BAB 2

Humor Completed 39114

Aqilah melakukan Kerja nya dengan Tekun. Banyak perkara yang harus dilakukan olehnya. meja nya diketuk beberapa kali. Aqilah mengangkat wajah nya, memandang siapa yang mengetuk meja nya. Haiqal Danish? Aduh apa lagi lah mamat nie nak!

"ye boss ada apa apa yang boleh saya bantu?". tanya Aqilah sambil berdiri. Gaya nya bertanya dengan sopan sekali. Haiqal tersenyum sinis.

"kau lupa ke Kita ada meeting dengan Panglima Holdings? ke kau nak aku ingatkan?". tanya Haiqal sinis. Aqilah memandang wajah Haiqal. memang lah ada meeting, apa kena mengena dengan aku pulak?

"ye saya ingat boss. boss ada meeting dengan cik atilia. jadi apa kena mengena dengan saya? sebelum ini boss sentiasa pergi meeting sendirian. kecuali Meeting dengan VVIP sahaja baru boss akan ajak saya?". tanya Aqilah Lagi. Kali ini Haiqal mendengus geram. Aku sendiri tak tahu siapa boss? dia atau aku?!

"hey suka hati aku lah. aku boss kan? kau tu PA aku, so aku nak kau ikut aku . kau ambil fail warna hijau kat atas meja kerja aku. Now!". Jerit Haiqal lantang. ternaik Bahu Aqilah dek terkejut. laju sahaja kaki Aqilah melangkah masuk ke dalam Bilik Haiqal danish lalu mengambil fail berwarna hijau yang dikatakan oleh Haiqal, setelah itu, Aqilah melangkah ke meja kerja nya lalu mengambil beg tangannya. dia berlari lari anak mengejar langkah Haiqal yang sudah pun berada di hadapan lift.

"nah, nie fail yang boss nak". kata Aqilah lalu menghulurkan Fail tersebut. Haiqal hanya tersenyum sinis. dia tidak menyambut Fail yang diberikan oleh Aqilah, sebaliknya dia memakai kaca mata hitam nya.

"pegang fail tu". kata Haiqal. pada masa yang sama pintu Lift terbuka. terkonco konco Aqilah masuk ke dalam Lift. di dalam Hati dia menyumpah seranah Haiqal Danish. Boss tak guna! Arghh kenapa lah aku kena dapat Boss macam dia nie! Pintu lift terbuka. Haiqal terus sahaja masuk ke dalam keretanya. Aqilah masih berdiri di hadapan Kereta Audi milik Haiqal.

"kau kenapa tercegat kat situ? kau nak aku sediakan carpet merah ke apa? pastu nak bukak kan kau pintu macam tuan puteri?". tanya Haiqal Sinis. Aqilah mengetap bibir. laju sahaja kaki nya melangkah masuk Ke dalam kereta Audi milik Haiqal dan bumm!!! pintu tersebut ditutup dengan kuat. tanda protes okay!

"hoi kau nak rosak kan kereta aku ke apa?". tanya Haiqal. Aqilah memandang haiqal dengan pandangan tajam.

"saya tak ada masa nak Rosakkan kereta encik. now better encik drive, sebab encik dah lambat". kata Aqilah menyebabkan Haiqal memandang jam yang berada di pergelangan tangannya. Terus sahaja dia memandu kereta nya dengan Laju. Aqilah sudah lali apabila Haiqal Danish membawa kereta seperti hendak berlumba. Tak sayang Nyawa betul! Hampir setengah jam perjalanan, akhirnya Mereka tiba di Cafe sedili. Haiqal dan Aqilah melangkah masuk ke dalam Cafe tersebut. Haiqal melangkah mendekati Seorang wanita yang tersangat lah sexy dan menjolok mata. wanita tersebut bangun lantas tersenyum kecil dan di balas oleh Haiqal dengan senyuman kecil juga. Mereka berdua bersalaman. Aqilah merasa dirinya tidak wujud. akhirnya Aqilah hanya mendiam kan diri.

"so hai Cik atilia". sapa Haiqal sambil tersenyum Manis. Atilia membalas senyuman tersebut. Aqilah mencebik bibir nya. Dengan cik Atilia kemain kau senyum sampai telinga. dengan aku? huh harapan lah kalau nak senyum!

"hai encik Haiqal. nice to meet you". kata Atilia berbasa basi. Haiqal hanya sekadar tersenyum lalu dia mengambil fail berwarna hijau yang di bawa oleh Aqilah.

"so boleh kita start berbincang sekarang?". tanya Haiqal. Wanita tersebut hanya sekadar mengangguk kan kepalanya.

"so disini dengan saya ada Kontrak yang hendak di tanda tangan. seperti yang dibincang kan sebelum ini, Dato Haraz telah pun bersetuju untuk berkerja sama dengan syarikat kami". kata Haiqal panjang lebar. Aqilah perasan bahawa mata si Cik Atilia dari tadi memandang Wajah kacak Haiqal.

"yes i know about that. dato ada beri tahu saya. kalau boleh, saya nak Encik Haiqal hantar sample ke syarikat kami agar kami mudah untuk membuat pilihan. So that saya boleh usulkan time meeting nanti". kata Cik Atilia pula. Aqilah memandang Wajah Atilia. Nak hantar sample apa lagi? dah hantar kut!

"maaf sebab mencelah cik atilia dan Encik Haiqal. kalau tidak silap saya, Syarikat rayyan Holding telah pun menghantar sample yang diperlukan ke syarikat cik. jadi saya rasa tiada sebab untuk kami hantar sample lagi". celah Aqilah geram. macam aku tak tahu aje kau nak Haiqal nie pergi pejabat kau!

"err rayyan Holding dah ada hantar sample?". tanya Atilia berpura pura. Aqilah menganggukkan kepalanya.

"yes. Rayyan holding dah hantar sample seperti yang diperlukan. Dan Dato sendiri yang telah buat keputusan. bukannya tadi Encik Haiqal dah kata yang Dato Haraz telah pun bersetuju? kerja cik Atilia hanya perlu Mengambil Kontrak ini dan serahkan kepada dato". kata Aqilah dengan panjang lebar. Atilia mengetap bibir. rosak rancangan aku nak suruh si Haiqal pergi pejabat aku!

"ouh maaf lah, sebab dato tak bagi tahu dekat saya yang dia telahpun dapat sample tersebut". kata Atilia pula. Haiqal yang sedari tadi diam akhirnya bersuara.

"sokay cik atilia. so saya rasa tiada apa lagi yang perlu dibincangkan. dan disini fail yang perlu di tanda tangan. Saya harap cik atilia akan berikan kepada dato untuk ditanda tangan". kata Haiqal dengan tertibnya. sebenarnya Dia terkejut apabila mendengar kata kata Aqilah. dia sendiri tidak berfikiran ke situ.

"ouh okay, sure saya akan beri kepada dato. so maybe we can take a cup of coffe?". tanya Atilia. Aqilah pantas mencelah

"its okay cik atilia. selaku PA encik Haiqal, saya memohon maaf kerana encik haiqal ada meeting pula lepas nie". kata Aqilah. Haiqal mengetap bibir tanda geram. Memandai dia je nak menjawab!

"ouh okay sokay". kata Atilia pasrah. hancur harapan nya hendak mengoda Si jutawan muda seperti Haiqal.

"so cik atilia kitaorang gerak dulu". kata Haiqal dan terus sahaja berlalu. Aqilah tersenyum puas. berjaya juga dia! Aqilah melangkah masuk ke dalam kereta, dilihatnya muka Haiqal yang sangat lah bengang.

"kau nie pahal ha suka sangat memandai?". tanya Haiqal bengang. Aqilah hanya beriak selamba. eleh dah kira ok apa aku selamatkan kau!

"saya tak memandai pun encik Haiqal. saya hanya buat apa yang saya patut buat. lagipun apa yang saya kata adalah betul. bukannya dato haraz dah setuju tentang tender tersebut?". tanya Aqilah semula. Haiqal mendengus geram. sakit hatinya terhadap Aqilah masih belum padam. kau tunggu qilah! Aqilah tersenyum puas apabila Haiqal akhirnya diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience