BAB 18

Humor Completed 39114

Aqilah membetulkan tudung nya di dalam tandas yang disediakan. setelah selesai, Aqilah melangkah keluar daripada tandas tersebut. dan berlalu ke katil Haiqal danish. Terkejut dia melihat seorang lelaki yang segak dengan pakaian pilot. siapa lelaki nie?

"assalammualaikum, awak nie siapa ye?". tanya Aqilah. lelaki tersebut menoleh me arah Aqilah sambil tersenyum.

"awak nie mesti aqilah kan? saya Aiman. kawan baik haiqal". kata lelaki tersebut sambil memperkenalkan dirinya. Aqilah hanya sekadar mengangguk.

"ouh, mana awak tahu nama saya? rasanya kita tak pernah berjumpa". tanya Aqilah lagi. lelaki tersebut masih tersenyum.

"ye, memang kita tak pernah berjumpa. Saya tahu nama awak sebab Haiqal danish pernah cerita kat saya pasal awak. tak sangka awak nie Isteri haiqal". kata Aiman. Aqilah hanya sekadat tersenyum tawar. isteri atas kertas je aiman.

"ouh, hm awak teman kan haiqal kat sini ye. saya nak ke bawah. nak beli makanan. saya lapar. dari semalam tak makan". kata Aqilah sambil tersengih. Aiman hanya sekadar mengangguk sambil tersenyum. Aqilah melangkah ke bawah. dia memesan Nasi goreng kampung dan air milo ais. Aqilah merenung wajah Haiqal danish yang tengah nyenyak tidur di telefon bimbitnya. gambar tersebut dijadikan sebagai latar belakang telefon nya. Dia memakan makananya sehingga habis. Baru sahaja dia ingin membayar, dia ditegur oleh seseorang.

"Aqilah?". panggil orang tersebut. aqilah memandang wajah orang tersebut. berubah gembira wajahnya.

"yaallah Imah". kata Aqilah riang. Imah terus sahaja memeluk Aqilah erat. Aqilah membalas pelukan tersebut.

"kau pergi mana ha? berkurun aku cari kau. tak sangka kita jumpa kat sini". kata imah dengen memek mukanya. Aqilah tersengih.

"alahh kau nie. tu pun nak marah. kau yang tiba tiba blah dari kampung en? aku punya lah tunggu kau balik. tapi tak balik balik. sampai aku dah kahwin kau tahu?'". kata Aqilah dengan nada merajuk. imah tersengih.

"aku tahu kau dah kahwin. minah bagi tahu aku. hehe tak sangka kau dah kahwin. Minah kata suami kau nie hensem. ye ke?". tanya imah teruja. Aqilah tersengih. ouh lupa pula nak bagi tahu, Imah nie merupakan kawan baik Aqilah juga. Imah nie lah yang selalu ada dengan Aqilah masa sekolah. Kalau nak tahu, imah nie cantik orang nya dan pakaian dia mengikuti pakaian semasa. Orang senang lah katakan.

"amboi kau, suami aku tu. hehe eh Jom lah ikut aku jumpa suami aku? tapi sebelum tu kau buat apa kat sini". tanya Aqilah. imah tersenyum.

"kau lupa ke? masa dulu dulu kan aku pernah cakap aku nak jadi doktor. dan alhamdulillah. aku tengah jadi doktor lah nie". kata imah dengan gaya teruja nya. Aqilah bersyukur dalam hati kerana akhirnya, Sahabat baiknya itu mendapat mencapai cita cita nya.

"alhamdulillah. eh jom lah kita ke bilik husband aku. boleh aku kenalkan kau dengan dia". kata Aqilah sambil tersenyum. Imah mengangguk.

"boleh je. lagipun sekarang nie aku tengah free. jom lah". ajak Imah. aqilah berlalu ke kaunter untuk membayar makanan nya terlebih dahulu sebelum mengejar langkah Imah yang berada di hadapan.

Haiqal danish membuka matanya perlahan lahan. tersenyum dia melihat Aiman Hakim yang berada ditepinya.

"bro, baru bangun ke?". tanya Aiman hakim. Haiqal danish mencebik bibir. buta ke apa si aiman nie? si Haiqal tu baru je buka mata kut. mestilah baru bangun.

"eh tak lah. dah lama dah bangun ha. nie nak tidur. kenapa ye?". kata Haiqal danish geram. Aimab hakim ketawa melihat telatah Haiqal danish.

"dah tak payah nak perli aku. aku saja je tanya soalan bodoh macam tu. sebab penat kau tahu aku tunggu kau bangun. isteri kau pun entah kemana sampai sekarang tak balik balik". kata Aiman hakim. Haiqal danish memandang wajah aiman hakim.

"kau dah jumpa aqilah? dia pergi mana?". tanya Haiqal danish pula.

"dah, aku dah jumpa dia. lawa jugak bini kau kan? memang taste aku lah dia tu. hehe dia kata dia nak kebawah turun makan. lapar katanya. dari semalam tak makan. dia suruh aku tengok tengok kan kau. nasib baik lah aku baru je balik dari flight. kalau tak ada juga yang kena tinggal sorang sorang kat sini". kata Aiman hakim. haiqal danish mengetap bibir.

"tak ikhlas betul kau nak jaga aku kan? yang kau nie pakai baju pikot bagai kenapa? kau tak balik rumah ke apa?". tanya Haiqal danish. aiman hakim tersengih.

"amboi kau. hehe aku baru balik flight. sebab tu lah pakai baju pilot nie. tak sempat nak balik rumah. mummy yang call kata kau masuk hospital". kata Aiman hakim. haiqal danish tersengih. untung lahai dapat kawan macam aiman hakim.

"ouhh sorry susahkan kau". kata Haiqal danish. Aiman hakim menumbuk perlahan dada bidang haiqal danish.

"kau nie, aku sepak kang. susah apa nya. setakat nak lawat kawan aku yang tengah nazak nie ha". kata Aiman hakim sambil ketawa. Haiqal danish juga turut ketawa.

"kurang ajar kau". kata Haiqal danish. sengaja dia membesarkan matanya. aiman hakim hanya sekadar ketawa.

"awak". panggil aqilah menyebabkan tawa haiqal danish dan aiman hakim terhenti.

"haa tu bini kau dah datang ha". kata aiman hakim mengusik. Mata aiman hakim teralih memandang Imah yang berada di sebelah aqilah. membulat terus matanya.

"kau?". tanya Aiman hakim. merah muka nya menahan marah. Imah hanya sekadar membuat mula selambanya tanda tidak takut.

"apa kau? erghhh". balas Imah dengan selamba. Aqilah dan Haiqal danish memandang imah dan Aiman hakim silih bergani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience