BAB 22

Romance Completed 20143

Hari ini Adelia akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur semula setelah 3 bulan menetap di Melaka. Banyak perubahan pada dirinya. Dia berharap semoga papa dan mamanya akan bangga dengan perubahan terbaru dia.

" Mak, Daus pergi kandang dulu ya " kata Firdaus.

Pagi-pagi lagi dia sudah bersiap untuk ke kandang. Selalunya pukul 9 atau 10 baru dia ke kandang. Sebenarnya dia ingin mengelak daripada bertemu dengan Adelia. Sejak dia meluahkan perasaannya pada Adelia haritu, Adelia lebih banyak menjauhkan diri daripadanya. Firdaus baru sedar yang dia tidak layak untuk gadis seperti Adelia. Mereka berbeza darjat.

Mana mungkin Adelia mahu bergandingan dengan lelaki kampung sepertinya. Dia juga tidak punya harta kekayaan seperti Adelia. Mereka sangat berbeza.

" Awalnya hari ni nak pergi kandang" .

" Ada lembu nak beranak mak. Jadi Daus kena lah datang awal sikit. Mana tahu kalau-kalau lembu tu dah nak beranak " Firdaus mencari alasan.

" Daus tak nak tunggu sampai Adel balik ke? Hari ni kan Adel dah balik ke KL semula " .

" Takpalah mak. Ada rezeki nanti jumpa lagi. Daus pergi dulu lah ya. Takut lambat pulak nanti " .

" Iyalah. Hati-hati " .

Firdaus menyalami tangan Mak Esah sebelum berlalu pergi.

" Mak Esah, mana Daus? " soal Adelia.

" Daus pagi-pagi lagi dah pergi kandang. Katanya ada lembu nak beranak " .

" Ohh " Adelia mengangguk perlahan.

Nampaknya dia tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan Firdaus buat kali yang terakhir. Selepas ini entah bila lagi mereka boleh berjumpa.

" Mak Esah, terima kasih banyak-banyak sebab dah tolong jaga Adel. Saya gembira tengok perubahan Adel" ucap Datuk Zaidi.

" Betul tu Mak Esah. Mak Esah dah banyak tolong. Terima kasih ya Mak Esah " ucap Datin Maria pula.

" Sama-sama. Tak ada apalah. Lagipun Mak Esah memang dah anggap Adel ni macam anak Mak Esah sendiri. Daus pun banyak tolong Mak Esah " .

Adelia hanya tersenyum nipis.

" Adel " .

Adelia menoleh apabila namanya dipanggil.

Husna melambaikan tangan ke arahnya. Dia melangkah mendekati Adelia.

" Awak dah nak balik KL ya? Hati-hati tau. Jangan lupa call saya. Kalau ada masa, datanglah sini lagi " .

" Insya Allah Una " .

Mereka berdua berpelukan untuk seketika.

" Awak tak nak jumpa Daus dulu? " soal Adelia.

" Takpalah. Dia tengah kerja tu " .

" Betul ni? Kalau nak saya boleh temankan " .

" Takpalah Una. Terima kasih sebab dah jadi kawan yang baik untuk saya ya " .

" Sama-sama Adel " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience