BAB 4

Romance Completed 20143

" Cik Adel, bangun cik. Udah pagi " Surti mengetuk pintu bilik Adelia berulang kali. Lenguh tangannya mengetuk pintu bilik Adelia. Daripada tadi dia mengetuk, langsung tiada respons daripada gadis itu.

" Ishhh bising lah kak Surti ni " Adelia menggaru-garu kepalanya. Rambutnya yang lurus, habis berserabut. Adelia menolak selimut yang menutup tubuhnya. Dia terus bangun dan berlalu membuka pintu.

" Ada apa kak Surti? " soal Adelia.

" Udah jam 8 cik Adel. Datuk sama datin nyuruh embak Surti ngejutkat kamu " jawab Surti.

" Baru pukul 8. Awal lagi lah kak Surti. Saya mengantuklah. Saya nak sambung tidur " .

" Cik Adel jangan gitu loh. Nanti datuk pasti marahin cik Adel " .

" Ishh yelah-yelah. Menganggu betul" Adelia terus menutup pintu bilik.

Dia mencapai tuala mandi yang tergantung di belakang pintu dan terus melangkah ke kamar mandi. Kebiasaannya Adelia jarang bangun awal. Paling awal dia bangun pun pukul 12 tengahari. Mana tidaknya, setiap malam dia akan tidur lewat. Bangun pun pasti lewat. Itulah rutin hariannya selepas dia tamat pengajian. Berbuih mulut Datuk Zaidi menyuruhnya mencari kerja, tapi dia meminta masa untuk berehat dulu.

Selesai mandi, Adelia terus turun ke tingkat bawah. Dia yakin pasti Datuk Zaidi dan Datin Maria sedang menunggunya di bawah. Dia harus bersiap-sedia untuk mendengar leteran kedua orang tuanya itu.

Datuk Zaidi menggelengkan kepalanya selepas membaca surat khabar. Zaman sekarang banyak kes rogol yang berlaku. Terutama di Kuala Lumpur. Hampir setiap hari tajuk berita itu muncul di dada akhbar.

" Haishh macam-macam dunia sekarang ni " Datuk Zaidi melipat surat khabar yang sudah dibaca dan diletakkan di atas meja kopi. Langkah kaki diatur menuju ke ruang makan untuk bersarapan. Hari ini dia masuk lewat sedikit ke pejabat.

" Mari sarapan bang " pelawa Datin Maria.

Dia membantu Surti menyediakan sarapan. Datuk Zaidi melabuhkan punggungnya di kerusi. Kopi o yang telah siap dituang ke dalam cawan dihirup sedikit.

" Mana Adel? Dia dah bangun ke belum tu? " soal Datuk Zaidi.

" Dah. Surti dah kejutkan dia tadi. Sekejap lagi turunlah tu " jawab Datin Maria.

" Morning mama, papa " ucap Adelia ceria sebaik turun daripada tingkat atas. Dia terus menuju ke ruang makan.

" Morning " .

Adelia mengambil tempat di sebelah Datin Maria.

" Papa, boleh tak Adel nak kunci kereta Adel balik? Adel bosan lah duduk rumah. Tak ada benda nak buat " soalnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience