BAB 21

Romance Completed 20143

" Buat apa tu? " tegur Adelia.

Firdaus yang sedang termenung jauh terus tersentak. Adelia sudah mengambil tempat di sebelahnya.

" Tak ada apa. Saja ambil angin petang" jawab Firdaus.

" Tak pergi kandang pulak petang ni?" .

" Tak. Azlan ada " .

Adelia mengangguk perlahan.

" Boleh saya tanya sesuatu? " soal Adelia.

" Apa dia? " Firdaus memandang sekilas ke arah Adelia.

" Awak dengan Una dah lama kenal kan? " .

Firdaus mengangguk.

" Kenapa? " soalnya hairan.

" Awak tak rasa apa-apa dengan dia? Maksud saya rasa suka lebih daripada seorang kawan " .

Firdaus diam seketika.

" Aku cuma anggap dia kawan jer Adel. Tak lebih daripada seorang kawan. Kenapa? " .

" Kenapa awak tak pernah cuba untuk suka dia lebih daripada seorang kawan? " soalan dibalas dengan soalan oleh Adelia.

" Dah rasa tu tak ada. Nak buat macam mana. Mana boleh paksa " .

" Tapi awal boleh cuba kan? " .

" Kenapa pulak aku nak kena cuba? " soal Firdaus pelik.

" Awak tak pernah nampak perasaan Una pada awak selama ni? Cinta dia pada awak. Awak langsung tak perasan ke? " .

" Dia cintakan aku ke? " soal Firdaus lurus.

Adelia tergelak kecil.

" Saya yang baru kenal dia pun dah boleh nampak yang dia tu memang sukakan awak. Awak yang dah bertahun-tahun kawan dengan dia ni takkan lah tak pernah nampak " .

" Sebab dia tak pernah luahkan pada aku. Mana lah aku tahu " .

" Dia takut untuk luahkan perasaan dia. Jadi lepas ni awak kena lah mulakan dulu. Awak kena tahu Daus, perempuan ni adalah insan yang paling susah sekali nak luahkan perasaan. Dia lebih memilih untuk memendam daripada meluahkan. Tapi kalau sekali dia jujur, tu memang betul-betul ikhlas daripada hati dia. Jadi sebelum saya balik KL, saya nak sangat tengok awak dengan Una bersama. Awak kena fikirkan perasaan dia pada awak " .

" Macam mana dengan perasaan kau pada aku? " soal Firdaus tiba-tiba.

Adelia tergamam.

" Aku tahu kau pun sukakan aku kan. Cuma kau malu untuk luahkan " .

Ya Adelia akui. Dia memang ada perasaan pada Firdaus. Namun kerana Husna, dia sanggup melupakan perasaannya terhadap Firdaus.

" Aku tak boleh sukakan Una lebih daripada seorang kawan Adel. Aku sukakan kau. Aku betul-betul sukakan kau. Bukannya Husna " luah Firdaus.

" Daus awak merepek apa ni ha? Saya dengan awak? Memang tak lah. Awak lupa ke diri awak tu siapa, dan siapa pulak saya? Tolong sedar diri " Adelia bangun dan terus berlalu pergi.

Dia terpaksa mengucapkan kata-kata seperti itu agar Firdaus membencinya. Jauh di sudut hatinya langsung tiada niat untuk berkata begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience