terus sahaja masuk ke dalam bilik haiqal danish apabila nendengar arahan itu.

"ye boss kenapa?". tanya aqilah apabila berada di hadapan haiqal danish. Haiqal tersenyum lantas bangun daripada duduknya.

"lepas nie kita pergi tengok rumah baru kita nak?". tanya Haiqal danish lalu menarik tangan aqilah ke kerusi kerjanya. aqilah didudukkan di riba nya. merah muka aqilah akibat malu.

"ish apa awak nie. malu lah saya". kata aqilah menahan malu. gila tak malu? duduk atas riba macam pasangan paling sweet? huhh memang sweet pun.

"lah buat apa nak malu pulak sayang ni?". tanya haiqal danish lalu memandang wajah isterinya yang sudah mula memerah.

"abang lah tengok siap duduk atas abang macam nie. mahunya nanti Orang masuk, naya kita, tak pasal pasal dapat malu". kata Aqilah sambil tersengih. Haiqal danish tersenyum. But wait! Abang?

"apa sayang sebut tadi? abang? ermm nice. abang suka sangat". kata Haiqal danish teruja. aqilah tersenyum. Ya sudah tiba masanya dia ubah segalanya.

"yes. and that name 'abang' only for you. I love you abang". kata Aqilah dan terus sahaja memeluk suaminya. Haiqal danish tersenyum. Bahagia yang dia rasakan sekarang. Terima kasih YaAllah.

"Thanks sayang. I love you more and more. only you dalam hati abang". kata haiqal danish lalu membalas pelukan isterinya.

Tok!Tok!Tok! ketuk seseorang menyebabkan aqilah melepaskan pelukannya. terus sahaja dia memandang pintu bilik haiqal danish yang terbuka. Alia rupanya.

"err sorry boss, saya just nak hantar fail nie yang boss nak". kata Alia dan terus sahaja menunduk. Haiqal danish mengangguk.

"please come in Alia. And sayang, you may go now. thanks for hug". kata Haiqal danish kepada aqilah. merah wajah aqilah apabila haiqal danish berkata sebegitu. memang cari nahas! dah lah depan Alia!

"err ok". balas Aqilah dan terus sahaja berlalu. malu rasanya apabila melihat Alia yang tersengih.

LAGU Sudah ku tahu berdering menyebabkan aqilah terus sahaja mencapai telefon bimbitnya. Aminah? Rindu nya dengan Aminah!!

"Helo assalammualaikum". sapa Aqilah.

"Waalaikumsalam, beb hehehe kau free tak petang ni? kita lunch sama sama nak tak?". tanya Aminah dari corong telefon. Aqilah mengerut kan dahinya. aik minah nie tak pernah pernah nak ajak lunch, nie tiba tiba ajak lunch dah kenapa?

"err aku kena tanya husband aku dulu sebab aku takut dia tak benarkan. kang tak pasal pasal dapat dosa". balas Aqilah lalu ketawa. Aminah juga turut ketawa.

"lahhh, lupa pula kawan baik aku nie dah kahwin. haha ok beb no hal. pape roger lah eh, aku ada hal nak bagi tahu kau. aku yakin kau suka punya". kata Aminah teruja. Aqilah tersenyum. dia juga turut sama teruja apabila mendengar suara Teruja sahabat baiknya itu.

"wah berita apa tu weh? nak tahu gak! hehe kau dah nak kahwin eh?". Tanya aqilah serkap jarang. Aminah ketawa, pandai betul si Aqilah nie meneka. boleh masuk pertandingan meneka ni.

"er hehehe kita jumpa dulu baru aku story semua ok. pape roger. ok aku kena ciao. kang boss aku marah pula". kata Aminah.

"okay okay. nanti aku call kau balik eh. bye assalammualaikum". balas aqilah dan terus sahaja menekan punat merah. cis tak guna punya aqilah! aku belum balas salam dia dah matikan!

Aqilah memandang bilik Haiqal danish buat yang ke Tiga kali. entah mengapa, dia rasa takut untuk meminta kebenaran daripada Haiqal danish. Baru sahaja dia hendak melangkah ke bilik haiqal danish, tetapi Haiqal telahpun keluar terlebih dahulu.

"ehh sayang". sapa Haiqal danish sambil tersenyum. aqilah membalas senyuman tersebut.

"err abang, qilah nak minta kebenaran untuk keluar lunch dengan Aminah boleh tak?". tanya Aqilah takut. haiqal danish tersenyum.

"pergi lah. lagipun abang nak kena jumpa client lepas nie. nanti kita jumpa kat rumah ok?". kata haiqal danish lalu mencium dahi isterinya. aqilah tersengih. yes! haiqal benar kan!

"yeay thanks abang. ok see you kat rumah". kata aqilah lalu tersengih. haiqal danish mengangguk.

"ok abang gerak dulu. kalau ada apa apa cepat cepat call abang ok". kata haiqal danish dan berura ura hendak pergi tetapi tangan haiqal dipegang oleh aqilah.

"kenapa?". tanya Haiqal danish. Aqilah tersenyum.

"sayang nak salam". kata aqilah lalu menyalam tangan haiqal danish. Setelah itu, Haiqal danish melangkah ke lift yang berdekatan. Manakala aqilah melangkah ke meja nya lalu mengambil Beg tangannya untuk keluar lunch bersama sama dengan Aminah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience