BAB 3

Romance Completed 20143

" Itu aje lah jawapan Adel kan. Papa dah muak dengar benda yang sama setiap hari. Apa nak jadi dengan Adel ni ha? Kenapa lah degil sangat? Agaknya papa dengan mama ni tak pandai nak didik anak. Ada anak seorang pun susah nak didik " Datuk Zaidi menggelengkan kepalanya.

" Papa, janganlah cakap macam tu. Adel minta maaf. Adel yang salah. Papa dan mama dah buat yang terbaik untuk Adel. Adel yang tak dengar cakap " Adelia mencium tangan Datuk Zaidi.

" Adel, boleh tak papa mintak lepas ni jangan buat hal lagi. Berubah lah. Sampai bila Adel nak macam ni? Adel tu perempuan. Papa dengan mama risau kalau apa-apa jadi dengan Adel. Adel jer lah satu-satunya anak yang papa dengan mama ada " .

Adelia mengangguk perlahan.

" Ya pa. Adel janji tak buat lagi. Adel minta maaf " .

" Dan lepas ni papa mintak sangat, jangan lah pakai pakaian macam ni lagi. Papa dah tak nak tengok dah Adel pakai baju terdedah sana-sini lagi. Tukar penampilan Adel. Faham?" .

Adelia mengangguk lagi.

" Dengar tu cakap papa Adel. Jangan nak buat hal lagi lepas ni " sampuk Datin Maria.

" Okay mama " jawab Adelia.

" Adel dah boleh masuk bilik? " soal Adelia. Dia sudah tidak tahan mendengar leteran Datuk Zaidi dan Datin Maria.

" Sekejap...lagi satu mulai hari ni papa akan ambil balik kereta Adel. Lepas ni no more kereta. Papa yang akan hantar Adel pergi kolej " .

Adelia terkedu.

" Papa, kenapa macam tu? Janganlah buat Adel macam ni. Adel kan dah janji tak nak buat lagi " rayu Adelia.

" No. Keputusan papa muktamad. Bagi papa kunci kereta? " minta Datuk Zaidi.

Adelia menggelengkan kepalanya.

" Papa please jangan. Kesianlah dekat Adel. Macam mana nanti kalau Adel nak pergi mana-mana. Susahlah papa" .

" Papa yang akan hantarkan nanti. Bagi kunci " .

Lambat-lambat Adelia menghulurkan kunci kereta kepada Datuk Zaidi. Wajahnya sugul saja. Selepas ini pasti susah jika dia hendak kemana-mana. Apalah nasibnya.

" Papa harap Adel tunaikan janji Adel tu. Kalau Adel langgar, siaplah " Datuk Zaidi terus berlalu.

" Ingat pesan papa tu " pesan Datin Maria.

" Maa tolonglah, Adel nak balik kunci kereta Adel " rayunya pada Datin Maria.

" Jangan buat hal. Nanti papa bising. Mama tak boleh tolong apa-apa dah. Siapa suruh Adel buat hal " Datin Maria terus berlalu naik ke tingkat atas.

Terdengar keluhan berat di bibir Adelia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience