BAB 16

Romance Completed 20143

" Jangan nak manja sangat boleh tak Adelia? " soal Firdaus tegas.

" Bos, kesianlah kat dia " .

" Kau diam Azlan ! " tengking Firdaus.

" Kenapa dengan awak ni Daus? Apa yang awak tak puas hati sangat dengan saya ha? Kaki saya memang betul-betul sakit sangat sekarang ni! " dada Adelia turun naik menahan amarah. Geram pula dia dengan Firdaus yang tidak sudah-sudah bersangka buruk dengannya.

" Sebab kau tu manja! Mengada-ngada. Hei Adel, kau ingat kalau kau terus bersikap macam ni, bila kau susah nanti ada orang nak tolong kau ke ha? Melainkan kau tolong diri kau sendiri. Sampai bila kau nak jadi manja macam ni? Sampai bila kau nak teruskan perangai mengada-ngada kau ni? Sampai bila?! " .

Air mata Adelia sudah mengalir. Seumur hidupnya dia tidak pernah dimarahi seteruk ini. Setegas-tegas Datuk Zaidi pun, tidak pernah menengking dirinya.

" Haa menangis-nangis, tu jer lah yang kau tahu kan. Perempuan macam kau ni Adel, tak ada siapa lah nak buat bini. Masak tak reti, buat kerja rumah lagi lah tak reti. Apa yang kau tahu semuanya dah terhidang depan mana. Sebab kau tu dah terlalu selesa dengan hidup kau. Setakat muka jer cantik, tapi pemalas, manja. Tak guna Adel. Tak guna semua tu. Silap-silap tak ada orang nak buat kau jadi isteri " .

Semakin lebat air mata Adelia. Perlahan-lahan dia cuba untuk bangun. Walaupun kakinya sakit, dia cuba untuk bertahan.

" Puas? Awak dah puas hina saya? Saya tahu siapa saya. Tapi awak tak perlu hina saya sampai macam tu sekali. Satu awak kena ingat, saya ni ada perasaan. Ada hati. Kalau awak nak mendidik sekalipun, jangan sampai nak menghina saya. Terima kasih lah atas penghinaan awak tu " Adelia terus berlalu pergi.

Dia berlari pulang ke rumah. Sakit di kakinya sudah tidak dipedulikan. Hatinya lagi sakit ketika ini.

Firdaus tergamam seketika. Perasaan bersalah menyelubungi dirinya ketika ini.

Adelia terduduk lemah setelah puas berlari. Dia tidak terus pulang ke rumah. Air matanya mengalir deras. Wajahnya basah dengan air mata.

" Papa, mama Adel nak balik. Adel tak nak duduk sini. Adel penat...orang kat sini kejam. Dia hina Adel...Adel nak balik KL. Ambil lah Adel. Adel janji Adel akan berubah. Adel akan kerja. Adel takkan keluar malam... " .

" Adel " .

Adel menoleh kebelakang apabila namanya dipanggil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience