BAB 15

Humor Completed 39114

Aqilah membuka mata nya perlahan lahan apabila merasa bahu nya digoyang oleh seseorang. dia memandang Haiqal Danish yang berada di sebelahnya. kelihatan betul muka penatnya.

"kita kat mana nie?". tanya Aqilah. Haiqal danish membuka pintu kereta nya tanpa menghiraukan Aqilah. Aqilah juga turut berbuat perkara yang sama. aqilah membuka pintu. tergamam dia melihat rumah yang berada di hadapan nya. Rumah mummy?

"dah nampak kan rumah siapa? dah jom masuk". ajak haiqal danish. Aqilah hanya menurut. aqilah terasa seperti dia ada tertinggal sesuatu. terus sahaja dia memanggil nama Haiqal Danish.

"awak! beg saya mana??". tanya Aqilah. haiqal danish mengeluh.

"pak tam dah angkat. tulah tidur je kerja kau. jom lah cepat. aku penat nie. kau okay lah sebab tidur aje kerja kau" . kata Haiqal danish. aqilah tersengih. akhirnya dia masuk ke dalam rumah. dilihatnya mummy dan daddy haiqal danish yang duduk di sofa yang berada di ruang tamu.

"ehhh anak dan menantu mummy dah sampai. meh sini duduk". ajak Datin maimun. Aqilah melangkah ke sofa yang berdekatan. manakala Haiqal danish tidak menghiraukan ajakan mummy nya. dia terus sahaja mendaki tangga. aqilah terkedu tetapi berlagak selamba.

"macam mana perjalan ke sini qilah? mesti penatkan?". tanya Datin maimun. aqilah tersenyum manis. penat lah sangat! kalau Haiqal danish yang ditanya memang penat lah jawapannya.

"hehe tak ada lah penat mana mummy. tapi kalau abang haiqal, yelah kut mesti penat, sebab dia yang drive". kata Aqilah sambil tersengih. datin maimun hanya sekadar mengelengkan kepalanya.

"hmmm qilah pergi lah masuk bilik. bilik Haiqal dekat tingkat 2. hujung sekali. kalau ada tag yang kata "do not disturb" haaa bilik dia lah tu". kata Datin maimun. Aqilah hanya sekadar mengangguk lalu mula mendaki tangga untuk ke bilik haiqal danish yang berada di tingkat dua. Aqilah mencari bilik yang mempunyai tag "do not disturb". setelah menjumpai tag tersebut, aqilah mengetuk pintu tersebut tetapi tiada sahutan. akhirnya aqilah melangkah masuk ke dalam tersebut. terkedu dia melihat bilik tersebut.

"huishhh bilik dia ke nie? kalau macam nie, satu kampung bawak masuk dalam nie pun rasanya muat kut". kata aqilah perlahan. geli hatinya apabila menyebut perkataan "satu kampung". satu kampung lah sangat! kau nak haiqal danish mengamuk?

Aqilah ralit memandang bilik Haiqal danish. Katil yang bersaiz King. dan ditambah pula dengan sofa kecil dihujung katil. disebelah kiri pula terletak nya Sofa besar yang bersambung berdekatan dengan Balkoni. dihadapan sofa besar tersebut mempunyai TV yang besar. kalah tv Yang berada di rumah Aqilah. Aqilah berjalan pula ke Balkoni, terkejut dia melihat Balkoni Haiqal danish yang terlalu besar. Di balkoni tersebut mempunyai Tempat duduk coffee dan ditambah pula dengan Buaian kecil yang hanya sesuai untuk dua orang sahaja. setelah puas memerhati balkoni. aqilah melangkah masuk ke dalam bilik semula. Terkejut beruk dia melihat Haiqal Danish yang baru sahaja keluar daripada tandas hanya dengan bertuala paras pinggang. Haiqal danish yang baru perasan kehadiran aqilah hanya beriak selamba. kaki haiqal danish melangkah menuju ke almari lalu mengeluarkan baju dan seluarnya. Aqilah hanya sekadar beriak selamba. wal hal dalam hati hendak meletup. Aqilah sengaja menyibukkan dirinya dengan memerhati bilik Haiqal danish semula.

"kau nie tak bosan ke ha pandang bilik aku nie? baik kau pergi mandi. rimas aku tengok kau nie". kata Haiqal danish. Aqilah tersengih. aqilah melangkah ke Katil yang terletaknya beg aqilah. Aqilah mengeluarkan Tuala nya. tidak lupa juga dia mengambil baju dan seluarnya, serta "adik adik dalaman nya".

Aqilah melangkah masuk ke dalam pejabatnya berkerja dengan penuh bersemangat. rindu dengan kawan sekerja lah kata kan. Tetapi, Aqilah merasa ada kelainan sedikit apabila melangkah masuk kedalam pejabat kerana, kini dia memegang jawatan sebagai Isteri CEO rayyan Holding dimana tempat nya berkerja nya sekarang. Aqilah yang baru sahaja hendak melangkah ke lif ditegur oleh mia iaitu kawan sekerja nya.

"wehhh qilah! lama nya aku ndak nampak muka mu bah. kau pergi mana? cuti kahwin kah?" tanya Mia dengan logat sabahnya. amboi si mia nie meskipun sudah lama Di Kuala Lumpur, tetapi logat sabahnya masih tetap. good! tidak lupa daratan lah katakan.

"ish kau nie mia. mana ada. aku balik kampung lah". kata Aqilah. Mia dan aqilah melangkah masuk ke dalam lif bersama sama.

"bah ya kah? aku pikir kau cuti kahwin. baru jak aku mau rasa nasi minyak kau. eh kau tahu kah qilah? boss pun cuti kau tahu". kata Mia. Aqilah mengerutkan dahinya. matilah kau qilah! dah start dah paparazzi si Mia nie.

"ouh ye ke? hmmm baru pulak aku tahu. ok lah mia aku gerak pergi meja aku dulu. kang boss sampai dia tengok aku masih tiada kat meja lagi mengamuk pulak dia. macam kau tak kenal boss haiqal tu macam mana kan?". kata Aqilah sengaja mengubah topic yang 'terlalu panas' itu tadi.

"hahaha bahh kau nie. kenal jugak aku sama boss singa tu. marah jak kerja nya kan? haha ok lah aku pun mau ke meja ku nie". kata Mia dan terus sahaja berlalu ke meja nya. Aqilah menghembus nafas lega. lega ok sebab topic panas tadi sudah pun tamat.

"Aqilah, tolong masuk bilik saya sekarang". suara Haiqal danish bergema di interkom. Aqilah menarik nafas panjang sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Haiqal Danish.

"yee boss?". kata Aqilah apabila berada di tepi meja Haiqal danish. mata Haiqal danish masih kepada lap top nya. Aqilah mengetap bibir nya. eh kalau setakat panggil aku sebab nak jadikan aku tugu negara kat sini baik tak payah! dah lah penat nie berdiri macam orang gila.

"boss?". panggil aqilah perlahan. Haiqal danish memandang Aqilah dengan riak terkejut.

"ehh bila kau ada kat sini?". tanya Haiqal Danish. Aqilah mengetap bibir. Haiqal danish memang saja cari pasal! aku punya lah berdiri lama kat depan dia. boleh dia tanya bila aku sampai? ehh memag tempah keranda betul.

"tak ada lah lama mana. setakat 15 minit je. sempat juga tadi rasanya saya bikin milo then minum kat sini lepastu basuh cawan kat pantri". kata Aqilah dalam nada memerli. Haiqal danish yang terasa diperli terus sahaja memandang Aqilah dengan pandangan tajam.

"tak payah nak perli aku lah. haaa apa jadual aku hari nie?". tanya Haiqal danish. Mata haiqal danish memerhati penampilan Aqilah. Simple but nice. dengan jubah berwarna hitam merah dan dipadan kan dengan Tudung shawl berwarna merah.

"ok boss hari nie ada perjumpaan dengan Cik kayla kat Restaurant de'pantai pukul 3 petang nanti". kata Aqilah. Haiqal danish menangguk angguk kan kepalanya.

"tu je?". tanya Haiqal danish. Aqilah pantas mengangguk. Haiqal danish memandang aqilah atas bawah.

"kenapa boss pandang saya macam tu?". tanya Aqilah. Haiqal danish tersengih.

"tak de apa. just lepas nie aku nak kau buang baju jubah nie". kata Haiqal danish menyebabkan aqilah terlopong. dia suruh buang? halo halo! aku beli jubah nie guna duit aku tau!

"apa boss merepek nie? kenapa pula saya kena buang baju nie? sayang lah kalau saya buang baju nie". marah aqilah. Haiqal danish memandang aqilah dengan pandangan yang sangat tajam.

"aku suruh buang tu mesti lah ada sebab. cuba kau tengok baju kau nie. Bahagian dada tu ketat sangat tahu tak? kau nak bagi siapa tengok? bawah bukan main labuh. tapi bahagian dada ketat nauzubillah. aku tak nak nampak kau pakai baju nie dah. Kalau kau nak sangat kau boleh simpan tapi jangan guna. nanti aku beli kan kau baju lain". kata Haiqal Danish panjang lebar. Aqilah mengetap bibir. pantas sahaja dia menutup dada nya dengan kedua dua tangannya. merah muka nya kerana malu apabila ditegus sebegitu.

"okay fine nanti saya buang je baju nie. dah tak ada apa kan? saya keluar dulu". pamit Aqilah dan terus sahaja berlalu. sakit hatinya apabila ditegur sebegitu. tapi qilah! patut nya kau bersyukur sebab ada orang yang sudi tegur kesalahan kau! patut nya kau bangga dapat suami macam haiqal Danish. coyy bangga lah sangat. Aqilah yang baru sahaja hendak membuka fail projek terus terhenti Tangannya apabila dia disapa oleh seseorang wanita yang sangat cantik pada pandangan matanya. tetapi, seksa eh sexy dia fuhh.

"Haiqal danish ada?". tanya wanita tersebut. aqilah pantas mengangguk.

"ada. kenapa ye? dan cik nie siapa?". tanya Aqilah. Perempuan tersebut tersenyum sinis.

"nama i kalea. i ex girlfriend Haiqal danish. i nak jumpa dia". kata Kalea dengan bangga nya. Aqilah mencebikkan bibirnya. meluat ok! setakat ex girlfriend je pun! tu pun nak bangga. halah.

"ouh ye ke? hmm tak kesah lah cik nie ex girlfriend ke, ex boyfriend ke, ex cousin ke, ex apa sekali pun tapi kalau cik datang ke sini tanpa appoiment cik tak dibenarkan masuk". kata Aqilah berani. halo, buat apa nak takut kan?

"ehh you cakap elok sikit eh. i nie ex girlfriend haiqal danish. you nie mesti PA baru dia kan? haha dah tepi i nak jumpa Haiqal i". kata kalea dan terus sahaja melangkah masuk ke dalam Bilik Haiqal danish. Aqilah memegang lengan kalea tetapi direntap kasar oleh Kalea. Haiqal danish yang memandang aksi tersebut pantas mendapatkan Kalea dan Aqilah.

"Aqilah! Kalea! apa nie?". marah Haiqal danish. Aqilah pantas menunduk. takut pula rasanya.

"baby, you tengok nie PA you nie. kurang ajar sangat lah! dia larang i masuk dalam bilik you. i just nak jumpa you". kata Kalea dengan manjanya. lalu dia memeluk lengan sasa milik Haiqal danish. Aqilah yang melihat adengan tersebut hanya tersenyum tawar. sabar lah duhai hati.

"Kalea please! kalau tak ada apa apa jangan datang office i. and kau Aqilah? kenapa kurang ajar sangat? dia kan datang nak jumpa aku?". marah Haiqal Danish. Aqilah memandang wajah Haiqal danish dengan pandangan tajam.

"sorry to say Boss. tapi tu adalah undang undang syarikat ini bukan? if tak ada apa apa appoiment tak boleh datang jumpa boss? tapi apa nak kata kan? cik kalea pun dah masuk. so saya keluar dulu. Cik kalea, saya mintak maaf atas kurang ajar saya tadi". kata Aqilah dengan perasaan geram. Aqilah melangkah keluar lalu duduk kerusi kerja nya. perasaan nya bercelaru. sementara Haiqal danish yang berada di dalam memandang Kalea dengan pandangan tajam.

"apa you nak?". tanya Haiqal danish bengang. Kalea tersenyum manja.

"i datang nak jumpa you lah. hmm rindu nya i kat you. baby, nanti kita keluar jalan jalan nak tak?". ajak Kalea lalu duduk di atas meja kerja Haiqal danish.

"kalea please! i dengan you dah tak ada apa apa hubungan. and stop ganggu i! i pun dah berkahwin. and jangan sesekali you ganggu hidup i lagi". kata Haiqal danish bengang. Kalea ketawa sinis.

"you suruh i jangan ganggu you? hmm i dont care baby. you dah lupa ke kenangan kita? baby, mustahil you dah lupakan kenangan kita. i masih sayangkan you" kata Kalea dengan wajah sedihnya. Haiqal danish mendengus geram. Haiqal danish melangkah keluar meninggalkan Kalea yang terpinga pinga. Aqilah yang tekun melakukan kerja nya dikerling sekilas sebelum dia melangkah meninggalkan pejabatnya. sementara Kalea yang berada di dalam pejabat Haiqal danish mendengus geram.

"damn! you tak kan dapat lari dari i Haiqal. i akan pastikan you jatuh semula ke tangan i. tak kesah lah you dah kahwin ke belum". kata Kalea dalam hati. dia tersenyum sinis sebelum melangkah keluar. Dikerling nya Aqilah yang duduk melakukan kerjanya. Akhirnya dia melangkah pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience