BAB 8

Romance Completed 20143

" Mama! Papa! Jangan tinggalkan Adel! Adel tak nak tinggal dekat sini. Tolonglah! " Adelia seperti orang di rumah sakit jiwa kerana terjerit-jerit sambil menangis.

Puas Mak Esah menahannya daripada mengejar kereta Datuk Zaidi yang sudah pun berlalu pergi.

" Adel, jangan macam ni nak. 3 bulan jer Adel tinggal dekat sini " pujuk Mak Esah.

" Taknak Mak Esah. Adel nak balik KL!" .

Kalaulah dia tahu daripada awal Datuk Zaidi ingin meninggalkannya di rumah Mak Esah, pasti awal-awal lagi dia tolak untuk mengikuti mereka ke sini.

" Adel, ini semua untuk kebaikan Adel. Jangan macam ni " pujuk Mak Esah lagi.

Adelia masih lagi menangis seperti anak kecil yang ditinggalkan oleh orang tuanya. Basah wajahnya dengan air mata. Dia benar-benar tidak mahu tinggal di sini. Di sini bukan tempatnya. Dia lebih rela menerima apa saja hukuman daripada kedua orang tuanya asalkan bukan tinggal di sini.

" Hoi! Memekak lah " .

Terhenjut bahu Adelia saat dijerkah oleh seorang lelaki. Dia terus menoleh ke belakang. Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an sedang memandangnya tajam. Wajah lelaki itu ketat bagai sudah di skru. Tiada langsung senyuman di bibirnya.

" Kau siapa ha? " soal Adelia. Dia mengesat air matanya.

" Yang kau sibuk tanya aku siapa kenapa? Ada masalah? Kau tu boleh diam tak? Terjerit-jerit macam orang sakit mental. Sini bukan rumah orang sakit jiwa lah " balas lelaki itu.

" Daus, hei kenapa cakap macam tu? Tak baiklah " tegur Mak Esah.

" Mak, dah memang betul dia ni memekak. Malu lah kat jiran-jiran " .

Mak? Mamat ni anak Mak Esah ke? Soal Adelia dalam hati. Pandangan tidak puas hati diberikan pada lelaki itu.

" Adel, jangan menangis lagi ea. Nanti bila dah tiba masa, papa dengan mama Adel akan ambil Adel. 3 bulan jer Adel akan tinggal kat sini " Mak Esah mengusap perlahan belakang tubuh Adelia.

Adelia terus memeluk erat tubuh Mak Esah.

Firdaus menjulingkan matanya ke atas melihat aksi manja Adelia dengan maknya. Mengada sangat!

" Daus, Adel ni tetamu kita. Jadi tolong layan Adel baik-baik " tegas Mak Esah.

" Jom Adel. Kita masuk dalam rumah ya " ajak Mak Esah.

Adelia dan Mak Esah terus beriringan masuk ke dalam rumah. Firdaus menjeling tajam ke arah gadis itu.

" Oh ya Daus jangan lupa bawakkan beg Adel masuk dalam rumah ya " pesan Mak Esah.

" Aku kena angkat beg dia? Ishh mengada betul perempuan ni. Dasar manja! " rungut Firdaus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience