BAB 36

Humor Completed 39114

Aqilah melangkah masuk ke dalam sebuah restoran yang telah dijanjikan bersama aminah. tetapi, batang hidung aminah masih belum kelihatan.

"ish mana lah minah nie pergi". dengus aqilah bersama keluhan kecil.

"beb sorry lambat". sapa Aminah yang baru sahaja muncul. Aqilah memandang aminah dengan pandangan tajam. nak kena minah ni!

"apa sorry? amboi bukan main lagi engkau lewat eh? aku punya lama tunggu. kau pergi mana ha? penat aku tunggu mangkuk!". kata aqilah dengan sekali nafas. aminah menelan liunya. biaq betui minah ni? dia cakap sekali nafas je? uish aku pun tak boleh.

"ala sorry lah. aku bukannya sengaja. tadi aku keluar lambat. yang kau tu tak tunggu aku kenapa? padahal satu office je pun". kata aminah pula. aqilah tersengih.

"bukan tak nak tunggu, tapi suami aku baik hati nak tolong aku hantar pi sini. hehe sorry". kata aqilah. aminah hanya sekadar mengangguk lantas tersenyum.

"haaa by the way, order lah apa kau nak order, aku belanja. hehehe". tambah aqilah lagi. aminah tersengih.

"amboi bini boss nie. mentang-mentang lah dah satu office tahu dia tu bini boss, terus nak belanja aku eh? happy sangat nampak". kata aminah lantas tersengih. aqilah hanya sekadar tersenyum.

"kau nak ke tak nak? kalau tak nak haa engkau bayar sendiri. tapi kalau nak cepat order. dont waste time here". kata aqilah lantas ketawa. Aminah tersenyum lalu memanggil pelayan yang berdekatan.

"haa tadi kan kau ajak aku lunch nie sebab nak bagi tahu aku berita gembira kan? bagi lah tahu apa berita tu weh". tanya Aqilah setelah selesai makan. aminah tersengih. berdebar pula hendak beritahu aqilah.

"err. hehehe aku malu lah beb". kata Aminah lalu tersengih. aqilah menaikkan sebelah keningnya. dah kenapa pula dia ni?

"ala cakap je lah apa dia. kau ni, dengan aku pun nak malu bagai? hallu sejak bila kau reti malu ni?". kutuk aqilah. aminah tersengih.

"ok ok aku story. erm macam nie. minggu lepas aiman ada lamar aku. dia nak aku jadi wife dia. and lepas fikir punya fikir, aku setuju. why not aku bercinta lepas kahwin kan?". kata aminah sambil tersengih. aqilah melopong. but wait, aiman mana? aiman kawan haiqal kah?

"aiman mana ni? aku tak kenal pun". tanya aqilah. aminah tersenyum

"aiman kawan suami kau lah. aiman yang datang masa kahwin kau tu. kau dah lupa ke mamat yang basahkan baju aku tu?". tanya aminah pula. aqilah tersengih. siapa tidak ingat? waktu itulah, Aminah mengamuk akibat daripada baju nya yang basah.

"so thats mean aiman yang tu? omg. serious lah weh? tak sangka. so kau dah fikir masak masak?". tanya aqilah. aminah mengangguk. ya dia yakin!

"yes. aku yakin. lagipun tak kan lah kau sorang je nak kahwin. aku pun nak. hahahaha". kata aminah lalu ketawa. aqilah tersenyum. macam-macam lah si aminah ni.

"so bila nak kahwin?". tanya Aqilah. aminah tersengih.

"insyallah hujung tahun ni. get ready. nanti aku kirim kad kahwin eh? aku nak kau jadi pengapit aku. hehehe". kata aminah. sempat pula minah nie buat pesanan penaja.

"insyallah. by the way congrats beb. erm nampak gayanya aku kena blah ni. sebab my lovely husband dah tunggu". kata aqilah lalu mula bangun dari duduknya. aih untung lah ada suami.

"okey beb. sure. bye see you dekat office". kata aminah lalu ketawa. aqilah juga turut ketawa.

Tanpa mereka berdua sedar. ada sepasang mata yang melihat aqilah yang baru hendak melangkah. Misi nya kena dimulai sekarang! wait for me Haiqal Danish Dato benjamin.

Aqilah melangkah ke Kereta haiqal danish yang parking dihadapan tersebut. alangkah terkejutnya dia melihat kereta tersebut tiada tuannya. mana haiqal danish? mata aqilah meliar melihat sekeliling sehingga mata nya tertancap kepada tubuh yang amat dia kenali. Haiqal danish! tetapi bersama seorang perempuan yang amat dia kenali. Kalea! Air mata aqilah jatuh ke pipi tanpa dipinta. Apabila aqilah sedar haiqal danish tengah memandangnya, aqilah terus sahaja berpaling dan terus melangkah untuk ke office nya.

"Qilah! tunggu abang sayang". jerit haiqal danish lalu berlari mengejar isterinya tetapi tidak diendah oleh aqilah. aqilah terus sahaja melintas jalan raya. tanpa aqilah sedar, ada sebuah kereta yang memecut laju. aqilah kaku di tengah tengah jalan raya. pergerakannya seolah olah terkunci sehingga lah dia terasa badannya ditolak ke tepi dan Bush!!!! wasalam :(

"Abang!!!!!". jerit Aqilah lalu menerpa ke arah suaminya.

"abang!!! maafkan sayang. abang buka mata". jerit aqilah sambil air matanya yang berjuraian di pipi. dia tidak sanggup melihat Darah yang mengalir di badan haiqal danish.

"sa...sayang. ma...maafkan abang. sa...sayang sa...salah faham. ab...abang minta ma...maaf". kata haiqal danish tersankut. aqilah mengeleng perlahan kepalanya. tidak sanggup dia melihat keadaan haiqal danish.

"abang, please jangan cakap apa apa. someone please call ambulance". jerit aqilah. Dia tidak mahu kehilangan haiqal!

"apa jadi ni?". tanya seseorang. aqilah mengangkat kepalanya.

"aiman! please call ambulance". jerit aqilah apabila melihat aiman dan aminah yang muncul dihadapan matanya.

"Ya-Allah Haiqal! sayang call ambulance sekarang!". kata aiman kepada aminah. aminah mengangguk dan terus sahaja menelefon ambulance.

"auch!!!". jerit aqilah tiba tiba.aiman pantas berpaling ke wajah aqilah yang tiba tiba sahaja pucat. apa dah jadi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience