BAB 12

Humor Completed 39114

Aqilah terasa seperti ada tangan yang mengoyang bahu nya. haih siapa lah tengah kacau aku yang tengok syok 'membuta' nie. Aqilah membuka matanya perlahan. Aqilah memandang wajah Haiqal Danish yang terpisat pisat.

"awak nie kenapa bangun kan saya? saya penat lah". marah aqilah. bengang juga sebenarnya. dah lah tengah penat, lepas tu ada orang kacau time tengah syok tidur. memang cari pasal betul.

"aqilah, aku nak pergi tandas. teman kan aku". kata Haiqal danish sambil menggoyangkan lagi tubuh aqilah. aqilah membuka matanya yang baru sahaja ingin terpejam semula. dia mengetap bibir tanda geram.

"apa awak nie? kacau betul lah! tandas kat luar. awak pergilah. saya mengantok. saya nak tido". kata Aqilah sambil memandang tajam ke arah Haiqal danish. Haiqal danish mendengus geram.

"ehh kau tak boleh ke teman kan aku? kau tahu tak seram? teman kan lah aku cepat qilah". ajak haiqal danish lagi. Aqilah mengalah. dia mengambil lampu suluh lalu melangkah keluar daripada bilik. Haiqal danish mengikuti langkah aqilah.

"dah, kat situ tandas. saya tunggu awak kat sini". kata Aqilah sambil menyuluh ke sebuah pondok kayu yang agak usang. haiqal danish mengetap bibir. tandas ke tu???

"ahh kau ikut aku cepat". kata Haiqal Danish lalu menarik tangan Aqilah. Aqilah kaget apabila Haiqal danish memegang tangannya tetapi dia hanya mempamerkan muka selamba nya.

"okay kau tunggu sini. kau jaga pintu nie tau, aku nak kencing. kejap je. aku tak kunci pintu. takut". kata Haiqal danish lalu masuk ke dalam pondok tandas tersebut. aqilah hanya mengelengkan kepalanya. haih nama aja lelaki, tetapi penakut!

"qilah, kau masih ada kat luar kan?". tanya Haiqal danish daripada dalam. aqilah hanya mendengus geram.

"ye, saya ada kat luar nie. tak pergi mana pun". balas Aqilah malas. Mood mengantuk okay! dalam otak nie nak tidur je.

"okay dah". kata Haiqal danish sambil tersengih. Aqilah hanya sekadar mengangguk lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Haiqal danish yang berada di belakang aqilah hanya sekadar diam.

Aqilah melangkah ke dapur. dilihatnya puan Munirah tengah sibuk menyiapkan sarapan. dia melangkah mendekati ibu nya.

"ibu!". sergah Aqilah ternaik bahu Puan munirah kerana terkejut.

"ish kamu nie qilah, nak bagi ibu mati awal ke apa? nasib baik lah ibu nie tak ada sakit jantung. kalau tak, dah lama jalan dah ibu nie". bebel Puan munirah. Aqilah tersengih. sedar akan kesalahannya.

"alah sorry lah bu, qilah saja je nak kena kan ibu. hehe ada apa apa yang qilah boleh tolong?". tanya Aqilah. Puan munirah pantas menggeleng.

"takda ape. dah siap dah pun. qilah pergi kejut adik kamu, lepas tu kejut suami kamu. ibu nak hidangkan makanan nya". arah puan Munirah. Aqilah hanya sekadar mengangguk lalu melangkah ke bilik adik nya. iaitu ahmad aqil.

"woi bangun woi! matahari dah naik atas kepala pun kau masih lagi nak membuta?". marah aqilah sambil mengoyangkan tubuh aqil. aqil mengeliat sedikit. dah mai dah nenek kebayan nie.

"apa nie long? hish memekak je lah! adik nak tidur". bentak Aqil geram. Aqilah mendengus kuat. nak tidur? sorry naik lori lah!

"ahh takde takde! bangun cepat! kalau tak, along simbah kau pakai air kang". ugut Aqilah. Aqil terus sahaja bangun daripada tidurnya. Aqilah tersengih. bangun pun! tahu takut. macam mana tak takut? Aqilah jangan dibuat main main, sekali dia kata dia buat, dia buat. pantang dicabar.

"along nie asal balik je mesti memekak aje kerja nya. dah lah along boleh keluar, terima kasih sebab jadi jam bercakap adik". marah Aqil. Aqilah tersengih. Lalu dia melangkah ke biliknya pula untuk mengejutkan Haiqal danish.

"awak, bangun". kejut Aqilah perlahan. Amboi Aqilah! dengan Aqil bukan main kau Kejut macam nak cari gaduh, tapi dengan Haiqal danish kemain lembut.

"hermmm". kata Haiqal danish perlahan. Aqilah tersengih. dia mengamati wajah kacak suaminya. memang kacak!

"dah puas dah kau usha aku?". tanya Haiqal danish menyebabkan aqilah tersentak. merah muka nya kerana malu.

"err...ma..mana ada. err awak bangun lah ibu panggil sarapan. saya tunggu kat bawah". kata Aqilah dan terus sahaja berlalu keluar. Aqilah mengetap bibir. Malu nya!!!!!

"tu lah kau qilah! boleh pulak kau usha dia! ahh mana lah aku tahu dia senang nak bangun! pikir dia sama aje dengan Aqil.". bentak Aqilah. sambil mulut nya terkumat kamit.

"apa yang kamu cakap nie qilah? sampai mulut terkumat kamit macam tu?". tanya puan Munirah. Aqilah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"entah along nie! dah gila ke? kesian abang long sebab dapat isteri macam along". kutuk Aqil sambil menjelirkan lidahnya. aqilah mendengus geram. kalau ikutkan hati nak aje di berikan buku lima pada wajah aqil, nasib baik sayang!

"apa kau ni dik? kau nak makan buku lima along nie ke? kau jangan macam macam. biru muka kau tu kang". marah Aqilah. Aqil hanya sekadar tersengih.

"sayang, apa nie cakap kasar macam tu? kan aqil main main je". tanya Haiqal danish lembut yang entah dari mana tiba tiba sahaja muncul. Aqilah mengetap bibir. aqil dah ada backup! Aqilah mengerling Haiqal danish yang berada disebelahnya.

"dah dah. qilah jangan macam tu. adik pun satu, adik kan tahu along macam mana? dah meh makan". ajak Puan munirah. Haiqal danish mengambil tempat bersebelahan dengan Aqilah. manakalan puan munirah bersebelahan dengan Aqil.

"ayah mana bu?". tanya Aqilah apabila menyedari encik Manaf tiada bersama mereka.

"hm ayah kamu macam biasa lah. pagi pagi macam nie mesti ke kebun". kata Puan munirah. Aqilah hanya sekadar mengangguk.

"aqil, sekolah macam mana?". tanya Aqilah. Aqil memandang wajah aqilah.

"okay je". balas Aqil sepatah.

"okay je? kau biar betul? exam bila?". tanya Aqilah lagi. Aqil mengeluh nafas berat.

"bulan 5 nie". balas aqil sepatah lagi.

"haaa tak lama lagi tu. baik kau buat elok elok exam kau tu. along dengar kau gagal siap kau aku rotan pakai rotan ayah. kau spm tahun nie. jangan hampakan along, ayah dan ibu". kata Aqilah. Aqil hanya sekadar mengangguk.

"ye long, adik tahu lah. along nie nak makan ke tak? kalau along nak membebel, nanti aje lah eh. bagi adik makan dengan kenyang dulu". kata Aqil lalu menyambung semula makan nya yang tergendala akibat alongnya yang gemar membebel. Aqilah mengetap bibir. ada aja ayat adiknya sorang nie yang boleh menyebabkan Aqilah sakit hati!

"betul tu sayang. kesian aqil abang tengok. baru aje berselera nak makan terus jadi tak selera sebab dengar sayang membebel". kata Haiqal Danish. Aqilah mengetap bibir. salah dengarkah dia? sayang? abang? arghhh pandai benar kau berlakon Haiqal danish. Akhirnya aqilah hanya diam. sempat dia mengerling Haiqal danish yang berada di sebelah yang sedari tadi hanya tersengih. sakit hati!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience