BAB 19

Humor Completed 39114

"kau kan yang Simbah air kat baju aku?". tanya Aiman hakim geram. Imah hanya beriak selamba. tiada terpamer wajah takut di mukanya.

"yelah aku. kenapa? tak puas hati?". tanya Imah semula. matanya tajam memandang Aiman hakim. aiman hakim mengetap bibir.

"memang aku tak puas hati! sebab kau aku malu tahu tak?". marah Aiman hakim. Imah tersenyum sinis.

"bagus lah. padan dengan muka kau yang playboy tak berapa nak playboy tu. hey kau ingat aku apa ha? sedap sedap kau je nak tackle aku". marah imah. Aqilah memandang wajah Aiman hakim yang merah menahan marah.

"kau perasan sangat nie kenapa ha? hoi aku tak hingin lah tackle kau! harap muka je lawa tapi perangai mengalah kan jantan. dah buat salah tak nak mengaku". marah Aiman hakim. Imah masih dengan senyuman nya.

"buat apa aku nak mintak maaf kat kau? hey buang masa aku je lah. aku tak kenal kau pun tapi tiba tiba mintak couple dengan aku kenapa?". tanya imah geram. Aiman hakim mengetap bibir.

"kan aku dah cakap dengan kau? aku salah orang. kau tak faham bahasa ke? nak aku ulang? aku salah orang! aku sebenarnya nak mintak couple dengan perempuan yang aku suka. tapi aku termintak pulak dengan minah jadian macam kau. perangai tak serupa perempuan. aku bukan nya sengaja pun. waktu tu aku fikir kau adalah dia. yelah, dari belakang nampak sama. sebab tu aku terus melutut depan kau". kata Aiman hakim dengan geramnya. Aqilah yang sedari tadi menjadi pemerhati akhirnya bersuara.

"hey jangan gaduh lah! Imah? kau kenal ke dengan aiman nie?". tanya Aqilah. imah mengangguk.

"kenal! playboy paling sengal. eh kau tahu tak sebab dia lah aku malu gila dekat mall tu. datang datang terus melutut". kata Imah bengang. Kali ini Haiqal danish pula bertanya.

"aiman? kau kenal ke dengan imah nie?". tanya Haiqal pula. Aiman mengangguk.

"kenal! dia nie lah minah jadian. kau tahu tak, dia simbah aku guna air weh. malu gila aku. aku dah banyak kali cakap aku salah orang tapi dia nie tak percaya. tak habis habis nak perasan aku melamar dia. eii aku tak kenal pun dia siapa.". kata Aiman hakim dengan bengangnya. Haiqal danish mengeleng perlahan.

"dah dah tak payah nak gaduh kat sini. aiman jangan lah macam nie bro". pujuk Haiqal danish. Aiman hakim mengeluh nafas berat.

"okay fine. Imah kan nama kau? okay aku mintak maaf. mintak maaf sangat sangat. time tu aku salah orang". kata aiman hakim perlahan. Imah tersenyum manis. yes akhirnya aku menang!

"okay aku maafkan kau wahai aiman hakim". kata imah pula. Aqilah tersenyum. berbaik pun akhirnya.

"qilah, bila aku boleh keluar? aku bosan lah duduk dalam nie. aku dah sihat kut. tak kan nak stay sini lagi?". tanya Haiqal danish entah buat yang keberapa kali. naik bosan aqilah mendengarnya.

"ish awak nie degil lah! saya bukan doktor yang rawat awak pun. kalau saya nie doktor awak dah lama dah saya bagi awak ubat tidur. dari tadi membebel je kerja awak. tak habis habis nak balik". kata aqilah dengan geramnya.

"ala kau nie. tu pun nak marah. hm yelah aku tidur. puas hati kau?". kata Haiqal danish dengan bengangnya lalu terus sahaja dia memejam kan matanya. Aqilah tersengih. tak kan marah kut? aqilah melangkah mendekati katil haiqal danish.

"awak, jangan lah merajuk. alololo comel nye suami saya nie bila merajuk". pujuk aqilah. Suara nya sengaja dilembutkan tetapi haiqal danish masih diam.

"okok kejap lagi saya akan jumpa doktor. tanya awak dah boleh keluar ke tak". kata Aqilah mengalah. terus sahaja terbuka mata haiqal danish. Aqilah mengetap bibir. mengada!

"yeayy. thanks qilah. ermm tak sabar nak balik. ok now aku nak tidur. hehe bye dear". kata Haiqal danish gembira dan terus sahaja memejamkan matanya semula. aqilah mengelengkan kepalanya. mengada! Aqilah membetulkan selimut yang digunakan oleh Haiqal danish. lalu dia melangkah keluar untuk berjumpa dengan doktor yang menjaga haiqal danish.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience