BAB 5

Romance Completed 20143

" Kalau bosan, pergilah kerja. Kalau Adel kerja, papa akan pulangkan semula kunci kereta Adel " .

Adelia mengeluh perlahan mendengar syarat Datuk Zaidi. Kerja? Hmm dia masih belum terfikir untuk masuk ke alam pekerjaan.

" Bagilah Adel rest dulu papa. Setahun dua lagi, Adel kerja lah " .

" Sampai bila Adel nak enjoy jer? Ha? Adel kalau papa dengan mama ni tak ada, apa yang jadi dekat Adel nanti? Adel tak boleh survive tau kalau mama dengan papa dah tak ada nanti" .

" Papa ni, kesitu pulak. Adel cuma bak tenangkan fikiran dulu. Penat waktu belajar pun belum hilang lagi " .

" Belum hilang? Adel, dah setahun Adel habis belajar dan selama setahun juga Adel duduk dekat rumah tanpa buat apa-apa selain merayap dekat luar tu. Enjoy dengan duit papa. Sampai bila Adel? " .

" Bila Adel betul-betul dah ready nanti, Adel kerja lah. Please papa.. " rayu Adelia.

" Kalau macam tu, bila Adel dah kerja nanti baru papa pulangkan semula kunci kereta Adel " .

Adelia membuat muka tanda protes. Mengapalah papa dan mama buat begini padanya. Selepas ini terpaksalah dia duduk terperap di rumah saja.

" Minum bang " Datin Maria menghulurkan secawan kopi o kepada Datuk Zaidi.

" Terima kasih " Datuk Zaidi menghirup sedikit kopi o itu kemudian diletakkan di atas meja kopi di sebelahnya.

" Tadi saya saja telefon Mak Esah bang. Dia cakap dia rindu nak kerja dekat rumah kita " beritahu Datin Maria.

" Iya? Macam mana dia sekarang ni? Sihat? " soal Datuk Zaidi.

Sudah hampir setahun Mak Esah berhenti daripada berkhidmat sebagai pembantu rumah mereka. Mak Esah sudah bekerja sebagai pembantu rumah mereka sejak Adelia kecil lagi sehinggalah sekarang. Mak Esah berhenti kerana desakan anaknya yang menyuruh wanita itu berehat saja. Lagipun keadaan kesihatan Mak Esah tidak mengizinkan dia bekerja kuat.

" Alhamdulillah Mak Esah sihat. Abang, boleh tak kalau minggu depan kita pergi rumah Mak Esah? Saya rindulah dekat dia bang " soal Datin Maria.

" Boleh jer. Kita ajak Adel sekali " .

" Dia nak ke ikut bang? Abang tahu jer lah anak abang tu macam mana " .

Datuk Zaidi tiba-tiba mendapat idea.

" Abang dapat idea " .

" Idea apa pulak? " soal Datin Maria.

" Abang nak hantar Adel tinggal dengan Mak Esah selama tiga bulan. Biar dia tu berubah sikit. Jadi anak gadis yang baik " .

Datin Maria terlopong mendengar idea Datuk Zaidi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience