BAB 6

Romance Completed 20143

Adelia gigih membawa luggage nya turun daripada tingkat atas ke tingkat bawah. Kata Datuk Zaidi, dia ingin membawa Adelia bercuti. Oleh kerana itu gadis itu sangat teruja. Sudah lama dia tidak bercuti. Tempat percutian mereka pula dirahsiakan oleh Datuk Zaidi. Ada kejutan untuk Adelia nanti. Adelia sudah tidak sabar untuk menerima kejutan itu.

" Amboi, bersemangat anak mama ni kalau nak pergi holiday kan " tegur Datin Maria.

Adelia tersenyum kecil.

" Mestilah mama. Adel dah lama sangat tak pergi holiday. Papa asyik sibuk dengan kerja jer ".

Datin Maria tersenyum kelat. Kalau lah Adelia tahu kemana Datuk Zaidi ingin membawanya, pasti dari awal dia menolak untuk mengikut mereka ke rumah Mak Esah. Maafkan mama Adel. Ini semua untuk kebaikan Adel jugak. Bisiknya dalam hati.

" Mama tahu tak papa nak bawak kita holiday dekat mana? " soal Adelia teruja.

" Rahsia. Mana boleh beritahu. Dah pergi bawa beg Adel ni masuk dalam kereta " .

" Okay " Adelia terus membawa luggage nya keluar untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta.


Perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Melaka mengambil masa lebih kurang dalam 3 jam. Tepat jam 12.45 tengahari, mereka tiba juga di rumah Mak Esah.

" Abang, saya rasa sebersalah lah sebab tipu Adel " kata Datin Maria perlahan. Bimbang Adelia yang sedang lena tertidur itu terdengar perbualan mereka.

" Tak ada apalah. Jangan risau sangat. Lagipun ini untuk kebaikan dia Maria. Ini saja cara untuk kita ubah dia. Mak Esah pun dah setuju Adel tinggal dengan dia " .

Datin Maria hanya mengangguk perlahan.

" Adel, bangun. Kita dah sampai " kejut Datuk Zaidi.

Adelia terpisat-pisat bangun. Matanya di gosok-gosokkan.

" Kita kat mana ni? " soal Adelia.

" Melaka " jawab Datuk Zaidi sepatah.

Adelia terus membuka pintu kereta. Laju kakinya melangkah keluar daripada perut kereta. Matanya meliar memandang sekeliling.

" Kita sewa homestay ke? Kenapa papa tak book hotel jer? Panaslah kat sini " .

Datuk Zaidi tidak menjawab. Begitu juga dengan Datin Maria. Adelia mengipas-ngipas dirinya menggunakan tangan. Cuaca ketika ditemui sangat panas.

" Assalamualaikum " laung Datuk Zaidi.

Beberapa saat kemudian seorang wanita berusia 50-an keluar daripada rumah.

" Waalaikumsalam. Haa dah sampai pun. Mari naik " ajak Mak Esah.

Adelia terkejut melihat Mak Esah. Sangkanya rumah berkonsepkan rumah tradisonal Melaka itu adalah homestay yang ditempah oleh Datuk Zaidi. Rupanya itu adalah rumah Mak Esah. Bercuti di rumah Mak Esah? Biar betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience