BAB 31

Humor Completed 39114

Aqilah mengeluh lega apabila 'minah gedik' itu tadi melangkah keluar daripada dapur dan berlalu ke bilik Puan Munirah.

"apa lah si gedik ni nak". desis hati Aqilah.

"ehh awak. nak tunggu apa lagi? pergi masuk bilik saya cepat! pakai baju. ke awak nak bagi nampak lagi body awak nie dekat budak tu?". tanya Aqilah bengang. Haiqal danish tersengih. sat sat macam terhidu sesuatu pulak! terhidu bau jeles! hahahaha

"Kau jeles eh?". tanya Haiqal danish seraya tersenyum sinis. Aqilah mengetap bibir. cis tak guna punya suami! jeles? ye memang jeles pun!

"Dah awak tak payah nak mengada! saja nak tayang body bagai. pikir sado ke ha?". marah aqilah. Haiqal danish tersenyum. dia mendekatkan tubunya dengan aqilah lalu berbisik sesuatu.

"kau jangan risau ok, body aku nie kau je yang boleh nampak, orang lain tak boleh. sebab Mine is yours. and Yours is mine". kata Haiqal danish dan terus sahaja berlalu masuk ke dalam bilik Aqilah. Aqilah terkedu. Otak nya seolah olah tidak berfungsi.

"apa dia cakap? YaAllah. ini ke cinta." kata aqilah perlahan. akhirnya senyuman tipis terbit di bibirnya. Bahagia yang dia rasakan!

"Hai qilah". sapa 'manusia' yang free free dapat tengok body Haiqal danish.

"erm kau nak apa lagi ni sarah?". tanya Aqilah acuh tak acuh sahaja bunyinya. Sarah tersenyum sinis.

"erm untung kau kan dapat suami macam abang Haiqal tu?". tanya Sarah sambil tersenyum sinis. Aqilah mengetap bibir. ei minah ni dah kenapa nak panggil Haiqal abang bagai? nak aja aku sekeh kepala minah sorang ni.

"kau kalau setakat datang sini sekadar nak puji suami aku. baik tak payah. buat semak je". kata Aqilah bengang. Sarah tersenyum sinis.

"erm kau dengar sini elok elok ye qilah, Aku tak akan biarkan kau bahagia". kata sarah sinis. Aqilah mengetap bibir. terlalu banyak dugaan untuk dia bahagia!

"apa yang kau tak puas hati dengan aku ha? aku ada buat salah dekat kau? daripada dulu sampai sekarang, kau tak pernah nak puas hati dengan aku". marah aqilah. sarah memandang aqilah dengan perasaan benci.

"Aku memang tak akan pernah puas hati dengan kau! sebab kau aku putus tunang dengan Rahman. sebab kau! kau pikir senang senang macam tu aje aku nak lepaskan kau? memang tak lah!". kata Sarah dengan geram. Aqilah mengetap bibir.

"Aku bukan penyebab kau putus tunang dengan rahman! kau patutnya bersyukur sebab aku dah tolong kau! aku tak nak kau bernikah dengan orang yang salah. aku tak nak masa depan kau hancur. kau tak kenal rahman sarah! sebab dia lah aku hampir kena rogol. kau dah lupa? kau dah lupa ke aku hampir kena rogol dengan dia?". kata Aqilah. Air matanya menitis perlahan. Takut apabila mengenangkan peristiwa hitam itu.

"kalau kau tak goda dia, Dia tak kan rogol kau lah Qilah! semua tu salah kau! kau yang patut dipersalah kan! kau tak guna! sanggup kau tikam belakang kawan kau sendiri? depan aku, pijak semut pun tak mati. belakang aku? kau tikam aku tahu tak?". kata Sarah.

"kau salah faham sarah, kau salah faham. sumpah aku cakap aku tak ada niat buruk pun Sarah!". kata Aqilah lalu menyeka Air matanya.

"Kau tipu aku qilah! kau tipu! kau sanggup tikam belakang aku sedangkan aku yang selalu ada dengan kau". kata Sarah dan terus sahaja berlalu. Aqilah terlepok jatuh ke lantai. tidak menyangka Sarah berkata sebegitu. dah semuanya hanya salah faham!

"Qilah. kau okay?". Tanya haiqal danish yang baru sahaja muncul. Aqilah terus sahaja menyeka Air matanya. dia memandang wajah tampan milik Haiqal danish.

"err saya okay". bohong Aqilah lalu tersenyum manis. Haiqal danish mengangguk. walhal dia dengan semuanya. dia sengaja tidak mahu masuk campur.

"aku dah dengar semuanya. kau tak nak share dengan aku?". tanya Haiqal danish sambil tersenyum manis. Aqilah menundukkan kepalanya.

"takde apa nak share pun". kata Aqilah perlahan. tapi masih mampu didengari oleh Haiqal danish. Haiqal danish tersenyum tawar.

"tak pe lah kalau kau tak nak share. aku masuk bilik dulu". kata haiqal danish. baru sahaja dia hendak berlalu, aqilah terus sahaja menarik tangan haiqal danish.

"Kalau awak nak saya share, Awak kena janji dapat tenangkan saya". kata Aqilah lalu tersenyum tawar. Haiqal danish mengangguk. Aqilah bangun daripada duduknya lalu duduk di sofa.

"awak nak saya start daripada mana?". tanya Aqilah.

"start from A to Z". kata Haiqal danish ringkas. Aqilah mengangguk.

"Okay. so cerita dia macam nie. Sarah nie kawan baik saya dekat kampung ni. dia lah orang yang selalu tolong saya. yang selalu ada dengan saya. senang cerita, sarah masa tu bertunang dengan rahman. Rahman nie pemuda paling kacak kat kampung ni. tapi sayang, dalam diam dia nie sebenarnya jahat.". Aqilah menarik nafas panjang sebelum di lepaskan perlahan lahan.

"Rahman pernah cuba untuk rogol saya. saya pun tak tahu apa niat dia. dan time tu nasib baik Ada ketua kampung yang dengar jeritan saya. Dan pada masa yang sama Rahman buat fitnah. katanya saya yang cuba goda dia, sedangkan saya tak pernah suka ataupun cuba untuk goda dia. saya berusaha sedaya mungkin untuk selamatkan Sarah daripada rahman. saya tak nak masa depan sarah hancur sebab rahman. dan sebab rahman lah saya dan sarah bergaduh. sebab dia tuduh saya cuba untuk goda dia. thats why dia tuduh saya macam tu. saya tak boleh nak kata apa. sebab saya tak ada bukti. sampai sekarang saya gaduh dengan sarah. saya harap sangat one day sarah akan sedar semua ni". kata Aqilah sayu.

Haiqal danish memandang wajah sayu Aqilah. sedih dia melihat wajah sugul isterinya.

"dahh tak mau sedih sedih. insyallah dia akan sedar one day. aku tak suka kau sedih". kata haiqal danish lalu menarik tubuh aqilah dekat dengannya. dipeluk tubuh kecil itu seerat mungkin. Aqilah kaget. tetapi akhirnya dia tersenyum. dia membalas pelukan suaminya.

"aku tak suka tengok kau sedih. suatu hari nanti. mesti sarah akan sedar. Allah itu maha berkuasa. Kebenaran pasti akan terungkap. jangan sedih ok. aku selalu ada dengan kau". kata Haiqal danish memberi semangat. aqilah tersenyum di dalam pelukan haiqal danish. Haiqal danish mencium ubun ubun isterinya. satu perasaan yang dapat diungkap ialah, Bahagia yang dia rasakan. entah bila mereka berdua akhirnya terlena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience