BAB 1

Romance Completed 20143

" Adel tak balik lagi ke? " tegas suara Datuk Zaidi menyoal pada pembantu rumahnya.

" Belum datuk. Cik Adel masih belum pulang " jawab Surti takut-takut.

Dia yakin sebentar lagi pasti Datuk Zaidi akan mengamuk.

" Mana pulak budak ni pergi ? Dah pukul 2 pagi masih tak balik " rungut Datuk Zaidi.

Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa.

" Saya tidak tahu datuk. Cik Adel enggak bilang apa-apa sama saya " .

" Takpalah. Awak nak masuk tidur, pergilah masuk tidur. Saya nak tunggu dia balik " .

" Baik datuk " Surti terus berlalu ke biliknya.

" Apa yang bising-bising ni bang? " soal Datin Maria yang baru turun daripada tingkat atas.

Tadi dia sudah terlena namun lenannya terganggu apabila mendengar bunyi bising di tingkat bawah.

" Anak kesayangan awak tu lah. Siapa lagi? Kalau tak buat hal sehari, tak sah " .

" Adel belum balik ke bang? " soal Datin Maria. Dia mengambil tempat di sebelah suaminya.

" Kalau dia dah balik, tak adalah saya bising macam ni " .

" Mungkin dia keluar dengan kawan-kawan dia kot " .

" Keluar apanya sampai pukul 2 pagi masih tak balik-balik lagi? Dia tu perempuan tau. Awak nak ke kalau apa-apa jadi pada Adel? Dia tu satu-satunya anak yang kita ada tau " .

" Iya bang tu saya tahu. Tapi abang tahu jer lah Adel tu. Dia tu keras kepala sikit. Cakap saya ni bukannya dia nak dengar. Dah berbuih mulut saya nasihatkan dia. Tapi macam tak ada apa-apa perubahan pun " .

" Degil betul budak tu. Tahu lah saya nak buat apa dengan dia nanti. Apa nak jadi agaknya " .

" Dah lah bang. Abang tak payah risau. Adel tu dah besar. Tahu lah nanti dia jaga diri dia " .

" Awak yakin ke yang dia tu boleh jaga diri? Dia tu perempuan Maria, perempuan. Macam-macam benda boleh jadi dekat KL ni " .

Datin Maria hilang kata-kata. Dia hanya diam saja. Bukannya sekali Adelia pulang lewat ke rumah, sudah banyak kali anaknya itu pulang lewat kerana lepak dengan kawan-kawan. Dia tidak terlalu risau kerana semua kawan-kawan anaknya dia kenal.

Dia tahu anaknya itu tidak akan melakukan perkara yang memalukannya.

" Abang nak tunggu Adel sampai dia balik ke? " soal Datin Maria.

" Iya saya nak tunggu. Kalau awak nak tidur, pergilah tidur " .

" Takpalah. Saya teman abang tunggu Adel balik " .

Beberapa minit kemudian terdengar bunyi enjin kereta milik Adelia. Jam di dinding tepat pukul 2.30 pagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience