BAB 2

Romance Completed 20143

Adelia melangkah perlahan-lahan masuk ke dalam rumah. Bimbang papa dan mama nya akan perasan kepulangannya. Ini semua gara-gara dia terlelap di rumah Rossa ketika menyambut hari ulang tahun gadis itu tadi.

" Baru balik? " dingin saja kedengaran suara Datuk Zaidi.

Tersentak Adelia saat melihat Datuk Zaidi dan Datin Maria yang berdiri tegak di hadapan pintu. Gaya mereka sudah seperti warden asrama.

" Eh papa, mama. Tak tidur lagi ke? " soal Adelia sambil tersenyum kelat.

' Matilah kau Adel. Habis lah kau ' dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Adel pergi mana ha? Tengok jam tu, dah pukul 2.30 pagi. Baru nak balik?" soal Datin Maria pula.

" Tadi Adel sambut birthday Rossa. Dekat rumah dia. Lepas tu Adel terlelap sekejap " jawab Adelia.

" Adel jangan nak bohong papa boleh tak? " .

" Pa, Adel tak bohong papa. Memang betul. Kalau tak percaya papa boleh call sendiri parents Rossa " .

" Betul ke ni Adel? Adel tak bohong? " soal Datin Maria meminta kepastian.

" Tak mama, papa. Adel tak bohong " Adelia menggelengkan kepalanya.

" Kalau papa tahu Adel bohong, siaplah Adel " Datuk Zaidi memberi amaran.

" Duduk dulu, papa ada benda nak cakap dengan Adel " arah Datuk Zaidi.

Adelia terus menguap.

" Huarghh, Adel mengantuk lah papa. Esok jer lah ya? Dah lewat ni. Mama dengan papa pergilah tidur. Papa kan esok nak pergi kerja " Adelia mula mencari alasan. Dia malas mahu mendengar bebelan Datuk Zaidi dan Datin Maria.

" Jangan nak bagi alasan. Duduk sana cepat " tegas Datuk Zaidi.

Dia sudah masak dengan perlakuan anaknya itu. Dia tahu Adelia sengaja mencari alasan. Lambat-lambat Adelia melangkah menuju ke ruang tamu. Dia duduk di atas sofa.

" Apa nak jadi dengan Adel ni ha? Dah banyak kali papa dengan mama cakap jangan keluar malam. Tapi Adel tetap degil. Balik pulak lewat. Macam mana kalau apa-apa jadi pada Adel? Tu pakaian Adel tu, dah tak ada baju lain ke? " .

Adelia tunduk melihat dress paras lutut yang tersarung di tubuhnya.

" Adel minta maaf. Adel janji tak buat lagi " .

" Janji tapi kalau tak tunaikan, tak guna Adel " perli Datuk Zaidi.

Sudah berulang kali Adelia berjanji tidak mahu pulang lewat, tapi dia tetap pulang lewat ke rumah. Oleh kerana itu Datuk Zaidi ragu-ragu dengan janji Adelia.

" I'm so sorry. Adel bukan sengaja " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience