BAB 6

Humor Completed 39114

Aqilah memandang telefon nya yang berbunyi. Ibu? pantas sahaja di jawab oleh nya. Rindu terhadap ibu tercinta datang bertandang.

"assalammualaikum ibu". sapa Aqilah ceria. Dia memandang telefon bimbitnya mahu pastikan Ibu atau pun Orang lain. Almaklum lah takut salah orang.

"waalaikumsalam. qilah apa khabar? sihat?". tanya Puan Munirah. Aqilah tersenyum. haih rindu nya kat ibu.

"Alhamdulillah sihat. ibu sihat?". tanya Aqilah pula.

"alhamdulillah sihat. ha qilah, terima kasih sebab hantar kan duit. banyak sangat lah qilah. lima ratus tu. kamu ada pinjam duit dengan kawan kamu ka? kamu kata kat ibu kamu tak da duit". kata Puan munirah. Aqilah mengetap bibir. 500? mati aku nak bayar balik.

"errr haah bu, qilah pinjam duit kawan qilah. tak pa bu, nanti qilah bayar balik Duit tu. ibu jangan risau lah". balas aqilah pula. Mampus lah kau qilah. mana kau nak cari duit 500. habis duit gaji kau.

"haa yelah. terima kasih lah na..ibu letak dulu lah ye, sebab nak masak Makan malam. kesian pula dekat baba dan adik kamu nanti". Kata puan Munirah. Aqilah mengeluh perlahan.

"okay bu. hati hati ye bu. kirim salam sayang qilah kat baba dan Haziq". kata Aqilah dan terus sahaja mematikan telefon bimbitnya.

Aqilah mendengus geram. kalau aku tahu, tak nak mintak tolong! dia masukkan kan duit Rm500 dalam akuan ibu? pokai aku nak bayar.

"hoi! kau pahal nie dari tadi aku perati mulut kau tu terkumat kamit". sergah Aminah. ternaik bahu aqilah dek terkejut. Aqilah mendengus geram.

"kau nie tak ada salam terus je sergah aku macam tu. kau nak aku jalan dulu ke apa?". marah Aqilah. Aminah ketawa geli hati. minta doa betul si qilah nie!

"biar ku jalan dulu puas ku tunggu biar ku jalan dulu~~". Aminah bernyanyi dengan liuk lentok nya. Aqilah tidak dapat menahan ketawa nya. meletus juga akhirnya.

"haih kau nie minah. dah tak mau buat aku macam tu. kang ada yang mati terkejut". kata Aqilah. Aminah hanya sekadar tersengih lalu melabuhkan punggung nya di sisi Aqilah.

"yee aku janji. haa kau tak jawab soalan aku lagi! pasaipa kau punya mulut terkumat kamit tadi?". tanya Aminah lagi. Aqilah mengetap bibir. haih minah nie! selagi aku tak jawab soalan dia selagi tu lah dia tanya.

"haish kau nie. weh aku dalam masalah weh. macam mana aku nak bayar duit mamat tu? habis lah duit gaji aku nanti". bentak Aqilah tidak berpuas hati. Aminah memandang Aqilah. berkerur dahi kerana tidak faham akan maksud sebenar Aqilah.

"ehh ehh ehh aku tak faham. apa kau merepek nie?". tanya Aminah blur. Aqilah meraup muka nya. susah juga dapat kawan blur nie.

"kau tahu tak boss aku tolong aku masukkan duit dalam akaun ibu aku guna duit dia!". terang Aqilah sambil duduk bersila. Aminah memandang wajah aqilah tidak percaya. biar betul boss si aqilah nie?

"what? kau biar betul? ahaa then good lah. kurang juga beban kau". kata Aminah. Aqilah pantas mengetuk kepala aminah. Kurang beban apa nya. tambah beban adalah!

"masalah nya, Dia masukkan duit dalam bank ibu aku RM500 weh! kau gila? macam mana aku nak bayar balik? habis lah duit gaji aku nanti". terang Aqilah panjang lebar. Aminah mengangguk angguk kan kepala nya. baru faham ler tu!

"seriously? habis lah kau. hahaha tapi kan pelik pulak bila boss kau tolong kau. bukannya kau cakap boss kau benci gila kat kau ke?". tanya aminah dengan diselang seli oleh gelakkan. Aqilah mengetap bibir. ada juga kang aku sekeh kepala minah nie!

"haih kau nie. dah lah baik aku masuk tidur. pening kepala aku layan kau nie". marah Aqilah dan terus sahaja berlalu masuk ke dalam biliknya. Aminah ketawa geli hati. haih nasib kau Qilah dapat kawan macam aku nie.

Aqilah masuk ke dalam pejabat dengan seribu satu perasaan. bengang, sedih, kecewa semua nya ada. Bengang sebab Haiqal Danish masuk kan duit dalam akaun puan Munirah banyak sangat, sedih sebab nanti akan kena potong gaji. kecewa sebab Tak dapat tolong Puan munirah yang dalam kesusahan.

"Aqilah, tolong masuk bilik saya". interkom berbunyi. Aqilah mengeluh berat.

"baik boss". balas Aqilah lalu mula berdiri. Dia Mengambil buku diarinya dan melangkah masuk ke dalam Bilik Haiqal Danish.

"ye boss ada apa?". tanya Aqilah apabila berdiri di hadapan Haiqal Danish.

"apa jadual aku hari nie?". tanya Haiqal Danish. Aqilah pantas membuka diarinya.

"boss tak ada perjumpaan dengan mana mana syarikat hari nie. boss free". balas Aqilah. Haiqal danish mengangguk angguk kan kepalanya. matanya masih berada tepat di Laptop nya. tekun sangat!

"err boss". panggil Aqilah perlahan. segan pula rasanya.

"ye ada apa?". jawab Haiqal Danish lalu memandang tepat ke anak mata Aqilah.

"saya nak ucap ribuan terima kasih sebab bank in kan duit ibu saya. tapi boss duit yang boss bank in tu terlalu banyak lah boss. macam mana saya nak ganti balik?". tanya Aqilah sambil menunduk. Haiqal danish mengerutkan dahinya. aku ada suruh bayar balik ke?

"sat sat! aku ada suruh kau bayar balik ke duit aku?". tanya Haiqal danish. setahu nya semalam dia sudah beritahu, tidak usah bayar balik.

"err tapi boss saya rasa macam terhutang budi pulak if saya tak bayar balik. banyak tu boss". kata Aqilah. Haiqal danish pantas menggeleng kan kepala nya.

"aku kata tak payah bayar tu tak payah lah. degil sangat lah kau nie. aku tolong ikhlas". beritahu Haiqal Danish geram.

"errr betul ke boss ikhlas?". tanya Aqilah ragu ragu. Haiqal danish memandang tajam ke anak mata Aqilah.

"ikhlas kena tunjuk ke? dah lah aku cakap tak payah bayar so thats mean tak payah. aku banyak kerja nak buat nie. kau tolong buat kan aku milo". Kata Haiqal danish. Aqilah hanya sekadar mengangguk lalu berlalu keluar. dia menuju ke pantri.

"haihh terlalu baik pulak boss nie. yeay bersyukur lah kau wahai qilah, sebab boss dah tolong kau. thats mean kau tak kena potong gaji lah". desis hati aqilah. dia membuat air yang diminta oleh Haiqal Danish sesedap mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience