BAB 37

Humor Completed 39114

Aiman panik apabila melihat wajah pucat aqilah. terus sahaja dia memanggil aminah.

"sayang, you better tengok aqilah kenapa. why muka dia pucat?". tanya aiman panik. aminah terus sahaja melangkah ke arah aqilah yang menahan kesakitan. melopong aminah apabila melihat kain baju aqilah yang penuh dengan darah.

"Aqilah!". jerit Aminah apabila melihat aqilah yang terkulai layu di atas badan haiqal danish. (wei tak lawak ok dua dua mati/pengsan)

"sayang! apa dah jadi ni? mana ambulance? kenapa tak datang lagi?". tanya aiman yang berubah panik. baru sahaja aminah hendak membalas kata kata aiman, bunyi siren (tah betul ke tak ejaan dia) ambulance menyebabkan aminah terus sahaja menepuk perlahan pipi aqilah.

"qilah wakeup! jangan macam nie. qilah bangun weh. kau jangan buat aku nangis kat sini". panggil aminah panik. Aiman telahpun berada di sebelah aminah apabila pihak ambulance telah mengangkat Haiqal danish ke dalam 'van ambulance'.

"tolong dia nie sekali!". jerit aiman kepada salah seorang daripada pihak ambulance. orang tersebut pantas mengangguk dan terus sahaja mengambil aqilah daripada pangkuan aminah.

"encik dan cik boleh ikut kami ke hospital sekarang". kata salah seorang dari pihak ambulance. aminah dan aiman pantas mengangguk lalu berlari menuju ke kereta mereka berdua. terus sahaja aiman memecut laju untuk mengekori van ambulance.

"Aiman! mana anak aunty?". tanya datin mariam. Aiman mengeluh kecil.

"dia ada kat dalam aunty". balas Aiman sayu. siapa tak sedih woi? kawan baik sehidup semati tengah batarung nyawa di dalam.

"Ya-Allah anak kita bang". rintih Datin mariam kepada dato benjamin. Dato benjamin pantas menarik tubuh isterinya. ya siapa tidak sedih? anak terlibat dalam kemalangan.

"mana aqilah?". tanya datin mariam pula.

"pun ada kat dalam. tadi saya nampak peha aqilah penuh dengan darah". kata aminah yang sedari tadi hanya berdiam diri. datin maimun memandang wajah aiman meminta penjelasan.

"Saya rasa aqilah mengandung aunty sebab darah banyak sangat keluar dekat celah peha dia. and by the way, kenal kan ini bakal tunang saya. aminah". kata aiman memperkenal kan aminah. aminah hanya sekadar tersenyum tipis.

"nice to meet you aminah. ok lah aunty nak call ibu aqilah". pamit Datin mariam dan terus sahaja berlalu.

Aqilah membuka matanya yang terasa berat. kepala nya seolah olah dihempap oleh batu besar. sakit tidak terkata.

"i...ibu". panggil aqilah apabila wajah pertama yang dilihatnya ialah Ibunya.

"Qilah, YaAllah kamu dah bangun qilah nak air?". tanya Puan munirah. aqilah pantas menggeleng.

"ibu, mana abang haiqal?". tanya Aqilah. puan Munirah tersenyum tawar.

"Haiqal masih kat dalam wad pembedahan. haiqal dalam keadaan kritikal". kata puan munirah. air mata aqilah mengalir di pipi.

"ibu, Qilah nak jumpa abang". rintih aqilah. puan munirah mengeleng.

"tak boleh sayang. keadaan qilah sangat lemah. tak baik untuk baby". kata Puan munirah. aqilah tersenyum tawar. baby?

"a..apa bu? qi...qilah mengandung?". tanya Aqilah. puan munirah mengangguk.

"ye sayang. Kamu mengandung. tapi keadaan kamu sangat lemah". kata puan munirah lagi. aqilah tersenyum tawar. mengandung?

"ibu! qilah nak jumpa abang!". jerit aqilah seperti orang histeria. ya dia mahu berjumpa dengan suaminya.

"Qilah! sabar nak. jangan macam nie. haiqal masih dalam keadaan kritikal". kata puan munirah untuk menenangkan anaknya.

"tak! qilah nak jumpa abang. abang tunggu qilah". jerit aqilah dam terus sahaja berlalu keluar daripada wad nya.

"Abang! qilah datang. abang!". jerit Aqilah seperti orang gila apabila melihat dato benjamin dan datin mariam berdiri di hadapan wad pembedahan.

"Ya-Allah Qilah!". jerit Datin maimun apabila melihat aqilah yang menjerit sambil berlari.

"mummy! mana abang? qilah nak abang. qilah nak mintak maaf. sepatutnya qilah yang ada kat dalam tu. bukan abang". rintih aqilah sambil memeluk kaki datin maimun sekuat hati.

"Ya-Allah nak. bangun qilah. jangan macam nie. bangun sayang. anggap saja lah ini semua takdir haiqal. kamu kena kuat sayang. kat dalam perut kamu tu ada baby. ada anak kamu dengan haiqal". pujuk Datin maimun. aqilah pantas mengeleng. tak! semua nie salah aku! sebab aku abang haiqal kat dalam bilik pembedahan.

"tak mummy. bagi qilah jumpa abang. qilah nak jumpa abang". rintih aqilah lagi. datin maimun menyeka air matanya.

"maafkan saya, boleh saya tahu siapa waris pesakit?". tanya seseorang. aqilah dan yang lain terus sahaja berpaling.

"saya ibunya. dan ini isterinya". kata datin maimun lalu memperkenalkan Aqilah. aqilah tersenyum tawar.

"Encik haiqal telahpun melepasi keadaan kritikal. tetapi dia mempunyai pendarahan di otak. dan juga mungkin boleh jadi, Haiqal akan koma untuk jangka masa yang panjang". kata doktor tersebut. aqilah mengeleng. tak mungkin!

"tak! kau tipu kan? kau tipu! mustahil abang haiqal koma. kau penipu!". jerit aqilah. doktor tersebut tersenyum tawar dan terus sahaja berlalu.

"YaAllah qilah. bangun nak. jangan macam nie. bangun sayang bangun. mummy tak nak tengok qilah macam nie. mesti Haiqal pun tak nak tengok qilah macam ni". pujuk datin maimun

"Tak! abang tak koma". rintih aqilah perlahan dan akhirnya dia pengsan tidak sedarkan diri.

"Abang. bangun lah. sampai bila abang nak baring macam ni? Qilah rindu abang". rintih aqilah sambil menangis. tidak sanggup dia melihat haiqal danish yang terbaring lesu.

"Abang, abang tahu tak? Qilah tengah kandungkan anak abang. mesti abang happy kan? abang, sejak abang tidur nie kan, qilah rindu sangat kat abang. rindu nak dengar suara abang. abang tahu tak setiap malam qilah nangis sebab rindu kan abang. nasib baik lah anak kita nie faham. dia tak pernah pun susahkan qilah. abang bangun lah. qilah tunggu abang". tambah aqilah lagi sambil tersenyum tawar. tiba tiba sahaja mata haiqal danish mengeluarkan air mata. aqilah mengeluh perlahan. sudah banyak kali aqilah melihat haiqal danish menangis ketika masih dalam keadaan koma.

"Abang. qilah rindukan abang. i love you so much". ucap aqilah sambil tersenyum manis. dia akan tunggu sehingga haiqal danish sedar.

Aqilah pantas sahaja memandang pintu masuk wad haiqal danish apabila ada yang menepuk tangan. aqilah mendengus geram. pantas sahaja dia menyeka air matanya.

"apa kau nak?". tanya aqilah kasar. kalea tersenyum sinis.

"well, sedih nya kisah hidup kau". tutur kalea bersama gelak tawanya. aqilah mengetap bibir.

"apa kau nak ha? aku tak ganggu kau pun kan?". tanya aqilah geram. kalea tersenyum sinis. tiba tiba sahaja wajahnya bertukar bengis.

"tak ganggu aku kau kata? eh betina! kau tahu tak? sebab kau lah Haiqal jadi macam nie! sebab kau lah haiqal koma. eh perempuan sial! kau tak guna pun kalau hidup! patutnya kau yang mati kena langgar. bukan haiqal". jerit kalea lantang. aqilah membulatkan matanya. jadi? semua nia punca daripada kalea!

"Tak guna! kau buat suami aku koma! kau tak reti malu ke ha? sebab kau suami aku koma.sampai bila bila pun aku tak kan maafkan kau! aku akan bagitahu semuanya dekat haiqal apa yang kau buat!". jerit aqilah. tidak sanggup dia mendengar kata kata kalea. pedih hatinya.

"well, kau rasa sempat ke kau nak cerita dekat haiqal huh? oh comeon aqilah, sekarang jugak aku bunuh kau". kata kalea lalu mengeluarkan pisau dari beg tangannya. aqilah menjadi cuak.

"apa kau nak buat ha?". tanya aqilah. kalea tersenyum sinis.

"well you will know soon baby". kata kalea lalu berjalan mendekati aqilah.

"tolong! ada pembunuh. tolong saya!". jerit aqilah. kalea berubah menjadi bengis.

"eh kau diam lah! kau menjerit siap kau aku bunuh". kata kalea lantang. air mata aqilah mengalir di pipi.

"hoi! kau nak buat apa ha?". jerit seseorang. aqilah pantas memandang ke pintu wad.

"Aiman tolong saya". jerit aqilah apabila melihat aiman,Aminah,puan Munirah,Datin maimun dan dato benjamin di muka pintu. Aiman terus sahaja menerpa ke arah kalea menyebabkan pisau yang berada di tangannya tercampak ke lantai.

"tak guna!". jerit kalea. Aiman tidak menghiraukan jeritan kalea sebaliknya dia menangkap tangan kalea. kalea meronta untuk minta dilepaskan. tetapi kudrat nya sebagai perempuan tidak dapat melawan kudrat aiman sebagai lelaki.

"kau akan meringkuk dalam penjara". kata aiman sinis.

aqilah menangis di dalam pelukan ibunya. sempat dia mengusap perlahan perutnya.

"umi akan jaga sayang". kata aqilah perlahan. aqilah menapak ke arah haiqal danish. kalea telahpun di bawa oleh aiman dan aminah ke pejabat polis yang berdekatan.

"Abang". panggil aqilah perlahan dan terus sahaja memeluk haiqal danish sekuat hati. aqilah melopong apabila melihat Tangan haiqal danish yang bergerak. terus sahaja dia menghadap suaminya.

"Abang. abang dah sedar ke?". tanya aqilah. haiqal danish membuka matanya perlahan lahan. wajah pertama yang dilihatnya ialah aqilah! ya dia rindu dengan wajah itu.

"sayang". tutur haiqal danish perlahan. aqilah tersenyum.

"Daddy! panggil doktor. haiqal dah sedar". jerit aqilah teruja. datin maimun yang mendengar jeritan aqilah bergegas ke arah haiqal danish.

"Yaallah anak mummy dah sedar". kata datin maimun teruja. haiqal danish hanya mampu tersenyum tawar. dia seolah tiada tenaga untuk berkata kata.

"tolong keluar. saya perlu buat pemeriksaan terhadap encik haiqal". kata salah seorang doktor. aqilah dan yang lain pantas mengangguk dan berlalu keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience